Majalah Niaga Edisi #25

June 26, 2013 — Penulis:

“Menepati masa, berjimat cermat & gila bekerja merupakan asas dalam setiap kejayaan..”

Inilah antara intipati khusus yang dikongsikan oleh tokoh usahawan edisi ke-25 Majalah Niaga ini dalam menentukan jatuh bangun seorang usahawan.

Dalam edisi kali ini, kami telah menemubual secara eksklusif anak kepada pengasas jenama Mydin yang merangkap Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin.

Bermula hanya dengan sebuah kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1957, kini Mydin telah berkembang menjadi hypermarket di hampir seluruh Semenanjung Malaysia. Sehingga ke hari ini terdapat lebih 80 pasaraya Mydin di seluruh semenanjung.

Dalam temubual eksklusif bersama Datuk Wira Haji Ameer Ali Mydin ini, anda akan didedahkan mengenai:

  • Rahsia Sebenar Di Sebalik Kejayaan Jenama Mydin.
  • Kepentingan Sikap Menepati Masa Serta Berjimat Cermat.
  • Strategi Berkesan yang digunakan oleh syarikat Mydin.
  • Teknik Menguruskan Risiko Dalam Perniagaan.
  • Cara Untuk Anda Memulakan Bisnes Peruncitan.

Edisi ini merupakan sebuah edisi eksklusif yang belum pernah diterbitkan dimana-mana tempat seperti edisi-edisi sebelumnya.


Komen (3)

  1. Nurrul Aidah bt. Mohd Said
    August 2, 2013

    Melalui pendirian saya apabila membaca Majalah Niaga ini dapat meningkatkan lagi input-input saya mengenai dunia perniagaan. Ia selari dengan karier saya kini sebagai seorang ‘Online Content Writer’ di syarikat swasta yang bertaraf global. Memandangkan saya sentiasa membuat artikel dan memerlukan rujukan, ini adalah salah satu platform terbaik saya untuk mendapatkan pelbagai maklumat mengenai dunia perniagaan.

  2. Pada saya majalah niaga harus dimiliki untuk sesiapa saja yg berminat dalam peniagaan dan alangkah ruginya jika tidak memilikinya kerana info22 yang ada memang bagus untuk dijadikan panduan berjaya.

Pendapat anda?