-
Pengiklanan Premium
Cerita Novelis Ain Maisarah Dalam Majalah Niaga Edisi #16!
Ditulis oleh Tim Majalah Niaga pada 15 Mar 2011 dalam Pengumuman
Alhamdulillah setelah Majalah Niaga diberia nafas baru semenjak dua bulan lepas, tahap produktiviti kami berada di tahap yang terbaik. Kali ini e-Majalah Niaga kembali lagi dengan edisi #16 sekaligus mengubat kerinduan para pembaca dengan e-Majalah IM sebelum ini.

Untuk edisi kali ini, kami telah menemubual seorang penulis novel remaja yang cukup gah dan terkenal di Malaysia iaitu Puan Ain Maisarah. Pihak kami memilih beliau untuk menjadi ‘cover’ Majalah Niaga isu ini kerana ingin membuka mata ramai pihak bahawa penulis juga merupakan seorang usahawan.
Apa yang menarik jumlah pendapatan yang beli perolehi berdasarkan royalti mencecah 6 angka setiap tahun menerusi 18 buah buku best seller bersama penerbit PTS Sdn Bhd.
Sekarang Puan Ain Maisarah dan pengurusnya sedang berusaha untuk mencapai royalti sebanyak RM1 juta memandangkan masih belum ada penulis tempatan yang mendapat royalti sedemikian dalam tempoh 5 tahun. Semuanya ada diceritakan di dalam temubual eksklusif selama 27 minit pihak Majalah Niaga dengan beliau.
Selain itu, Majalah Niaga edisi ini juga turut memuatkan 10 artikel keusahawanan yang kami fikir terbaik untuk disertakan sebagai bahan bacaan mereka yang meminati dunia keusahawanan. Walaupun sebenarnya masih banyak lagi artikel yang terbaik sepanjang tempoh 2 bulan Majalah Niaga (dot) com beroperasi, namun kami hanya boleh memilih 10 artikel sahaja memandangkan jumlah halaman e-majalah yang sudah melebihi target kami.
Terima Kasih Daun Keladi
Di kesempatan ini pihak Majalah Niaga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Ain Maisarah berserta pengurusnya, Tuan Syaizul Amal kerana sudi memberi kerjasama sepenuhnya ketika sesi temuramah. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para penulis Majalah Niaga yang menyumbangkan artikel keusahawanan berkualiti tinggi untuk bacaan kita semua.
Terima kasih juga kepada pihak pengurusan Majalah Niaga yang diketuai oleh Tuan Aqif Azizan dan Tuan Hasbul ‘Aqill yang bertungkus-lumus memastikan perjalanan untuk menyiapkan e-majalah kali ini berjalan lancar. Penghargaan istimewa juga diberikan kepada Art & Creative Director kami, Tuan Nizam Ahamad yang sentiasa memberikan sentuhan terbaik untuk menyiapkan e-majalah edisi kali ini.
Terima kasih juga kepada seluruh warga kerja Flarebiz Network yang sentiasa memberi sokongan moral kepada kami untuk melakukan yang terbaik. Akhir sekali pihak kami ingin ucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para pembaca setia Majalah Niaga kerana terus menyokong usaha kami selama ini. Semoga anda enjoy dengan isu yang kami bawakan kepada anda kali ini.
Muat Turun e-Majalah Niaga Edisi #16
Ramai pihak yang bekerjasama untuk menjayakan e-Majalah Niaga edisi ini akan berasa gembira apabila e-Majalah Niaga ini tersebuar luas dan dibaca oleh ramai orang. Oleh itu, pihak kami telah integrasikan proses muat turun dengan akaun laman sosial milik anda agar lebih ramai yang mengetahui pelancaran e-Majalah Niaga edisi kali ini.
Muat Turun e-Majalah Niaga Edisi #16 Di Sini. (Klik)
Terima kasih di atas kerjasama anda. Pihak kami berharap anda dapat mempelajari banyak perkara mengenai dunia keusahawanan daripada keluaran Majalah Niaga kali ini terutama dengan temubual eksklusif kami bersama Puan Ain Maisarah.
Pertandingan Ringkas Majalah Niaga!
Bagi menjayakan Majalah Niaga kali ini, pihak kami mempunyai satu pertandingan ringkas para blogger tempatan. Pertandingan ringkas ini ialah pertandingan review Majalah Niaga edisi ini di blog masing-masing.
Pihak kami akan memilih 3 review terbaik untuk dinobatkan sebagai pemenang untuk masing-masing menerima sebuah buku bisnes daripada pihak kami dan hadiah misteri daripada pihak sponsor. 30 review terawal pula akan menerima saguhati RM5 bagi setiap review yang dilakukan! Ya, tiada sebarang syarat yang ditetapkan buat saat ini.
