Majalah Niaga Edisi #19 – Dr. Shah Razali & Kejayaan Menjadi Jutawan Hartanah

December 19, 2011 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memberikan kurniaan rezeki, semangat dan tenaga kepada tim Majalah Niaga untuk menyampaikan ilmu keusahawanan dan perniagaan kepada para pembaca secara berterusan.

Kaver Edisi 19 Majalah Niaga

Untuk ezine Majalah Niaga edisi ke 19 kali ini, kami membawakan kepada tuan dan cikpuan, seorang individu yang cukup gah namanya dalam industri pelaburan hartanah. Beliau adalah…

Dr. Shah Razali atau DSR

Dalam industri pelaburan hartanah tempatan, nama beliau tidak perlu diperkenalkan lagi. Dr. Shah Razali atau lebih dikenali sebagai DSR merupakan usahawan yang aktif dalam bidang pelaburan, khususnya pelaburan hartanah.

dr shah razali jutawan hartanah

Beliau juga merupakan pengasas syarikat Shah Consultancy. Sebuah syarikat yang menawarkan bimbingan kepada para peserta mengenai bidang kewangan, keusahawanan, motivasi dan pelaburan dengan harga yang berpatutan.

Dalam Majalah Niaga edisi 19, kami diberi peluang untuk menemubual beliau mengenai topik keusahawanan, pelaburan hartanah, serta input-input motivasi bagaimana Dr. Shah Razali berjaya mencapai status jutawan pada usia yang muda.

3 Manfaat yang Kita Peroleh Menerusi Ezine Majalah Niaga

Pihak kami sentiasa meletakkan fokus untuk menghasilkan sumber ilmu keusahawanan dan perniagaan yang terbaik untuk para pembaca. Dalam ezine kali ini, kami percaya ia akan memberikan manfaat kepada tuan dan cikpuan dari segi:

  • Kualiti ilmu.
  • Kualiti paparan grafik.
  • Kepuasan ilmu secara praktikal.

#1 – Kualiti Ilmu

Temubual kami bersama Dr. Shah Razali selama 30 minit ini begitu menginspirasikan. Beliau menceritakan proses bagaimana beliau mula menceburi dalam bidang perniagaan. Lebih menarik adalah kisah kegagalan perniagaan beliau yang menyebabkan beliau rugi teruk, dan hampir mengaku kalah.

Kisah kegagalan ini boleh kita jadikan iktibar dan persediaan sebelum menempuhi dunia perniagaan, khususnya pelaburan hartanah. Pelaburan hartanah mungkin nampak indah di luar, tetapi hanya pelabur hartanah yang berjaya seperti Dr. Shah sahaja yang tahu pahit manis, dan juga strategi untuk mengelakkan kita daripada rugi besar.

Dalam ezine kali ini, tuan dan cikpuan akan memperoleh kualiti ilmu yang terbaik berkenaan pelaburan hartanah.

#2 – Kualiti Paparan Grafik

Tim Majalah Niaga sentiasa berusaha untuk memperbaiki kualiti grafik ezine Majalah Niaga dalam setiap edisi yang diterbitkan selama 3 bulan sekali.

bisnes dan nikmat bersyukur

Untuk ezine kali ini, kami menambah baik kualiti penyusunan teks dan imej untuk membuatkan tuan dan cikpuan rasa teruja untuk menimba ilmu menerusi ezine kali ini.

#3 – Kepuasan Ilmu Secara Praktikal

Dalam edisi kali ini, perkongsian tip-tip dan strategi pelaburan hartanah yang dikongsikan oleh Dr. Shah Razali ini bukan berbentuk teori.

Tetapi ia berlandaskan ilmu praktikal yang boleh dipraktikkan serta merta, selepas tuan dan cikpuan meluangkan masa untuk mendengar temubual khas bersama beliau selama 30 minit.

Bagaimana rasanya menjadi pelabur hartanah yang berjaya? Mulakan sekarang dengan muat turun ezine Majalah Niaga edisi 19 hari ini.

Antara Perkongsian Menarik Ezine Majalah Niaga #19

Selain daripada kompilasi artikel-artikel terbaik dari blog Majalah Niaga, edisi ke 19 ini juga menerbitkan sebuah artikel khas yang ditulis oleh Tuan Hasbul ‘Ariff, penasihat Majalah Niaga.

hasbul ariff

Artikel beliau bertajuk ‘Didik Anak Menjadi Usahawan’ dapat membantu kita semua untuk melatih anak kecil, rakan-rakan, dan juga adik beradik untuk mendorong mereka menceburi bidang perniagaan dari peringkat awal.

Semua ini boleh didapati menerusi ezine Majalah Niaga edisi 19 secara PERCUMA. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun.

Muat Turun Ezine Majalah Niaga Edisi #19 (30mb) (Klik Di Sini)

Kongsi link download di Facebook (Klik di sini)

Kongsi link download di Twitter (Klik di sini)

Sebarang penghargaan, cadangan atau penambahbaikan boleh ditulis menerusi ruangan komen yang kami sediakan di bawah.

Kami mendoakan agar ezine edisi 19 ini dapat membantu tuan dan cikpuan dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya.


Tags: , , , , , , , , , , ,

Komen (32)

  1. Majalah Niaga sememangnya banyak perubahan positif dari segi grafik, susunan ayat dan font yang selesa untuk pembacaan. Saya mengikuti Majalah Niaga daripada awal penerbitannya dan minta maaf pada admin, pada ketika itu web Majalah Niaga sangat SURAM walaupun mengandungi artikel yang bagus! Teruskan usaha dan terima kasih untuk info- info yang sangat bermanfaat!

  2. Apakata..korang buat seminar kat student2 UITM….biar diorang ‘nampak’….mcamana nak cari peluang…

  3. salam majalah niaga,
    sy mohon untuk medapatkan majalah niaga edisi 19 bersama DSR.
    kerana saya gagal untuk mendownlod edisi berkenaan.

    sekian, terima kasih

Pendapat anda?