Majalah Niaga Edisi #33

December 13, 2015 — Penulis:

Tahun 2015 hampir sampai ke penghujungnya. Selama tempoh 5 tahun membangunkan Majalah Niaga, kami telah menemuramah 33 usahawan dari pelbagai bisnes dan industri supaya anda boleh mempelajari ilmu baru secara terus dari mereka. Malah setiap hari kami berusaha keras untuk membawa Majalah Niaga ke tahap yang lebih baik.

Untuk Edisi kali ini adalah sedikit berbeza daripada yang sebelumnya. Kerana kami diberi peluang untuk bersemuka bersama seorang usahawan yang punyai pengalaman serta portfolio besar dalam industri pelaburan Hartanah.

Beliau yang kami maksudkan adalah, tuan Faizul Ridzuan. Merupakan seorang jurulatih hartanah serta punyai rekod yang membanggakan dalam memiliki hartanah di Malaysia.

Juga merupakan penulis buku bestseller, “WTF? 23 properties by 30”. Buku yang ditulis sendiri untuk kongsikan bagaimana beliau bermula dalam hartanah seawal usia 24 tahun.

Dengan hanya memiliki simpanan RM2,000 ketika itu. Pada ketika masih bekerja di Starbucks dengan bergajikan RM800-RM1000 sebulan dan masih menggunakan skuter sebagai kenderaan rasmi.

Antara rekod yang menarik perhatian kami adalah bagaimana tuan Faizul Ridzuan memiliki aset hartanah sebanyak 23 hartanah seawal usia 30 tahun. Sudah tentu soalan-soalan berkaitan dengan pencapaian beliau ini turut ditanya pada sesi temuramah.

Yakni sebanyak 14 soal jawab telah diterbitkan hasil sesi temuramah bersama tuan Faizul Ridzuan. Antara pengisian dalam Edisi 33 Majalah Niaga yang bakal anda pelajari adalah :

  1. Adakah bank akan beri kelulusan permohonan pembiayaan perumahan di bawah pendaftaran perniagaan berstatus enterprise?
  2. Apakah benar spekulasi hangat yang menyatakan berlakunya krisis ekonomi hebat yang mana akan menjejaskan harga rumah yang bakal jatuh mendadak.
  3. Apakah strategi pembelian rumah pertama, kepada mereka yang masih belum mempunyai rumah.
  4. Duduk sendiri vs Sewa. Apakah sudut pandang yang kita boleh lihat untuk membuat keputusan yang betul, agar pelaburan itu menguntungkan.
  5. Apakah kriteria yang bank lihat sebelum meluluskan sesuatu permohonan pinjaman rumah, terutamanya untuk mereka yang bekerja sendiri.
  6. Bagaimana untuk memohon pembiayaan perumahan, untuk mereka yang punyai rekod CCRIS yang kurang baik.

Mudah-mudahan para pembaca memperoleh manfaat dalam e-majalah Majalah Niaga edisi ke 33 ini. Sekali lagi, terima kasih kerana menyokong usaha kami di Majalah Niaga. Sebarkan ilmu ini untuk manfaat bersama!


Tags: , , , , ,

Komen (3)

Pendapat anda?