Tarikh pertandingan bermula 16/03/2011 sehingga 1/04/2011. Keputusan pertandingan kami akan maklumkan melalui Twitter ataupun Fan Page rasmi Majalah Niaga.
Bagi tidak terlepas pandang, sila hantar review anda ke
untuk proses pengadilan.
Tags: ain maisarah, edisi 16 majalah niaga, jana pendapatan dengan buku, majalah im edisi 16, Majalah Niaga, novelis, PTS, royalti buku, sumber informasi usahawan
Adakah artikel ini sangat berguna dan bermanafaat buat anda? Jika ya, isi nama panggilan dan email utama anda di bawah untuk menerima artikel terbaru terus ke email anda. Seramai 1468 orang yang telah mendaftar! Anda bila lagi? - Tipulah!Tulis Novel Juga Boleh Jadi Jutawan | Blog Cerita Tipu
- Blog Perkongsian Informasi | Perniagaan Internet | Tutorial | Grafik » Review: Majalah Niaga Edisi 16
Trackbacks/Pingbacks




ok. aku tengah download nih..
Nanti jangan lupa buat review boss ho ho ho!
wokehh..aku tengah bercuti nih..balik nanti aku kasi review baik punya. haha..
Terbaiklah. Semoga reviu daripada Titan dapat meluaskan lagi pengaruh Majalah Niaga. Terima kasih banyak-banyak Titan.
Sy baru jek mendownload.. TQ
Terima kasih Tuan Suhaimi.
Semoga ia bermanfaat. Jangan lupa untuk memberikan reviu dalam blog Tuan.
Salam admin;
Saya buat 1 entry backlink untuk blogger2 di luar sana berkongsi maklumat tentang Majalah Niaga ini..
http://www.eqbalzack.com/2011/03/off-2-day-like-in-heaven.html
eqbalzack
Terima kasih Tuan Eqbal.
Majalah Niaga edisi kali ne memang mantap!
Nanti jenguk2 kat blog saya yer..ade buat review ckit..:)
ok wan hafiz. terima kasih kerana membuat review!
Majalah Niaga telah menemuramah seorang ikon yang dapat dijadikan contoh bagi mencapai kejayaan yang besar dalam perniagaan…
Alhamdulillah… Saya rasa bersyukur… Artikel temuramah yang dikongsikan Majalah Niaga ini telah menyuntik semangat saya untuk lebih berjaya di masa hadapan…
ya tuan rushaidin, kami harap tuan kekal bersemangat selepas ini!
Salam dan terima kasih utk krew Majalah Niaga..
Majalah Online terbaik masa kini….
salam manan, terima kasih kerana menyokong usaha kami
harap ia bermanfaat!
memang hebat tu.. novelis mampu menjana pendapatan lumayan.. tak sangka tu
Terbaik!Mantap!Penuh informasi!
Even PERCUMA namun kualiti input dalam MN edisi terbaru ini sangat powerful and priceless!
Terima kasih Tuan Lepat.
adakah edisi-edisi ini akan kembali menemui pembaca setiap bulan?
semoga menjadi keluaran berkala seperti sebelum ini.
tahniah dan terima kasih team flarebiz untuk perkongsian ini.
Tuan Hairulnizam, edisi ezine Majalah Niaga akan diterbitkan 3 bulan sekali. Terima kasih kerana terus memberi sokongan.
wah…ada pertandingan reviu yerk…dah cukup 30 ke? nak rm5 gak…hehe
wahhh, kena download nih…
Sekali lagi dibocorkan dengan baik oleh kalian geng FlareBiz .. Tahniah!
alhamdulillah… dah siap download. baca belum tapi tengok topiknya bagus. terima kasih atas semua perkongsian, semoga diberkati Allah
Wah! Hebat ler perkongsian Puan Ain Maisarah rasa nak jadi penulis jugak
ribuan terima kasih kepada penerbit & penulis kerana menghadiahkan eMajalah ini percuma. Terlalu banyak perkongsian ilmu yg diperolehi..semoga kalian semakin dimurahkan rezeki, bahagia dunia & akhirat. Saya juga dah buat review di blog saya..
Alhamdulillah saya dah berjaya mendownload dan membaca informasi cakna Majalah Niaga Edisi tuan.
Saya telah buat satu (1 entry) backlink untuk blogger2 di luar sana berkongsi maklumat tentang Majalah Niaga ini dalam blog saya.
Diharap dapat makluman tuan dan blogger di luar sana yang inginkan e-Majalah Percuma.
http://anime4nz.blogspot.com/2011/03/majalah-niaga-edisi-16.html
siap download …..
memang power arrr… montopppppppp
AAA untuk MAJALAH NIAGA TEAM