Menangguh Kepuasan Untuk Berjaya

February 24, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Motivasi / Pembangunan Diri

Bubble Gum

Sekumpulan pengkaji daripada Universiti Stanford melakukan satu ujian personaliti terhadap sekumpulan kanak-kanak yang dinamakan ‘ujian gula-gula getah’.

Semasa ujian ini dijalankan, kanak-kanak tersebut diberikan gula-gula getah sebiji seorang dan mereka bebas untuk makan gula-gula tersebut. Tetapi para pengkaji berpesan bahawa jika mereka sanggup untuk menunggu sampai mereka datang sekali lagi, kanak-kanak tersebut akan memperoleh dua biji gula-gula getah lagi.

14 tahun kemudian, para pengkaji meneliti perbezaan personaliti antara golongan yang tidak sanggup dan sanggup menangguhkan kepuasan tersebut. Kanak-kanak yang tidak sabar memakan gula-gula getah membesar dengan memiliki peribadi tidak minat menjalin hubungan sosial, mudah kecewa, mudah dengki , bergaduh dan marah-marah.

Anti Sosial

Kanak-kanak yang sabar menahan untuk mendapat dua biji gula-gula lagi membesar dengan sifat tabah, berdaya usaha, cekal. Mereka adalah orang yang kuat menghadapi cabaran, tidak mudah mengalah pada tekanan dan tidak takut menghadapi kesusahan. Mereka juga lebih berdikari, lebih yakin pada diri dan lebih amanah.

Jika diperhatikan pada sikap sesetengah usahawan, kita akan nampak perbezaan ini dengan lebih jelas. Acapkali terjadi sesetengah usahawan apabila memperoleh wang pinjaman untuk memulakan perniagaan, mereka akan menggunakan sebahagian besar wang pinjaman tersebut untuk membeli kereta mewah.

Belum perniagaan membuahkan sebarang hasil, mereka sudah membeli kereta mewah kononnya sebagai cara untuk menaikkan imej.

Aset vs Debit

Oleh sebab sebahagian besar wang pinjaman perniagaan sudah dihabiskan, wang untuk memulakan dan membesarkan perniagaan berbaki sedikit. Akibatnya, hanya setahun dua perniagaan berjalan, ia sudah lingkup.

Apabila perniagaan lingkup, adakah masalah akan selesai di situ? Tidak sama sekali. Malah, usahawan tersebut membeli kereta mewah dan memulakan perniagaan dengan wang pinjaman, maka dia perlu membayar kembali segala-galanya.

Dengan kejatuhan perniagaan, adakah dia mampu untuk membayar kembali hutang-hutang? Tentu sekali tidak. Dan akhirnya dia di isytihar muflis. Ini adalah sebahagian kisah dalam masyarakat yang biasa kita dengar tentang orang yang tidak sanggup menangguhkan kepuasan.

Di kalangan pelajar, hal ini juga jelas berlaku di mana ramai di kalangan mereka tidak sanggup untuk menangguhkan kepuasan. Mereka inginkan segala-galanya berlaku dengan mudah tanpa sebarang kesulitan pun berlaku dalam hidup. Sebab itu ramai remaja apabila tamat sahaja persekolahan di tingkatan lima tidak ingin untuk melanjutkan pelajaran ke IPT.

Bankrupsi

Bagi mereka, tindakan tersebut membuang masa kerana dengan bekerja, mereka mampu memperolehi pendapatan lebih RM1000 sebulan. Ya, RM1000 sebulan adalah satu jumlah yang besar untuk seorang bujang.

Boleh bergaya dengan motor baru, bercuti dengan rakan-rakan, makan di restoran makanan segera, pakaian berjenama, telefon pintar yang canggih dan sebagainya.

Apa yang mereka tidak fikirkan adalah adakah jumlah tersebut cukup apabila ingin berkahwin dan menjalani kehidupan selepas berkahwin. Kebanyakan mereka hanya cukup membelanjakan wang gaji tanpa berbaki sesen pun untuk simpanan dan apa yang lebih malang adalah mereka terpakasa meminjam untuk mencukupkan perbelanjaan.

Bayangkan jika untuk menyimpan RM100 sebulan sudah cukup berat, apatah lagi untuk mengumpul RM20,000-30,000 untuk majlis perkahwinan nanti. Dan apa yang lebih memeritkan selepas berkahwin adalah,  jika perbelanjaan untuk seorang pun sudah tidak cukup, apatah lagi untuk isteri, dan anak-anak?

Memang diakui bahawa tidak semua orang berminat untuk makan gaji kerana sesetengah remaja minat untuk menjadi usahawan. Tidak kira sama ada untuk tujuan makan gaji atau perniagaan, pendidikan tinggi akan membawa manfaat yang besar dalam hidup seseorang.

Sir Richard Branson, billionair ternama  berkata bahawa tindakan beliau yang tidak memiliki pendidikan tinggi bukanlah sesuatu yang wajar untuk dicontohi. Kesimpulannya, tangguhkan kepuasan dalam hidup untuk lebih berjaya.

Kredit foto: sweetcaroline13peachringringtoddbaughphotosimpsondavic


Tags: , , , , , ,

Komen (3)

  1. sangat2 setuju….bak kata pepatah bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian.
    kena kawal sikit nafsu utk berseronok. tumpukan utk besarkan perniagaan dulu. dah stabil baru boleh beri ganjaran yg best2 utk diri sendiri.

Pendapat anda?