Majalah Niaga Edisi #27

January 14, 2014 — Penulis:

Perintis Fesyen Gaya Hidup Islamik

Majalah Niaga Edisi-27 menampilkan wanita perintis fesyen Islamik terulung Malaysia. Susuk tubuh pemilik nama Dato’ Tuan Hasnah Tuan Yusoff seorang yang cukup rendah diri dan sangat ramah.

Idea beliau untuk menubuhkan label pakaian Islam dengan nama Sri Munawwarah tercetus ketika beliau menunaikan haji pertama pada tahun 1990.

Kesukaran mendapatkan pakaian wanita Islam bersesuaian dan patuh syariah ketika menunaikan haji menjadi pemangkin kepada idea menghasilkan desain pakaian Islam yang akhirnya menjadi fenomena sekitar tahun 1998.

Apa yang menarik tentang ikon kali ini ialah, beliau tidak terlatih mahupun memiliki kelulusan sebagai pereka pakaian profesional.

Namun, kerana kesungguhan membantu menyediakan pakaian wanita Islam serta dengan niat kerana jihad, Dato’ Tuan Hasnah mengaplikasikan ilmu ketika menuntut dalam bidang Design and Factory Outlet dari New Zealand.  

Bersandarkan pengalaman tersebut, beliau mencipta sendiri kaedah pemotongan , jahitan dan gaya pakaian yang ingin dihasilkan untuk mula membina jenama Sri Munawwarah.

Majalah Niaga edisi kali ini memaparkan perkongsian hebat inspirasi kejayaan, motivasi, prinsip dan tip perniagaan daripada pencetus fenomena pakaian Islam di Malaysia ini.

Download segera Majalah Niaga edisi ke-27 dan dapatkan himpunan ‘harta sepanjang zaman’ seperti:

  • Bagaimana memulakan perniagaan dengan ‘tangan kosong’
  • Strategi pemasaran eksklusif
  • Tip menjauhi daripada meminjam kepada bank
  • Formula mengekal dan meningkatkan jumlah pelanggan melalui pembinaan karakter diri
  • Kaedah meluaskan jaringan perniagaan melalui servis perkhidmatan

dan banyak lagi rahsia yang didedahkan oleh Dato’ Tuan Hasnah eksklusif untuk pembaca dan pengikut setia Majalah Niaga.

Jangan lupa kongsikan edisi hebat kali ini di laman sosial anda dan teruskan menyokong Majalah Niaga!

 


Komen (1)

  1. assalammualaikum wbt,,,

    tim niaga,

    terima kasih kerana memuatkan informasi yg amat berguna terutama skali pada beginner yg ingin belajar ttg perniagaan dan keusahawanan. maafkan saya krana saya tidak dapat ingat bagaimana tercetusnya utk mlawat sesawang ini. walaubagaimanapun, saya amat bersyukur telah menemui web yg teramat berguna. cuma ada sedikit terkilan kerana saya cuba download majalah niaga edisi 27, cover depan tn hj ashari dan dr azizan osman, tidak berjaya. ia tertera ” the pages cannot be read because there is no pages.”

    adakah cara lain untuk saya memuat turun? jika ada saya amat hargai agar tim niaga memberi tunjuk ajar pada saya.

    adakah majalah niaga terjual dalam bentuk hardcopy? jika ada, di mana saya perlu dapatkannya?

    terima kasih atas bantuan anda 🙂

Pendapat anda?