Majalah Niaga Edisi #31

February 17, 2015 — Penulis:

Melalui Dr. Azizan Osman (DAO), Tuan Zafrul mula dikenali sebagai salah seorang daripada orang kuat di sebalik tabir Richworks. Beliau berperanan menjaga kelancaran enjin kewangan dalam syarikat tersebut.

Hasil pengalaman bekerja di luar negara, pengalaman itu dijadikan panduan untuk memandu Richworks mempunyai pengurusan kewangan yang betul, yang kebiasaannya dipraktikkan oleh syarikat-syarikat besar.

Tuan Zafrul belajar tentang bagaimana syarikat-syarikat besar membelanjakan wang mereka. Keperluan untuk berkomunikasi dengan pekerja generasi Y dan peserta mengikut tempat membuat beliau perlu belajar tentang psikologi manusia. Dengan itu, beliau akan lebih mudah mendekati mereka.

Dalam ezine Majalah Niaga Edisi 31 ini, Tuan Zafrul akan berkongsi apa yang beliau dapat sepanjang bekerja di syarikat-syarikat besar dalam pengurusan kewangan syarikat. Perkara lain yang akan dipelajari adalah:

  • Bagaimana jadi kaya dengan makan gaji?
  • Cara memilih bisnes yang sesuai dengan Istikharah
  • Pemasaran dengan gaya bajet
  • Tip meningkatkan momentum dalam perniagaan

 

 


Komen (1)

Pendapat anda?