Mengalihkan 3 Batu Kegagalan Dalam Blogging

November 09, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Kita seronok melihat blog-blog lain menjana pendapatan yang lumayan dengan blog mereka. Lalu kita mencipta hasrat untuk menjadi seperti mereka.

tengah lautan

Tetapi setelah kita membina blog, menulis dan mempromosikan hari demi hari, keadaan menjadi semakin suram. Kita semakin hilang arah. Ibarat diri sedang berada di tengah lautan, tiada siapa yang dapat membantu.

Kita seperti sudah sesat.

Menemui jalan buntu.

Bukan Sekadar Bertindak

Sebenarnya, situasi ini adalah situasi normal khususnya untuk blogger-blogger baru. Akibat terikut-terikut untuk menjadi orang lain, akhirnya diri sendiri yang hanyut dan mengalah sebelum berusaha.

Situasi ini dipanggil mental block. Kita menghadapi kesukaran untuk maju ke hadapan meskipun sudah memulakan sesuatu. Kata Anthony Robbins, individu berjaya bukan sahaja memiliki keupayaan untuk bertindak (execution).

mental block

Tetapi mereka juga mempunyai keupayaan untuk maju ke hadapan, atau melakukannya secara konsisten (follow through).

Keadaan ini seperti kita sendiri yang meletakkan batu di hadapan. Kemudian kita sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengalihkan batu itu.

Dalam dunia blog, wujud paling kurang 3 jenis mental block dalam diri setiap blogger iaitu:

  • Saya tidak boleh buat duit.
  • Saya tidak boleh menulis.
  • Saya tidak pandai promosi.

Saya Tidak Boleh Buat Duit

Setelah selesai membina blog, membeli themes yang menarik, melaburkan duit untuk reka bentuk logo, dan memuat naik artikel-artikel baru. Tiba-tiba hari esok hati kita wujud sifat ragu-ragu.

Kata hati;

“Betulkah apa yang aku buat ini? Adakah aku boleh menjana pendapatan dari blog seperti blogger lain?”

Dalam situasi ini, kedua-dua jawapan positif dan negatif adalah betul. Bermakna, sekiranya kita memberikan jawapan yang negatif terhadap diri, maka ia adalah pilihan kita. Begitu juga sebaliknya.

Justeru itu, untuk berhadapan dengan situasi mental block seperti ini, pastikan kita sudah tahu bagaimana blueprint, atau langkah yang betul untuk melakukannya. Dalam dunia blog, apa yang kita perlu tahu adalah cara sebenar blogger lain buat duit dengan blog mereka.

Dengan ini, rasa ragu-ragu itu akan pudar sedikit demi sedikit. Kerana kita yakin dengan jalan yang dipilih.

Saya Tidak Pandai Menulis

Adakah semua blogger-blogger di luar sana yang membina aset dengan blog mereka mempunyai kemahiran dan bakat dalam penulisan?

Tidak.

teknik penulisan yang betul

Malah kebanyakan daripada mereka sering melakukan kesalahan dari segi penggunaan bahasa, struktur ayat dan sebagainya.

Tetapi kenapa mereka masih boleh berjaya? Kenapa blog mereka dapat menjadi sebuah mesin duit walaupun gaya penulisan mereka tidak secantik seperti pakar bahasa.

Jawapannya, mereka menjadi diri sendiri.

Bersikap jujur dalam penulisan adalah jalan terbaik untuk memperbaiki kualiti penulisan hari demi hari. Majoriti manusia tidak dilahirkan terus bijak menulis. Tetapi mereka dilahirkan dengan keupayaan untuk memperbaiki kualiti penulisan.

Oleh sebab itu, untuk blogger baru, kenali diri sendiri terlebih dahulu. Apabila mengenal diri, maka kita akan kenal corak penulisan sendiri. Apabila tiba saat itu, maka bersedia untuk menjadi seorang blogger sepenuh masa.

Saya Tidak Pandai Promosi

Dalam dunia perniagaan, kajian menunjukkan 90% perniagaan lingkup kerana tidak mempromosikan produk atau servis mereka.

Peratusan ini juga tidak terkecuali, malah hampir sama dalam dunia blogging. Blogger-blogger yang gagal adalah mereka yang tidak tahu, atau tidak mempunyai kaedah yang betul untuk mempromosikan blog mereka.

Sedangkan untuk hidup sebagai seorang blogger sepenuh masa, trafik memainkan peranan penting. Trafik adalah enjin utama sebelum kita boleh menjana pendapatan yang lumayan menerusi blog.

Untuk mengalihkan mental block ini, luangkan masa untuk membaca bahan-bahan ilmiah seperti:

  • Buku.
  • Artikel majalah.
  • Ebook.
  • Blog-blog blogger lain yang telah berjaya.

Untuk mendapatkan jalan yang kita rasa selesa bagi mempromosikan blog secara konsisten. Kita mungkin tidak berminat untuk mempromosikan blog di forum. Tetapi hati kita berkata,

“Aku lebih selesa mempromosikan blog berkali-kali dengan menulis artikel di blog orang lain.”

Sekiranya itu cara yang sesuai, maka ebook ini adalah panduan yang terbaik untuk bermula.

Seminar Blogging – Langkah Pertama Menjadi Blogger Sepenuh Masa

Tidak semua blogger sanggup mendedahkan apa yang mereka lakukan sehingga hari ini untuk menjana pendapatan dengan blog.

Bukan kerana mereka kedekut ilmu. Tetapi mereka tidak berkesempatan untuk berkongsi akibat kekurangan masa dan cabaran-cabaran lain.

seminar blogging Majalah Niaga

Kami di Majalah Niaga telah bersepakat untuk mempromosikan Seminar Blogging. Sebuah seminar yang jelas maksudnya. Seminar yang akan menunjukkan jalan yang betul untuk:

  • Buat duit lumayan dengan blog (walaupun blog kita masih baru).
  • Menjana idea penulisan tanpa henti (sehingga kita tersenyum setiap hari kerana dapat menulis dengan hati yang gembira).
  • Mempromosikan blog tanpa mengeluarkan duit (supaya kita dapa memaksimumkan 10,000 pelawat pertama secara percuma).
  • Dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila klik pada pautan di bawah:

Sertai Seminar Blogging (Harga Terhad Untuk 10 Orang Pertama)

Kami berbesar hati untuk berjumpa dan membantu di antara satu sama lain, bagi menjadikan blog tuan dan cikpuan sebuah aset. Serta mencipta realiti di mana kita semua berkemampuan untuk menjadi blogger sepenuh masa.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (vincent-boredcoyote23gregoryhogancopacetic)


Tags: , , , , , , , , , , , ,

Komen (4)

  1. Idea bernas dan tindakan yang jitu. Kalanya, halangan juga jadi satu cabaran buat individu atau kumpulan. Sandarannya kepercayaan pada diri sendiri.

  2. tiada orang yang berjaya tanpa melalui detik halangan. cabaran cabaran itulah yang membuat indahnya kejayaan. orang yang berjaya tanpa halangan dia tidak merasai kemanisan kejayaan (dapat mewarisi kekayaan ayah/ibu)

Pendapat anda?