Majalah Niaga Edisi #28

April 16, 2014 — Penulis:

Membangkitkan kesedaran kepada perlunya pendidikan al-Quran memerlukan usaha berterusan dari seluruh penggerak Al-Baghdadi. Pasti setiap perjuangan itu akan dipagari cabaran dan kekangan bagi melihat sejauh mana usaha dan ikhtiar kita yang akan dinilai oleh Allah S.W.T bagi menentukan ganjaran yang layak kita terima. – Ustaz Qr. Jalaluddin bin Haji Hassanuddin Al Baghdadi

Al Baghdadi Group satu entiti yang memperjuangkan al-Quran dan agama Allah dalam jalan bisnes yang diredhai. Al Baghdadi menjadi peneraju kepada generasi muda yang semakin minat mempelajari al-Quran.

Penggerak Al Baghdadi Group menukar halangan dan kekangan golongan remaja dan dewasa masa kini yang menghadapi kesukaran mempelajari al-Quran, kepada satu bentuk perjuangan dalam bidang pendidikan selain membina dan memperluas francais Al Baghdadi ke seluruh negara.

Konsep belajar al-Quran Teknik Al Baghdadi yang menyokong emosi pelajar iaitu tidak mengaibkan pelajar, menjadi faktor utama ia menjadi fenomena serta mendapat sambutan yang hebat daripada individu-individu yang sedar akan kepentingan membaca dan memahami al-Quran.

Ketahui gerak kerja yang di amalkan pengasas serta warga kerja Al Baghdadi Group sehingga membolehkan Al Baghdadi Group di iktiraf oleh The Malaysia Book Of Records sebagai The Largest Quranic Learning Centre Chain in Malaysia (Rangkaian Pusat Pembelajaran al-Quran Terbesar di Malaysia).

Ketahui formula unggul, tip-tip serta sasaran peringkat global yang menjadi matlamat Al Baghdadi Group dalam usaha memperjuangkan Islam dan kepentingan al-Quran khususnya.

Sabda Nabi s.a.w.,

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar dan mengajar al-Quran.”

“Pesanan baginda Rasulullah s.a.w inilah yang memberi kami sejuta inspirasi dalam menggerakkan pendidikan al-Quran dengan mengajak seramai mungkin bersama dengan Al Baghdadi dalam perjuangan ini.” – Ustaz Qr. Jalaluddin bin Haji Hassanuddin Al Baghdadi

Facebook Comments

Tags: , , ,

Komen (6)

  1. Baru shj download dan belum berkesempatan nk baca. Tpi team majalah niaga tak pernah menghampakan.

    Saya akan selalu sokong team majalah niaga.

  2. amat minat ngan majalah niaga.suka kalau dapat dlm bentuk buku majalah..senang nak baca
    bila2 masa bcz sy x pndai I.T…soo macamana nak dpatknnya..suka baca nak jadi pandai jugak
    seperti idola2 dlm majalah niaga x lah kejer ngan majikan tp majikan hanya pentingkan bisnes
    dia jer tp kebajikan kita 0..sakit pon kene kejer.bila baca walau pon sedikit dlm majalah niaga
    semangat berkobar2 ingin tahu n belajar .Terima kasih majalah niaga

  3. Assalamu’alaikum,
    Saya telah cuba beberapa kali untuk download.
    Cuma ia gagal. Tidak tahu kenapa..
    Internet line inshaAllah okey.
    Boleh tolong suggest kan cara lain untuk download.

  4. Saya baru mula ingin berjinak-jinak dengan majalah niaga. Tapi kalau saya ingin terbitkan artikel boleh ke? Ruangan ‘Hubungi Kami’ tidak dapat digunakan. Terima kasih.

Pendapat anda?