“Syukur, alhamdulillah.” Ini adalah ayat yang diungkapkan oleh seluruh tim Majalah Niaga selepas berhempas pulas untuk menghasilkan ezine Majalah Niaga edisi yang terkini.

Iaitu edisi yang ke #20.
Download Ezine Majalah Niaga Edisi #20 (32mb) (Klik Di Sini)
Ini merupakan satu kejayaan besar buat kami kerana cabaran yang melanda hari demi hari untuk memperkasakan medium dakwah keusahawanan, berjaya dilalui dengan berkat sokongan tuan dan cikpuan semua.
Untuk ezine Majalah Niaga edisi #20, kami bawakan khas kepada tuan dan cikpuan semua, jutawan yang disegani dalam dunia animasi tempatan dan global.
Hj. Burhanuddin – Jutawan Bisnes Animasi
Beliau tidak lain tidak bukan, Hj. Burhanuddin bin Md Radzi, Pengarah Urusan syarikat Les Copaque Production Sdn Bhd.
Ya, beliau adalah pengasas animasi Upin & Ipin yang mempunyai lebih 5.6 juta peminat menerusi Facebook Pages di seluruh dunia.

Tidak keterlaluan untuk kami katakan kejayaan yang beliau kecapi bersama seluruh warga kerja Les Copaque, telah berjaya menaikkan martabat industri animasi tempatan di peringkat dunia.
Jika dahulu orang kata industri animasi di Malaysia adalah industri yang lemah, kini tohmahan ini berjaya dicantas oleh usaha keras beliau membangunkan syarikatnya.
Bukan itu sahaja, Hj. Burhanuddin juga berjaya membentuk ramai penggiat dan peminat industri kreatif untuk terus berkecimpung dalam bidang animasi.
Dalam masa yang sama, menjadikan mereka sebahagian daripada warga kerja untuk membantu Les Copaque melangkah lebih jauh.
Ikuti Rahsia Jutawan Pengasas Les Copaque
Kami telah diberikan peluang untuk menemuramah beliau selama 1 jam 40 minit untuk mengetahui rahsia-rahsia kejayaan Hj. Burhanuddin. Justeru itu, kami ingin menjemput tuan dan cikpuan semua untuk sama-sama menghadam ilmu emas yang telah kami peroleh.

Antara rahsia kejayaan dan jutawan yang beliau kongsikan sepanjang temuramah bersama tim Majalah Niaga adalah:
- Kenapa industri animasi adalah industri yang bodoh dan berisiko.
- Bagaimana Upin & Ipin mencipta fenomena yang luar biasa terhadap industri animasi dalam dan luar negara.
- Bagaimana untuk membina jenama yang dihormati di negara luar.
- Pentingnya untuk berfikiran besar dalam perniagaan.
- Bagaimana mencipta sistem perniagaan yang boleh menghasilkan untung jutaan ringgit.
- Bagaimana melakukan pemasaran dan promosi, sehingga orang luar juga turut terpengaruh dan teruja mendengar jenama bisnes kita.
- Dan banyak lagi.
Semua poin-poin di atas dibongkarkan satu demi satu sepanjang temuramah tim Majalah Niaga bersama pengasas syarikat Les Copaque ini.
Peluang untuk mendapatkan rahsia jutawan dalam bidang yang sangat berisiko ini ibarat satu dalam sejuta. Justeru itu, kami membuka tawaran untuk muat turun ezine Majalah Niaga edisi #20 ini hanya…
Terhad 3,000 Muat Turun Percuma Sahaja
Selepas kuota muat turun ezine ini mencecah lebih 3,000 orang, tim Majalah Niaga akan membuat keputusan sama ada untuk menutup ruangan muat turun, atau mengenakan caj yang luar biasa kepada orang ramai.
Justeru itu, melepaskan peluang untuk muat turun percuma ezine Majalah Niaga edisi #20 ini adalah seperti melepaskan emas dan berlian yang bernilai bilion ringgit di hadapan mata.
