The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.
  • 4 Sebab Soalan Membuatkan Anda Berkuasa

    Bertemu dengan jurujual adalah salah satu perkara yang ingin dielakkan oleh sesiapapun. Sebab pertama adalah anda mungkin terpaksa membeli produk yang dijual, dan sebab kedua adalah bosan dengan penerangan jurujual yang laju seperti komuter.

    Brian Tracy, seorang guru dalam bidang jualan menyatakan ‘Telling is not selling’. Soalan sebenarnya lebih berkuasa daripada pernyataan dalam sesi jualan. Anda mungkin pernah berhadapan dengan jurujual yang asyik bercakap, apabila menjual produknya kepada anda. Apabila anda mendengar penerangan beliau, adakah anda benar-benar tertarik atau sekadar menjaga hati jurujual berkenaan?

    Teruskan Membaca Artikel… »

  • Kepentingan Komunikasi di eBay

    Adakah anda seorang penjual di portal eBay?

    Jika anda baru sahaja berkecimpung dalam dunia perniagaan internet di portal eBay, maka sudah tentu anda masih lagi perlu mempelajari pelbagai perkara baru untuk perniagaan anda. Terutama sekali cara untuk menjana keuntungan yang lumayan di dalam portal tersebut.

    Teruskan Membaca Artikel… »

  • Riba Disebalik Pembelian Emas

    Hari ini kita dapat mengelakkan riba dalam hutang piutang dengan menghentikan semua urusan dengan institusi kewangan konvensional. Namun itu belum cukup untuk meninggalkan riba sepenuhnya kerana riba wujud dalam kontrak jual beli menerusi urusniaga pertukaran barang tertentu.

    Riba ini diterangkan melalui hadis-hadis antaranya hadis dari Ubadah b Samit berikut:

    Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” - (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)

    Hadis ini memberitahu kita ada 6 jenis barang ribawi iaitu emas, perak, gandum, barli, kurma dan garam. Maka, pertukaran barang yang sama jenis perlu berlaku secara tunai dan sama nilai. Contohnya, emas 10 gram mesti ditukarkan dengan emas 10 gram juga. Gandum 10 kg mesti ditukarkan dengan gandum 10 kg juga.

    Teruskan Membaca Artikel… »

  • Buat Duit Dengan PLR – 7 Panduan Praktikal oleh Abooain

    Menurut laman web Wikipedia, PLR bermaksud ‘Private Label Rights’. Konsep ini digunakan oleh kebanyakan usahawan internet, bagi menjual produk informasi, khususnya berbentuk digital seperti ebook, artikel, perisian, video dan audio.

    Menerusi konsep ini, ia dapat memudahkan usahawan internet bermula tanpa memerlukan modal yang besar. Penggunaan produk yang mempunyai lesen PLR juga dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang bagi menghasilkan produk informasi untuk dijual.

    Teruskan Membaca Artikel… »

  • 25 Jenis Headline Bakal Memukau Pelanggan Anda (Part 1)

    Assalamualaikum pembaca Majalah Niaga semua, dan selamat sejahtera. Sudah lama saya tidak hantar artikel ke sini kerana kesibukan yang amat. Namun saya cuba juga untuk hasilkan artikel sebagai kesinambungan daripada artikel saya sebelum ini dan sebagai membalas usaha murni tim Majalah Niaga yang tidak pernah penat berusaha, bagi menyebarkan ilmu usahawan kepada kita semua.

    Pada sesi kali ini saya bawakan kepada anda, pengetahuan tentang cara menulis headline dan jenis-jenis headline yang berkesan. Penulisan kali ini terlalu panjang. Jadi saya akan bahagikan kepada dua bahagian. Hari ini adalah bahagian pertama untuk anda.

    Teruskan Membaca Artikel… »