Media Sosial Untuk Perniagaan Kecil Sederhana

January 02, 2012 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Menurut kajian yang dijalankan oleh Nielsen, peningkatan penggunaan Internet ialah 41% dan 22.4 jam digunakan untuk melayari Internet. Manakala 71% daripada masa ini ialah membuka laman sosial khususnya Facebook.

Tujuan Penggunaan Internet

Ini juga turut disokong oleh data sebelum ini dari penyelidikan oleh SKMM Malaysia. Tujuan penggunaan Internet sebanyak 81.5% adalah bertujuan menggunakan rangkaian sosial.

Dengan mengambil data tersebut, boleh disimpulkan bahawa tujuan utama pengguna Internet menggunakan Internet ialah mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara.

Mereka juga berkomunikasi melalui teks dan meluangkan masa yang tinggi dalam media sosial terutamanya rangkaian sosial seperti Facebook.

Pengguna Facebook di Malaysia juga telah mencecah seramai 12 juta. Secara tidak langsung memberikan kita gambaran jelas bahawa model pemasaran perniagaan telah berubah.

Kalau dahulu kita membincangkan mengenai sesuatu produk antara jiran dengan jiran, rakan sekerja, atau saudara mara. Sekarang ini banyak perbincangan mengenai produk atau servis dilakukan di Facebook.

Kalau anda perhatikan, berapa ramai yang mengatakan puas hati atau sebaliknya mengenai sesuatu produk di dalam Facebook Wall mereka atau Wall perniagaan.

Kes Terbaru Kentucky Fried Chicken Malaysia

Ini merupakan contoh bagaimana media sosial berfungsi. Jika suatu masa dahulu masalah tidak puas hati dan sebagainya hanya dikongsi antara seorang dengan seorang rakan yang lain, atau seorang dengan beberapa orang rakan.

kfc

Apa yang berlaku sekarang ini 1 individu akan berkongsi dengan beribu rakan. Cuba anda kira kalau di atas 2,360 shares (yang berkongsi maklumat) , ini bermaksud 2,360 x 1,000 rakan (andaian 1,000 rakan bagi seorang individu), maka sebanyak 23.6 juta telah tersebar.

Bagaimana menggunakan media sosial secara tersusun?

Fokus pada berapa ‘like’ page anda sudah tidak mencukupi. Sebagai pembekal produk atau servis anda perlu perhatikan juga apa yang dikatakan oleh orang ramai mengenai produk dan servis anda.

Dari sini anda memperoleh data sebenar perniagaan. Dengan mendengar apa kata pelanggan mengenai produk atau servis, anda boleh mengubah suai  mengikut kesesuaian semasa.

Kunci-kunci Utama Keberkesanan Pemasaran Media Sosial

Dalam menggunakan media sosial terutamanya dalam Facebook, terdapat beberapa kunci utama yang mesti anda pegang untuk melihat keberkesanan pemasaran media sosial anda.

Jadi matlamat perniagaan anda mesti selaras dengan kunci penggunaan dalam Facebook tersebut.

Contohnya begini, jika fokus anda ialah untuk membina jenama dan kesedaran ramai, apa yang anda perlu lihat ialah

  1. Berapa banyak ‘views’ dalam aplikasi Facebook atau follower anda.
  2. Setiap kali anda tulis di Wall atau blog anda, berapa banyak komen atau share?
  3. Berapa ramai membincangkan mengenai produk anda secara umum di Facebook Wall mereka?

Apabila anda mahu mengukur respon rakan Facebook atau fans anda, anda mesti melihat kepada beberapa kunci utama di bawah seperti

  1. Berapa banyak klik pada link anda.
  2.  Berapa banyak views pada status anda.
  3. Dan paling penting berapakah hasil dari view dan klik anda. (conversion rate, revenues, ROI).

Di atas merupakan komponen yang saya kongsikan bagaimana untuk mengukur kempen pemasaran media sosial anda. Ini kerana berdasarkan statistik dari Forrester Research, July 2009 .

  • 67% pengguna Twitter yang menjadi pengikut jenama anda mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk membeli produk anda.
  • 60% daripada pengguna Facebook yang menjadi peminat Facebook Pages anda kemungkinan besar akan mencadangkan kepada rakan mereka.
  • 74% daripada pengguna dipengaruhi keputusan untuk membeli sesuatu produk selepas dicadangkan oleh rakan mereka melalui media sosial.

Kenapa ukuran penting dalam media sosial? Ini kerana banyak perniagaan sederhana kecil masuk dalam pemasaran media sosial tanpa mengetahui apakah sebenarnya ukuran dari segi pelaburan mengikut masa, komponen apa penting yang perlu dibaiki, berapa banyak pemasaran diperlukan dan ditumpukan, apakah jualan dan konversi dalam setiap kempen dijalankan.

Contoh kuasa media sosial dalam keputusan pembelian sesuatu produk dan servis,

Pengaruh Pembelian Dalam Media Sosial

Jelasnya tidak cukup mempunyai piawai industri biasa seperti mengukur berapa banyak ‘impression’ dan klik, apatah lagi hanya mengukur berapa banyak fans yang ada. Jadi dengan penjelasan di atas anda jelas bahawa, pemasaran media sosial bukan sahaja mempunyai facebook pages, twitter, linkedIn semata-mata.

Tetapi beberapa kempen teratur perlu dilakukan segera, antara cadangan saya ialah:

1)     Anda perlu tahu apakah objektif pemasaran media sosial anda. Anda perlu jelas asas objektif pemasaran media sosial anda selaras dengan objektif perniagaan anda.

2)     Kedua anda perlu jelas betul apakah objektif terdekat yang hendak dicapai, contohnya , 1- perlu ada fan page , 2- banyakkan fans dengan mengadakan pertandingan 3- Sentiasa adakan pertandingan dengan ukur berapa banyak ‘like’ baru dapat, berapa banyak jualan dapat dilakukan dan sebagainya.

3)     Dan terakhir sekali ialah anda mesti mempunyai indikator prestasi anda atau unjuran metrik kejayaan kempen anda untuk memastikan dan mengukur prestasi kempen media sosial mengikut objektif pemasaran perniagaan anda.

Sampai jumpa lagi,


Tags: , , , , , ,

Komen (4)

  1. Terima kasih atas maklumat yang diberikan.Facebook Ads ni kena belajar dengan ‘mentor’ seperti tuan dan cuba menkaji yang mana lebih baik dan memperbaiki sistem yang ada sekarang.Bagi saya kalau ada perniagaan atau apa pun kita nak orang lihat mesti ada fan page.Terima kasih sekali lagi.

Pendapat anda?