Rahsia Menjadi Agen Dropship Bestseller

September 22, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Sejak kebelakangan ini tim Majalah Niaga begitu aktif menulis berkenaan topik bisnes dropship. Ini selaras dengan pelancaran produk terbaru daripada syarikat Flarebiz Network, yang diberi nama Sinar Niaga.

sinar niaga

Namun begitu, adakah Sinar Niaga sahaja yang memberikan peluang untuk kita melakukan bisnes dropship? Jawapannya, tidak. Terdapat banyak peluang perniagaan dropship yang kita boleh pilih. Salah satunya adalah…

eBay Sebagai Medium Bisnes Dropship

eBay, sebuah laman lelongan online yang diasaskan pada 3 September 1995 oleh Pierre Omidyar, kini menjadi tumpuan penjual dan pembekal di seluruh dunia. Menurut laman web eBay United Kingdom, terdapat 178,000 pengguna eBay yang menjadi usahawan sepenuh masa menerusi laman lelongan ini.

ebay dot com

Secara tidak langsung, ia menjelaskan rakyat Malaysia perlu mengambil kesempatan ini untuk berada dalam dunia perniagaan eBay.

Namun, masalah yang sering dihadapi adalah;

“Berapa modal yang saya perlukan untuk memulakan bisnes eBay?”

Kita mempunyai dua pilihan untuk bermula iaitu:

  1. Menggunakan modal yang besar (Beli stok produk, jual, lakukan pembungkusan dan penghantaran.
  2. Menggunakan modal yang rendah, menerusi konsep dropship.

5 Cara Mudah Memahami Konsep Dropship

Menurut Mohd Najib Asaddok, seorang yang aktif dalam perniagaan dropship di eBay, beliau menyatakan konsep dropship adalah seperti berikut:

ebay satu laman lelongan terkenal di dunia

  1. Kita berhubung dengan pembekal (dropship), bagi mendapatkan gambar dan maklumat produk.
  2. Letakkan produk dan lakukan promosi menggunakan laman lelongan online seperti eBay.
  3. Pelanggan akan melakukan pembelian dan membayar pada kita.
  4. Kita akan melakukan pembayaran pada pihak pembekal dengan harga borong. Baki wang itu adalah keuntungan kita.
  5. Pihak pembekal akan melakukan pembungkusan dan penghantaran produk.

Secara keseluruhannya, tugas kita sebagai peniaga adalah melakukan meletakkan gambar dan maklumat produk di laman lelongan. Apa yang menarik, kita tidak perlu simpan stok. Menerusi laman web eBay, pelanggan akan datang ke laman web ini setiap hari bagi melakukan pembayaran.

Kita pula hanya bersedia untuk menerima notifikasi jualan produk.

Bagaimana Menjana Pendapatan 4 Angka Dengan Dropship eBay?

Siapa yang tidak mahu menjana pendapatan yang mewah di internet? Lebih-lebih menggunakan konsep dropship, dan menjualnya di laman lelongan yang sentiasa ada jutaan pelanggan yang bersedia untuk membeli produk kita.

lubuk rahsia dropship

Berdasarkan pengalaman Tuan Mohd Najib Asaddok dalam pakej  Lubuk Rahsia Dropship, antara cara yang terbaik untuk menjana pendapatan lumayan menggunakan konsep dropship di eBay adalah:

  • Bertanya tentang ‘produk panas’ kepada pembekal.
  • Jangan takut untuk bermain dengan harga.
  • Kaji pasaran.

#1 – Bertanya tentang ‘produk panas’ kepada pembekal

Pembekal biasanya lebih arif dalam mengkaji pasaran mengenai potensi produk. Justeru itu, kita boleh mengambil kesempatan ini untuk menghubungi mereka menerusi telefon, atau emel bagi mengetahui maklumat-maklumat produk panas, yakni yang laku keras ketika ini.

#2 – Jangan takut untuk bermain dengan harga

Antara punca pendapatan pengusaha bisnes konsep dropship tidak berkembang, datang daripada sifat takut untuk menjual produk dengan harga yang tinggi. Bagi mereka, caj yang melampau akan membuatkan pelanggan khuatir untuk membeli daripada kita.

Situasi pelanggan menjadi khuatir untuk membeli apabila produk yang mahal tidak mempunyai tambah nilai yang baik. Untuk membendung situasi ini dan meningkatkan keyakinan untuk menjual produk drosphip dengan harga yang tinggi, mohon baca perkongsian Tuan Eruwan Gerry iaitu Strategi Bonus di Ebay.

#3 – Kaji Pasaran (Memahami Demand & Supply)

Kita boleh melakukan kajian pasaran untuk mengetahui permintaan terkini menerusi tiga cara iaitu:

Konsep ini dinamakan demand & supply. Di mana kita sebagai usahawan, akan membekalkan produk-produk bagi memenuhi permintaan terkini. Dengan memahami kehendak pasaran, kita dapat mencari syarikat pembekal yang menjual produk berkaitan.

Jumpa mereka dan bincang berkenaan harga untung bagi kedua-dua belah pihak. Kemudian letakkan gambar dan maklumat produk kita di eBay.

Langkah Bijak Menjadi Dropship Bestseller Di Ebay

Bagi tuan dan puan yang ingin memulakan perniagaan dropship menerusi laman lelongan online eBay, tim Majalah Niaga menyarankan agar memiliki produk Lubuk Rahsia Dropship, milik Tuan Mohd Najib Asaddok ini.

lubuk rahsia droship dari najib assadok

Dalam pakej ini, kalian akan mempelajari:

  • Pendedahan lubuk pembekal yang menyediakan margin keuntungan yang tinggi.
  • Cara serta teknik berkesan untuk berhubung dengan pembekal, agar mereka menurunkan harga produk, kemudian meningkatkan keuntungan bisnes dropship kita.
  • Cara mengelakkan diri kita daripada ditipu oleh pihak pembekal.
  • Langkah demi langkah untuk melakukan kajian pasaran, agar produk kita sentiasa laku keras apabila meletakkannya di laman lelongan eBay.
  • 10 senarai produk paling laris di pasaran antarabangsa, yang akan membantu kita menjana sekurang-kurangnya USD500 (RM1,500) keuntungan apabila bermula.

Untuk mendapatkan produk ini dengan harga yang rendah, sila klik pada laman web di bawah:

Dapatkan Pakej Lubuk Rahsia Dropship (TERHAD!)

Kredit gambar yang diambil dari Flickr ((((andreas w))))


Tags: , , , , , , ,

Komen (1)

Pendapat anda?