LG Lancarkan Televisyen Gergasi 3D Pertama Di Dunia

October 10, 2012 — Penulis:

Kategori: Gajet / Teknologi

Terus berusaha mendominasi industri televisyen tiga dimensi. Itu yang sedang syarikat pengeluar LG Electronics (M) Sdn Bhd lakukan ketika ini. Pada 10hb Oktober 2012, Pengarah Urusan syarikat ini iaitu H K Kwon memperkenalkan televisyen berukuran 84 inci.

LG 84inci

Secara tidak langsung, televisyen ini dikatakan televisyen berdefinisi ultra (UD) tiga dimensi (3D) yang terbesar di Malaysia dan dunia. Beliau mensasarkan model ini dapat dijual sebanyak 25 unit sebulan.

Model televisyen gergasi ini dijangka akan dilancarkan pada akhir bulan Oktober ini. Harga runcit untuk produk ini adalah sekitar RM69,999. Antara kelebihan LG UD 3D ini adalah:

  • 2 pembesar suara 10 wat.
  • 2 wufer 15 wat yang menghasilkan audio sehingga 50 wat.
  • 500 aplikasi televisyen pintar.

Kredit: Pocket-lint.


Tags: ,

Pendapat anda?