-
Bagaimana Menghasilkan Publisiti Percuma Di Media? – Bahagian 1
Ditulis oleh Mohd Aliff Mohd Nor pada 09 Sep 2011 dalam Tip Pemasaran | 2 Komen
Skrip penyampaian wajib mempunyai unsur persuasif atau unsur yang dapat meyakinkan orang ramai agar membaca, menonton, atau mendengar kenyataan itu. Unsur ini digunakan dalam penulisan pengiklanan (copywriting) supaya dapat membuatkan seseorang melakukan sesuatu apabila nampak iklan tersebut.

Unsur persuasif juga penting sekiranya anda inginkan publisiti percuma di media. Bagaimana pula ingin membuat publisiti percuma di media jika ia bukan iklan? Adakah anda perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar agar program atau produk anda dijamin muncul di media?
-
Resepi Kejayaan Blog – Niat dan Ilmu Untuk Berkongsi
Ditulis oleh Hasbul Aqill pada 08 Sep 2011 dalam Tip Blogging | 2 Komen
Adakah kita pernah menghadapi situasi seperti di bawah?

Hati terasa ingin membangunkan blog. Lebih-lebih lagi apabila melihat rakan-rakan blogger lain, yang sudah menjadi popular di mana blog mereka mempunyai ribuan pelawat setiap bulan.
Tetapi diri ini tidak bermula. Seolah-olah ada sesuatu seperti dinding besar yang menghalang supaya kita tidak bermula.
Atau situasi seperti ini?
-
Infografik – Info Menarik Mengenai Warna Dalam Pejabat
Ditulis oleh Hazlam Anuar pada 07 Sep 2011 dalam Tip Dekorasi Bisnes | 5 Komen
Menurut Therapycolor.com, cahaya boleh mempengaruhi emosi kita. Sebahagian besar daripada diri kita berasa lebih baik dan lebih ceria ketika hari cerah berbanding pada hari yang suram.

Jika warna yang digunakan secara berlebihan, emosi yang positif boleh menjadi negatif. Cuba satu dinding atau ruang yang kecil di pejabat sebagai eksperimen dan lihat perubahan pekerja anda.
-
Buat Duit Dengan Fotografi – 5 Lubuk Mewah Dibongkarkan
Ditulis oleh Aqif Azizan pada 06 Sep 2011 dalam Tip Perniagaan | 14 Komen
Industri fotografi kini semakin meningkat naik dan mendapat permintaan daripada pelbagai individu dan organisasi. Harga aksesori fotografi yang berada dalam lingkungan RM1,000 hingga RM5,000, iaitu harga mampu milik untuk majoriti rakyat tempatan juga mendorong kepada perkembangan industri ini.

Kini lebih ramai orang menganggap diri mereka sebagai jurufoto. Namun hakikat pahit yang perlu ditelan adalah hanya segelintir individu sahaja yang berjaya untuk kekal dalam industri ini, dan majoriti yang cuba masuk untuk industri ini akan lesap begitu sahaja dalam tempoh 1 atau 2 tahun beroperasi.
-
Harta Intelek – Hak yang Perlu Dihargai
Ditulis oleh Azizi Zulkefli pada 05 Sep 2011 dalam Tip Perniagaan | 1 Komen
Sebagaimana harta ketara yang kita miliki seperti kereta, rumah dan wang ringgit, harta intelek juga perlu dilindungi bagi memastikan pemiliknya memperoleh hak, dan manfaat daripada harta intelek yang dihasilkan.

Perlindungan harta intelek membolehkan pengkarya dan pencipta bebas menghasilkan karya dan ciptaan masing-masing tanpa sebarang ancaman.



