Majalah Niaga Edisi #29

July 09, 2014 — Penulis:

Pasangan suami isteri, pemilik bisnes Felinna Beauty dipilih menjadi ikon kaver utama dalam Majalah Niaga edisi 29, iaitu Tuan Rafie Ramli dan isterinya, Puan Felinna Nadea Ed Fattah.

Mereka berkongsi bagaimana mereka bangun daripada ujian yang bertimpa-timpa setelah gagal satu per satu dalam bisnes yang mereka jalankan sebelum bertemu dengan Felinna Beauty.

Tiap ujian dan cabaran dalam perjalanan membina bisnes ibarat asam garam dalam kehidupan seorang usahawan.

Bantuan klien pertama ketika Tuan Rafie menawarkan servis fotografi memberi cahaya kepada mereka untuk mula mengeluarkan produk sendiri. Ajaibnya, perjalanan mereka setelah mengeluarkan produk sendiri, menjemput  derasan jualan yang drastik. Sehingga mereka capai pendapatan RM1 juta dalam masa satu bulan lebih sahaja.

Tuan puan akan dapat belajar tentang bagaimana mereka bangkit setelah kegagalan, kemudian bermula daripada bawah semula dengan bisnes servis. Seterusnya membina bisnes dengan produk sendiri dengan jualan yang drastik.

Selain itu dalam Majalah Niaga edisi 29 ini, anda akan pelajari:

  • 4 Perkara rutin dalam pengurusan akaun syarikat
  • Tip meluaskan empayar bisnes dengan orang luar negara
  • 5 Tip mengemas pejabat berkonsep ‘meja kemas, minda lapang’
  • 3 Kriteria mencari theme wordpress yang baik
  • 3 Kebaikan kerja dan bisnes secara part time

Dan banyak lagi. Muatturun secara percuma untuk baca dan klik butang laman sosial di atas untuk berkongsi. Selamat membaca!


Pendapat anda?