Nikmat Ulasan Produk – Percuma Samsung Galaxy Note & Wang Tunai RM200

July 18, 2012 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

Bagi bekas peserta Seminar Pemasaran Online yang sudah belajar dan praktik teknik menulis ulasan produk, ini adalah peluang yang dinanti-nantikan.

samsung

Bagi yang belum, tidak mengapa. Masih boleh cuba sehabis baik untuk mendapatkan Samsung Galaxy Note dan wang tunai bernilai RM200 secara percuma.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Faceboutiqe dengan kerjasama Azwan Anuar. Di mana keperluan untuk memenangi hadiah gajet bernilai RM1,800+ ini cukup mudah. Para peserta cuma perlu menulis ulasan produk.

5 Syarat Menangi Galaxy Note

Berikut kami sertakan 5 syarat penyertaan bagi tuan puan yang berminat untuk menjadi sebahagian yang bertanding dalam program ini:

Syarat #1 – Khas Untuk Semua Pemilik Blog

Siapa yang mempunyai blog, maka mereka adalah golongan yang layak untuk menyertai pertandingan ini. Ia hanya sah untuk blogger yang memegang hak sebagai rakyat Malaysia sahaja.

Syarat #2 – Ulasan Minimum 200 Patah Kata

Apa yang kita perlu lakukan adalah menulis satu artikel yang berkaitan dengan ulasan laman web Faceboutique (sumber rujukan akan diberikan di akhir artikel). Minimum patah kata adalah 200 sahaja.

Ia akan jadi satu persaingan sihat di antara para blogger yang bijak menggunakan ayat-ayat yang menjentik emosi dan menyentap para pembaca mereka.

Syarat #3 – Hantar Penyertaan

Selepas selesai menerbitkan artikel ulasan, para peserta dikehendaki untuk menghantarkan 2 maklumat berikut ke e-mel azwananuar@gmail.com:

  1. Nama Blog.
  2. Pautan Artikel:

Satu blog hanya dibenarkan untuk menulis satu artikel sahaja berkaitan dengan Faceboutique.

Bagi membaca syarat-syarat selanjutnya, sila rujuk pada pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut:

Syarat Untuk Menang Samsung Galaxy Note (Klik Di Sini)

5 Tip Tulis Ulasan Berpengaruh

Di sini tim Majalah Niaga ingin berkongsi tip-tip menulis ulasan produk supaya artikel yang dihasilkan dapat memikat hati juri pertandingan.

Review dan Menang Faceboutique

Gunakan kesemua tip ini mengikut kreativiti kita sebagai pemilik blog.

  1. Tulis guna bahasa penuh – Supaya para pembaca dan juri mudah untuk faham isi kandungan yang cuba disampaikan.
  2. Integrasi dengan pelbagai media – Gunakan video, imej atau sebarang bentuk bahan multimedia dalam menerangkan produk Faceboutique.
  3. Tanya pemilik Faceboutique – Jika ada sebarang pertanyaan lanjut mengenai laman web mereka, hubungi pemiliknya dengan seberapa segera.
  4. Guna kritikan konstruktif – Apabila kita mahu mengkritik, berikan sekali cadangan penambahbaikan supaya kita tidak mencederakan emosi pihak penganjur.
  5. Integrasi promosi Facebook – Guna Facebook atau Twitter untuk menwar-warkan ulasan tentang laman web Faceboutiqe.

Berikut kami senaraikan rujukan lanjut supaya para pembaca Majalah Niaga yang berminat dapat memahami syarat pertandingan ini. Doa kami agar pertandingan ini dapat berlangsung dengan jayanya.

Baca Maklumat Lanjut Pertandingan Ulasan Faceboutique


Tags: , , ,

Komen (1)

Pendapat anda?