Muat turun sekarang, dan dapatkan Hj. Burhanuddin membangunkan perniagaan animasinya, Les Copaque Production Sdn Bhd.
Download Ezine Majalah Niaga Edisi #20 (32mb) (Klik Di Sini)
Kongsi pengumuman ezine Majalah Niaga di Facebook (Klik di sini)
Kongsi pengumuman ezine Majalah Niaga di Twitter (Klik di sini)
Semoga usaha kita semua untuk memandaikan bangsa mengenai dunia perniagaan dan keusahawanan ini sentiasa mendapat rahmat daripada-Nya. Sebarang cadangan dan penambahbaikan, boleh dinyatakan menerusi ruangan komen di bawah.
Terbaik..
Terima kasih kerana memuat turun!
Terima kasih kepada Tim MajalahNiaga.com yang masih memberikan maklumat bernilai ini secara percuma. Moga usaha murni anda mendapat sebaik-baik balasan dari Allah s.w.t. Sdelamat maju jaya.
Sama-sama tuan Abdullah Ismail. Moga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi input berguna di dalam bidang tuan ceburi.
tahniah tim majalahniaga atas penerbitan edisi terbaru ini
Terima kasih dan tahniah juga kepada cik puan Rohaniah Noor kerana sudi bekerjasama sebagai penulis di Majalah Niaga
Terima kasih tim Majalah Niaga di atas edisi terbaru yang penuh inspirasi ini. Syabas!
Sama-sama tuan Zilhilmi, moga bermanfaat!
Memang best la kali ini, tak menghampakan isi kandungannya seperti yang di jangka.
Teruskan memandaikan bangsa Tim majalah niaga !
Bersama naikkan kembali perniagaan orang islam yang satu masa dahulu pernah mengungguli.. Sudah masanya untuk kita terus maju ke depan..
Tahniag buat anda semua..:)
Terima kasih tuan Izzat Zainal atas sokongan padu kepada kami.
tetap yang terbaik… semamngnya memberi pelbagai input yang berguna…
Terima kasih tuan Adam Narzuan, semoga mendapat input berguna dari perkongsian emas ini.
ok. download. download…
Sedang mendownload sambil makan megi
Terima kasih kerana sudi memuat turun!
sapa kata anak melayu tak boleh ahli perniagaan berjaya…bangga sangat2…btw, sya pn dah download edisi ke-20…tq admin…
Benar, sedikit sebanyak dapat memberi semangat kepada kita, usahawan melayu
thanks bro..info berguna nih…keep up the good work
Sama-sama, moga bermanfaat ya
tahniah team MJ semoga usaha kalian berkongsi ilmu perniagaan dibalas rahmat olehNya…
Sama-sama, singkatan kami adalah MN, bukan MJ. Terima kasih kerana sudi memuat turun
baru tengah nak donlod ni……harap2 berguna informasi yg x ternilai ni.
Terima kasih, insyaAllah banyak input baru yang berguna pada edisi kali ini
sudah baca…n sangat bagus contentnya, terbaik team majalah niaga, keep it up !
Sama-sama, boleh daftar newsletter kami untuk mendapat makluman edisi terbaru 3 bulan nanti
Terbaik, padat dengan informasi menarik dan enjoyable!
Tahniah Majalah Niaga!
Sama-sama tuan Lepat, terima kasih kerana sudi menghasilkan reviu di blog tuan.
Memang terbaik dan amat berterima kasih kepada Team Majalahniaga.com
Semoga team majalahniaga sentiasa sukses hendaknya. Majalah yang memang ditunggu-tunggu..
Terima kasih atas sokongan tuan. Nantikan pula Edisi 8 Komik Niaga pada bulan hadapan. Kisah kehidupan tuan Burhanuddin akan menjadi topik utama pula!
Inilah kerja sosial yang dibanggakan dari team majalahniaga. Memandaikan bangsa tanpa fikirkan keuntungan sangat. Kerja yang dirahmati ALLAH.
