Misi Bisnes 2013 – Binasa Atau Terus Untung?

December 17, 2012 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Strategi Online & Offline

Merancang adalah satu keperluan dalam perniagaan. Tidak merancang, maka kita menjemput kegagalan. Itu yang ramai usahawan lakukan terhadap perniagaan mereka. Secara sengaja atau tidak sengaja.

minda

Tahun 2013 akan berkunjung tiba. Jika kita tidak bersedia, maka bahaya menanti. Berikut adalah idea-idea yang boleh diambil untuk mencantikkan lagi akaun bank syarikat pada tahun 2013.

Idea-idea itu adalah:

  • Memahami psikologi pelanggan.
  • Melancarkan kempen pemasaran agresif.
  • Selesaikan lebih banyak masalah.
  • Mengukuhkan lagi bisnes impian.

Memahami Psikologi Pelanggan

Lakukan survey atau penyelidikan ringkas, untuk memahami apa yang pelanggan kita perlukan. Kaji emosi dan tingkah laku mereka. Kaji masalah yang mereka hadapi pada tahun 2013.

Dengan memahami psikologi mereka, kita dapat menyediakan pakej produk atau servis yang dapat membahagiakan hati.

Melancarkan Kempen Pemasaran Agresif

Gunakan segala ruangan yang ada. Maksimumkan segala jenis ruang pemasaran yang wujud. Samada percuma atau berbayar. Jangan terlalu obses pada satu jenis medium pemasaran.

Lagi banyak medium pemasaran yang digunakan, lebih cerah peluang untuk kita memperkenalkan produk dan servis kepada lebih ramai pelanggan. Tidak semestinya pelanggan kita hanya ada di Facebook. Tidak semestinya pelanggan kita hanya ada di akhbar.

Selagi mana yang termampu, gunakan segala ruang yang ada.

Selesaikan Lebih Banyak Masalah

“Kita selesaikan masalah orang, Tuhan selesaikan masalah kita.”

Sifat dualisme bisnes itu indah. Kita berikan nilai yang bagus kepada pelanggan, mereka pula berikan duit ke dalam akaun syarikat. Bisnes-bisnes yang kekal hebat hari ini mempunyai mazhab perniagaan yang mudah.

Mereka selesaikan masalah, mereka buat pelanggan jatuh cinta dan suka pada bisnes. Ini yang berlaku pada syarikat seperti Zappos, Mindvalley dan pelbagai lagi.

Keramat emosi pelanggan adalah:

  • Suka.
  • Bahagia.
  • Gembira.

Apabila bisnes kita memenuhi ketiga-tiga keperluan emosi ini, maka tidak ada sebabnya untuk bisnes kita tidak memacu dengan lebih jauh pada tahun 2013.

Mengukuhkan Lagi Bisnes Impian

Tulis apa yang kita mahu. Tulis dengan spesifik. 90% manusia di muka bumi memandang rendah terhadap potensi bisnes mereka. Itu yang menyebabkan 90% bisnes juga hanya sekadar duduk satu tempat, dan tidak berani berganjak ke tempat lain.

Tulis apa yang kita mahukan dalam bisnes pada tahun 2013. Nyatakan dengan spesifik. Tulis bila tarikhnya.

Adakah Kita Bersedia, 2013?

Tahun 2013 bakal menjadi tahun yang dipenuhi dengan cabaran yang suka dan duka kepada para peniaga. Berhenti daripada bersaing dan menjatuhkan pesaing. Mari kita berlumba-lumba untuk membuatkan pelanggan bahagia.

Mulakan tahun 2013 kita dengan Seminar Majalah Niaga pada 29hb Disember 2012, iaitu Seminar Penulisan Bisnes (Daftar Di Sini).

Kredit: Brick Fanatics.


Tags:

Komen (6)

  1. Saya sangat setuju dengan pendapat Tuan Aqif Azizan. Lagi banyak kita selesaikan masalah orang, lagi ramailah pelanggan yang setia.

    Terima kasih atas artikel yang sangat bermanfaat 😉

Pendapat anda?