Majalah Niaga Edisi Khas 2015

January 30, 2015 — Penulis:

Pakar motivasi dan pakar mata yang produktif – itulah apa yang kami boleh katakan bagi ikon pilihan ezine Majalah Niaga pada kali ini. Walaupun kerjayanya adalah sebagai seorang pakar mata, namun dalam masa yang sama, beliau mampu menjalankan tanggungjawab sebagai pakar motivasi.

Beliau sentiasa memberi motivasi setiap masa hatta kepada pesakit, dan pekerja beliau apabila beliau berpeluang melakukannya. Masa yang terluang walau beberapa minit, difokuskan untuk menuntut ilmu seperti mendengar audiobook.

Dalam edisi kali ini juga, Prof. Muhaya berkongsi cara menjadi individu yang produktif. Prof. juga adalah seorang yang optimis yang sentiasa melihat sebarang kegagalan sebagai jalan ke arah kejayaan.

Tanpa sebarang rungutan, Prof. akan meneruskan perancangan beliau ke arah kejayaan tanpa toleh belakang. Itu adalah antara yang kita akan pelajari dalam ezine ini.

Muatturun secara percuma dan antara perkara yang anda akan pelajari,

  •  Kebaikan melabur dalam jangka masa panjang dengan bersedekah
  • 5 Medium pemasaran selain daripada Facebook
  • 1 Perkara yang meningkatkan produktiviti syarikat

 


Tags: , , , , , ,

Komen (2)

  1. Assalamualaikum Admin,

    Terima kasih, moga mendapat keberkatan dari Allah. Saya dah muat turun perkongsian yang penuh bermakna ini.

    Sekali lagi, jutaan terima kasih daripada saya.

Pendapat anda?