Malindo Airways adalah satu lagi syarikat penerbangan yang mengguna pakai konsep tambang berkos rendah. Di mana sedikit sebanyak melihatkan persamaannya dengan syarikat yang popular menggunakan konsep ini iaitu AirAsia.
Laporan daripada sumber bernama menyatakan, Malindo Airways bakal menawarkan tambang penerbangan yang lebih rendah berbanding AirAsia.
Namun begitu, Ketua Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes menyatakan, ia langsung tidak menggugat prestasi syarikat miliknya. Malah beliau menggalakkan pertumbuhan syarikat seperti Malindo Airways.
Menurutnya, ia adalah signal yang baik terhadap peningkatan syarikat penerbangan tambah rendah. Yakni selaras dengan Dasar Langit Terbuka Asean yang akan mula diberi perhatian pada tahun 2015.
“Kami kini adalah jenama global dan akan terus mengembangkan aktiviti syarikat,” kata Tan Sri Tony Fernandes bagi menafikan tentang persaingan sengit yang bakal berlaku di antara AirAsia dan Malindo Airways.

Pertama kali dengar Malindo Airways. Siapa pemilik dia? dari Malaysia ke? Kalau tiru bulat2 macam AirAsia tak akan ke mana-mana.
Tapi kalau ada keunikan tersendiri ada lebih baik.
yang penting harga murah dan untung.Barangan semuanya seakan akan sama dalam pasaran jenama ya g berbeza.namun keyakinan dan harga perkhidmatan yang murah penting serta untung adalah faktor penentu.Namun saya percaya malindo memahami konsep perniagaan ini dengan baik.Ini kerana malindo dapat kurang kos overhead mereka kerana Airod iaitu antara pemegang saham utama adalah pengendali penyelengaraan kapal terbang di asia.Kos ini dapat dikurangkan yang menjuruskan keyakinan tahap keselamatan kapal terbang yang dikendalikan oleh Malindo Air.Itu penting.Circle ketirisan projek dapat dikurangkan oleh syarikat maka pengawalan harga perkhidmatan akan dapat dikawal dan dirancang.ini penting untuk kemajuan syarikat dalam jangka panjang..Bayaran tertunggak kepada syarikat yang berkaitan akan tidak berlaku dalam penyediaan kapat terbang yang terbaik.maka Malindo Air releven pada syarikat AIROD walaupun hanya balik modal awalnya kerana servis kapal terbang tersebut dapat tinggkat hasil Airod yang menguntungkan mereka.Itulah konsep perniagaan di zaman moden ini.semuanya perlu dikaitkan untuk hasilkan produk perkhidmatan terbaik dan kos efektif namun perlulah berkaitan.
Rasanya nama gabungan Malaysia + Indonesia = Malindo
Utamakan persaingan sihat
Kalau baca buku sejarah dulu ada MaPhilIndo yang bermaksud gabungan Malaysia Philipines dan Indonesia.
Persaingan sebegini yang di nanti. Ia akan menguntungkan banyak pihak. Yang bersaing akan terus kreatif meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan.
Impak dari persaingan pengguna mendapat keuntungan kerana mempunyai pilihan untuk membeli. Terbaik!
saya bersama family sdh pernah menaiki pesawat malindo air semasa ke kuala lumpur…ok selesa,klu bolih cadangan walau pun hidangan hanya sandwich dan air kosong utk kelas ekonomi….d adakan juga untuk minuman panas,walaupun berbayar…tq