Terima kasih tuan ahmadyani. Semoga urusan kerja tuan juga dirahmat dan dipermudahkan Allah.
Tahniah majalah niaga,satu usaha yang murni ke arah celik perniagaan di kalangan bangsa Melayu. Majalah yang sangat bermaklumat dan membantu ramai peminat perniagaan online dan offline.
Terima kasih tuan Hanafi Wawi, semoga usaha ini dapat mendidik anak watan kita ya
waah hebatlah. thanks sangat sangat. banyak info bila baca majalah ni hehe ^^
sama-sama. Boleh daftar sebagai subscriber kami untuk melanggan majalah ini secara bulanan
Walaupun line slow, n donlod jgk. Semoga Majalah IM kali ni, menjadi pembangkit semangat keusahawanan saya yang pernah jatuh dahulu….
Chaiyok2!!!
Wah, kami teruja dengan sokongan tuan. Semoga bisnes tuan sentiasa maju dan terus ke hadapan. InsyaAllah!
Alhamdulillah… terima kasih atas perkongsian ilmu ini. Moga akan terus maju
Sama-sama, moga bermanfaat!
Sudah donlod.. Terima kasih kpd semua yg sudah bersusah payah menyiapkan majalah ini.. =)
sama-sama, terima kasih juga kerana sudi memuat turun. Semoga berguna!
terbaik la majalah niaga. perkongsian yang dicari orang ramai yang meminati bidang keusahawanan. Terbaik!
sama-sama, semoga bermanfaat!
Las Kopek dimulakan oleh mamat & geng yg buat BoiBoBoy tu…Hj Burhanuddin adalah investor dan businessman . Idea asal memang dari team awal ..yg sekarang ni set up kompani Animonster..BoiBoBoy.
betul tue.. diorang yang but animasi rumah orang tua..
Ya benar. Kerjasama awal dari 3 individu serta tuan haji Burhanuddin yang mencetuskan fenomena Upin & Ipin sehingga ke hari ini!
saya tengah download.. tiba2 tergerak hati nak buka email ni.. tgk point yg diwujudkan tu, mmg rasa tak sabar nak tahu. Terima kasih team Majalah niaga !
Sama-sama, terima kasih juga kerana sudi memuat turun!
harap sempat lagi muat turun..hhe
Sempat lagi, selamat membaca!
perkongsian yg menarik..sgt berinformasi…downloading….
Sama-sama, selamat membaca!
baru sahaja memuat turun, lepas ni bolehlah baca. terima kasih majalah niaga.
Terbaik…terima kasih majalah kerana menyediakan maklumat secara majalah ini
Upin dan Ipin kartun animasi yg dahulunya tidak begitu dikenali dan saya sendiri juga tidak begitu minat menontonnya. Tetapi kerana ramai kanak2 d Malaysia berminat dengan tidak secara langsung kartun ini menjadi begitu popular dan mendatangkan keutungan besar kepada Hj Burhanuddin.Industri kartun animasi masih baru lagi di Malaysia dan perlu diperbaiki lagi mengikut standard seperti Tom N Jerry yang melucukan…sekian
baru jumpa majalah niaga ni….. sangggggaaaaaatttttttttttt!!!!!!!!!!! terujaaaaaaaaa!!!!…… best!!!… best!!!… best!!!!!!!!… best!!!!!!!….
lima tahun saya berniaga…. info-info yang begini….. sangat membantu saya….. terlalu banyak maklumat yang sangat berguna……
perkongsian kisah kejayaan…. asam garam perniagaan… heeeeeeeee…….. best giler…..
Jutaan Terima kasih…..
bolehkah sy tahu dimanakah majalah ini boleh dibeli sebab sy hendak yg printed…
Cikpuan Suriyati, e-majalah ini hanya diterbitkan secara digital sahaja. Terima kasih.
Macam mana saya nak download.. tak boleh pun..