Edisi 35 Majalah Niaga

November 25, 2016 — Penulis:

Edisi kali ini kami membawakan seorang ikon yang tidak asing lagi dalam dunia pemasaran yang melibatkan laman sosial Facebook. Sifu Jamal atau lebih dikenali dengan Sifu Fb Ads dipilih sebagai ikon rasmi yang menghiasi cover depan Edisi 35 Majalah Niaga kali ini.

Merupakan pengasas merangkap pengarah kepada syarikat SifuFBAds Sdn Bhd, syarikat yang mengfokuskan dalam penyediaan program latihan seperti seminar, kursus, bengkel dalam bidang pemasaran internet terutamanya Facebook.

Sehingga ke hari ini, SifuFBAds Sdn Bhd telah berjaya mengumpul hampir 10,000 orang peserta di kalangan usahawan dan bakal usahawan melalui siri-siri seminar yang dianjurkan sejak tahun 2012.

Hasil dari usaha tersebut, ramai usahawan baru muncul, juga ramai yang telah mencipta kejayaan dalam bisnes, dari sudut jualan, pemasaran serta tahap bisnes selepas mendapat tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan secara terus dari Sifu FB Ads.

Jenama – jenama terkenal seperti Cala Qisya, ZAWARA,  Farbel Exclusive,  Naelofar Hijab merupakan jenama yang telah menerima didikan dan nasihat dari Sifu FB Ads Sdn Bhd. Selain dari siri kursus latihan, Sifu FB Ads juga mula aktif menerbitkan buku, dan sekarang sudah mempunyai 6 buah buku antaranya SifuFBads Copywriting, Formula SifuFBads, 21 Inspirasi SifuFBads.

Jangan lupa untuk kongsikan ezine kali ini di ruangan Facebook, Twitter atau blog tuan dan puan. Salam usahawan dan salam jutawan buat tuan dan puan.

Facebook Comments

Pendapat anda?