Mengupah Penulis Artikel – Satu Keperluan atau Membazir Wang?

September 29, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Meskipun kita memiliki blog, namun adakah ia satu kewajipan untuk kita menjadi penulis?

mengupah penulis

Jawapannya, mungkin ya, dan mungkin tidak.

Ini kerana tidak semua blogger memiliki skil penulisan yang baik. Begitu juga dengan penulis yang mempunyai skil penulisan yang baik. Tidak semestinya mereka mengetahui cara untuk menguruskan blog.

Skil penulisan dan skil menguruskan blog adalah berbeza. Namun kedua-duanya saling berkait dan memerlukan satu sama lain. Sekiranya salah satu daripada skil ini tiada dalam blog, kelak ia akan menjadikan blog kita tidak ubah seperti sawang labah-labah.

Iaitu blog yang sudah tidak dikemaskini untuk berbulan lamanya.

skil penulis dan skil blogging

Sudahlah hilang pembaca, blog pula hancur lebur jadinya.

Namun begitu, bagaimana untuk memastikan penulis artikel yang kita upah dapat menjalankan tugas mereka dengan baik?

Jelas Sebab Kita Perlukan Mereka

Pertama-tama, jangan terburu-buru untuk membuat keputusan mengupah penulis artikel. Desakan ini biasanya berlaku terhadap blogger yang ketandusan idea. Apabila kita membuat keputusan dalam keadaan terdesak, 90% daripada hasilnya akan membawa kepada penyesalan.

Justeru itu, sebelum membuat keputusan untuk mengupah penulis artikel, lihat kembali mengapa kita memerlukan mereka.

Adakah kita menghadapi situasi-situasi berikut?

  • Tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menulis entri blog. (Akibat kerja, berniaga dan sebagainya).
  • Baru mula belajar menulis.
  • Sudah berusaha untuk mempelbagaikan idea penulisan, tetapi masih gagal berkali-kali.

Dengan mengenal pasti situasi yang kita hadapi sekarang, maka kita akan memperoleh sebab yang jelas untuk kita mengupah penulis artikel.

Jangan Buang Masa Untuk Belajar Menulis

Sekiranya kita mempunyai masa yang banyak, dan tidak gentar untuk terus belajar daripada kesilapan, maka abaikan poin ini.

Tetapi sekiranya kita seorang yang sentiasa sibuk akibat aktiviti harian, maka aspek belajar untuk menulis perlu dipertimbangkan sebaik mungkin.

mengupah penulis artikel

Ini kerana proses pembelajaran tidak menjanjikan bila kita akan berjaya mencapai tahap penulisan yang diinginkan. Bagi blogger yang baru bertapak, faktor ini cenderung membuatkan mereka untuk mengangkat bendera putih dalam masa 3 bulan pertama.

Oleh yang demikian, lihat diri kita terlebih dahulu. Adakah kita sanggup untuk meluangkan masa untuk belajar menulis? Sekuat manakah azam dalam diri kita untuk belajar?

Sekiranya jawapan kita mempunyai unsur ragu-ragu, maka pertimbangkan untuk mengupah penulis artikel. Mereka adalah solusi yang terbaik.

Alternatif Bagi yang Mempunyai Modal

Meskipun bunyi mengupah penulis itu agak seronok didengari, namun kita perlu tahu kos yang perlu ditanggung apabila membuat keputusan untuk mengupah mereka. Jangan kerana terlalu mahukan penulis mengisi ruang kekosongan artikel blog, kita pula yang menghadapi kerugian besar.

Cara ini hanya sesuai digunakan bagi blogger yang mempunyai modal wang yang banyak. Berikut adalah kos yang perlu ditanggung secara rawak, sebaik sahaja kita mahu mengupah penulis artikel:

RM40 per artikel x 3 hari (Isnin, Rabu, Jumaat) = RM120 seminggu

RM120 seminggu x 4 minggu = RM480 sebulan

RM480 sebulan x 12 bulan = RM5,760 setahun

Jumlah di atas adalah kiraan kos yang relevan untuk mengupah penulis artikel. Pastikan kita mempunyai modal terlebih dahulu sebelum mula membayar mereka.

Atau kita boleh berfikir secara luar kotak…

Berfikir Luar Kotak – Joint Venture

Selain daripada mengupah penulis artikel (sekiranya kita mempunyai modal), kita juga boleh berusaha untuk mewujudkan hubungan kerjasama dengan mereka.

Bagi melaksanakan cara ini, strategi menang-menang perlu ditekankan, agar penulis tidak rasa seperti mereka dipergunakan. Sebagai contoh, kita boleh membahagikan komisyen terhadap jumlah jualan yang berlaku pada blog.

berfikir luar kotak

Sekiranya blog kita memperoleh tempatan slot pengiklanan yang bernilai RM50, kita boleh berikan 50% daripada jumlah jualan itu kepada penulis, iaitu sebanyak RM25.

Namun kelemahannya di sini, kita perlu sentiasa aktif dan berusaha untuk membina strategi wang masuk, supaya dapat meningkatkan keyakinan penulis untuk bekerjasama dengan kita.

Apa yang penting, lihat kembali keperluan kita sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakan penulis artikel. Sekiranya perlu, adakah kita mempunyai modal dan strategi yang terancang, untuk mengelakkan sebarang kerugian?

Apa pendapat tuan dan puan mengenai cara ini? Adakah berkesan? Atau sekadar membuang masa?

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (taysandwistreize, jakecaptive)


Tags: , , , , , , ,

Komen (6)

  1. Ramai yang mengalami masalah untuk mula menulis. Antara faktor perkara tersebut adalah kurang keyakinan diri dengan penulisan yang di tulis sendiri, kesannya banyak blog2 yang hanya aktif dalam masa beberapa minggu sahaja dan akhir terkubur kerana kurang minat menulis ditambah lagi dengan kurang keyakinan tersebut .

  2. Salam..

    Penulisan yang baik serta unik memerlukan teknik atau tahap kesabaran yg tinggi.. Tetapi bagi orang yg baru menceburi dlm penulisan terutama blogger yg tidak mempunyai kos utk mengupah penulis artikel seharusnya memberani diri utk menulis dan hendaklah perbaiki dr segi susuanan kata, susunan ayat dan sebagainya daripada masa ke semasa..

    Seperti masa yg saya sendiri lakukan.. 🙂

  3. Blog mesti mempunyai isinya iaitu tulisan artikel tapi ia tidak semestinya ditulis oleh pemunya blog. Idea mengupah penulis luar kerana pemilik blog sibuk adalah idea bagus, tapi kalau kerana tuan punya blog malas menulis, itu amat-amat tidak bagus.

  4. @Ahmad Dyani, bagi saya apa yang abang cakap tu applicable jika blog tersebut merupakan blog personal atau pun yang mempunyai brand diri sendiri seperti Rohaizad.com

    Dari pandangan saya, sekiranya blog niche seperti OhTidak, OhArtis, dan MalaysiaKini, orang tak kisah pun siapa yang tulis selagi informatif dan berkualiti.

Leave a Reply to ahmadyani Batal (Cancel)