Laporan Perjalanan Majalah Niaga Sepanjang September 2011

October 02, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, pada bulan September 2011, kami berjaya menempa sejarah kerana melancarkan e-majalah Majalah Niaga buat kali ketiga pada tahun ini.

laporan bulanan majalah niaga

Untuk makluman, edisi kali ini kami bawakan kepada anda secara eklusif seorang jutawan fotografi terkenal, iaitu Tuan Saiful Nang. Bersempena dengan entri laporan bulanan ini, kami dengan rendah diri mengajak tuan puan, untuk memuat turun Majalah Niaga edisi ke 18 dengan klik pada pautan disertakan di bawah:

Muat Turun Edisi 18 Majalah Niaga (13.0 mb)

Kembali pada laporan bulanan. Sepanjang 30 hari yang lepas, kami berjaya menerbitkan sebanyak 26 artikel daripada 8 penulis Majalah Niaga. Dalam pada itu, kami juga mengambil keputusan untuk menghentikan penerbitan artikel setiap hari Sabtu & Ahad untuk memfokuskan penerbitan artikel pada hari Isnin hingga Jumaat.

Sejajar dengan hasrat kami untuk meluaskan topik perkongsian di blog ini, kami membuka peluang mana-mana individu yang ingin berkongsi apa jua ilmu berkaitan keusahawanan.

Sekiranya tuan puan berminat, bolehlah merujuk laman khas ini, untuk meneliti prosedur, terma dan syarat yang kami tetapkan:

Syarat-syarat untuk menjadi penulis blog Majalah Niaga

Seperti dalam jangkaan, artikel yang paling berjaya mendapat views paling tinggi sepanjang bulan September lepas adalah entri khas pelancaran e-majalah Majalah Niaga Edisi 18. Dituruti pula dengan entri dari Cik Puan Azzah dan Tuan Aqif Azizan. Berikut adalah senarai penuh 3 entri paling popular September 2011:

Statistik-Statistik Laman Sosial Majalah Niaga

Mengikut bacaan yang diperoleh dari laman Feedburner.com, penambahan sebanyak 86 subscriber berjaya dicatat sepanjang bulan September, berbanding 74 penambahan pada bulan Ogos. Ini disebabkan peningkatan pembaca dari latar belakang yang berbeza, hasil daripada temuramah Tuan Saiful Nang.

facebook Majalah Niaga

Ya, kami cuba mendapatkan para pembaca yang tergolong daripada ‘circle’ yang berlainan daripada  ‘circle’ kebiasaan yang menjadi keutamaan kami sebelum ini. Selepas ini, lebih banyak lagi kegiatan yang akan kami jalankan supaya Majalah Niaga lebih terdedah kepada para pembaca yang berlainan latar belakang, asalkan ia masih lagi dalam topik keusahawanan.

Hasil daripada usaha ini juga, peningkatan mendadak sebanyak 2 kali ganda telah berjaya direkodkan pada statistik jumlah subscriber Rahsia 7k. Mengikut angka diperoleh dari Aweber.com, kami berjaya mengumpulkan 611 subscriber dalam masa 30 hari, iaitu bermula 1 September hingga 30 September. Berbanding hanya 379 subscriber pada sepanjang Ogos yang lepas.

Rahsia7k

Secara keseluruhan, kami berjaya mendapatkan lebih 1,900 subscriber melalui pop-up yang telah dipasang sejak Jun lagi. Tuan puan boleh menilai sendiri tahap keberkesanan perisian pop-up yang dinamakan sebagai Popup Domination ini.

Peminat Majalah Niaga di Facebook pula meningkat sebanyak 195. Di mana 19% keputusan positif berbanding peningkatan sebanyak 173 peminat berjaya tercatat pada bulan Ogos lepas. Jumlah keseluruhan peminat Facebook Majalah Niaga setakat entri ini ditulis adalah 1,855.

Manakala penurunan berlaku pada jumlah follower Twitter yang berjaya diperoleh bulan lepas, iaitu sebanyak 19 follower berbanding 23 follower pada Ogos. Jumlah keseluruhan follower Twitter Majalah Niaga setakat ini adalah 187 follower. Kami menjangkakan jumlah follower akan melebihi 200 follower menjelang akhir bulan Oktober ini.

Statistik-Statistik Berkenaan Trafik

Kadar pelawat Majalah Niaga mencatatkan peningkatan sebanyak 13.48%. Iaitu dari 9,474 pelawat pada bulan Ogos hingga mencatatkan 10,751 pelawat pada bulan September.

Statistik berkenaan trafik

Hasil peningkatan ini juga berjaya memberi keputusan positif pada unique visitor (+21.41&), pageviews (+11.74%) dan new visits (+8.66%)

Daripada 10,751 pelawat, sebanyak 41.00% (+8.40%) berpunca daripada sumber trafik referring sites. Antaranya adalah Facebook, Twitter, serta Pakdi.net. Manakala, trafik bersumberkan daripada enjin carian pula menyumbangkan trafik sebanyak 32.02% (-5.90%). Dan penyumbang trafik ketiga terbesar adalah hasil dari direct traffic iaitu 15.23% (4.59%).

Berikut adalah 10 kata kunci popular yang menyumbangkan trafik dari enjin carian :

  • majalah niaga
  • majalahniaga
  • dr azizan
  • majalah
  • majalahim
  • ezine majalah niaga
  • ezine majalah niaga
  • dr.azizan
  • infografik twitter
  • majalah jutawan september 2011
  • majalah perniagaan

Jika kami berjaya menarik pelawat dari skop yang lebih luas, kami mengjangkakan peningkatan positif ini akan berterusan setiap bulan. Antara agenda kami bagi meneruskan usaha ini adalah temuramah bulanan bersama usahawan serta blogger.

Edisi 6 Komik Niaga Akan Dilancarkan 17 Oktober Ini!

Dalam masa yang sama, jika tuan puan ingin mengetahui kisah kehidupan tuan Saiful Nang semenjak kecil sehingga berjaya, maka tuan puan perlu memuat turun Edisi 6 Komik Niaga yang bakal dilancarkan pada 17 Oktober ini.

Antara kisah kehidupan yang akan kami ketengahkan adalah peristiwa yang menggerakkan hati beliau bagi menjana pendapatan sendiri.

Itu sahaja untuk laporan bulanan ini. Moga bulan Oktober ini mencatatkan lebih kejayaan berbanding bulan-bulan sebelum ini. Mudah-mudahan. Amin.


Tags: , , , , , , ,

Komen (1)

Pendapat anda?