Berita baik untuk usahawan teknologi muda. Pengarah program dimensi ekonomi Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC), Bill Chin mengeluarkan kenyataan bahawa organisasi mereka akan mengorak langkah, untuk membantu lebih ramai usahawan teknologi muda.

Bantuan yang diberikan adalah bahagian penting dalam perniagaan iaitu promosi. Di mana setiap inovasi atau perkhidmatan syarikat yang dikelolai oleh usahawan teknologi muda ini akan diperkenalkan secara agresif sehingga ke peringkat antarabangsa.
Berikutan dengan perkembangan usahawan teknologi yang dipelopori oleh golongan intelektual muda, kerjasama seperti ini dilihat dapat memperkembangkan industri perniagaan ke satu tahap yang lebih baik.
Kredit: KRU Academy.
Tidak dinafikan, bantuan seperti ini memang diperlukan dan membantu para usahawan yang mempunyai idea yang baik tetapi mempunyai masalah untuk bermula. Semoga inisiatif ini boleh memberikan galakan kepada mereka untuk mengorak langkah terus ke hadapan setanding dengan jenama-jenama antarabangsa yang lain.