Edisi kali ini merupakan edisi yang luar biasa bagi pihak kami di mana seorang ikon billionair dipilih menghiasi muka depan Edisi Khas.  Datuk Kamarudin Meranun, merupakan Pengasas Bersama AirAsia yang bertanggungjawab di atas kejayaan AirAsia yang telah diiktiraf sebagai syarikat penerbangan tambah murah no.1 di dunia, iaitu AirAsia.

Hari ini, mengikut laman Forbes.com, Datuk Kamarudin Meranun dinobatkan sebagai individu yang ke-38 terkaya di Malaysia. Sekaligus menjadikan beliau sebagai orang Melayu ke 7 terkaya di Malaysia. Sebelum ini mungkin kita hanya mengenali Tan Sri Tony Fernandes apabila dikaitkan dengan kejayaan AirAsia. Datuk Kamarudin Meranun merupakan wira yang tak didendang (unsung hero) dibelakang kejayaan luar biasa AirAsia.

Kejayaan beliau hari ini bukan satu perjalanan yang mudah. Ditambah lagi dengan dugaan yang beliau terpaksa hadapi akibat kerugian hampir RM800 juta pada tahun 1997 akibat krisis ekonomi negara.

Dalam Edisi Khas ini, anda bakal mengetahui perjalanan kisah disebalik tabir kejayaan dan inspirasi beliau dan rakan partner, Tan Sri Tony Fernandes membangunkan AirAsia dengan nilai belian RM1 serta bebanan hutang RM40 juta pada tahun 2001, sehingga AirAsia berjaya mendominasi sebagai syarikat penerbangan tambang murah no. 1 dunia.

Dari 2 pesawat dan 254 kakitangan sehingga saat sekarang memiliki kakitangan lebih 20,000 orang dari serata dunia, 210 pesawat (300 pesawat dalam tempahan) dan menerbangkan lebih 400 juta penumpang sejak AirAsia diambil alih pada tahun 2001.

Selamat memuat turun, sebarkan Edisi ini semoga ia mendapat manfaat orang ramai!


Tags: , , , , ,

Komen (1)

Pendapat anda?