Panduan Grafik Di Media Sosial (Infografik)

August 30, 2013 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Penjenamaan

Pada suatu masa dahulu, aktiviti penjenamaan sesuatu produk ataupun syarikat memerlukan modal yang banyak supaya jenama mereka mula dikenali, dihormati dan dipercayai ramai. Tetapi kini semuanya sudah berubah.

Kehadiran media sosial seperti Facebook, Twitter, Linked In dan sebagainya benar-benar mampu membuatkan para usahawan mempromosikan jenamanya dengan lebih meluas kepada pengguna Internet dengan kos yang lebih minimum. Kini media sosial benar-benar berjaya menyelamatkan sedikit kos operasi anda.

Untuk memastikan jenama mereka dikenali, para usahawan perlu mereka grafik dan konsep yang menonjolkan identiti perniagaan mereka di media sosial di samping mengutamakan servis terbaik untuk para pengguna Internet. Konsep grafik yang menonjol di media sosial ibarat pengiklanan percuma apabila digunakan dengan betul.

Untuk anda yang mahu mereka grafik kreatif bagi menonjolkan jenama anda di media sosial, berikut kami sertakan spesifikasi serta saiz desain yang perlu ikuti bagi memastikan grafik yang anda hasilkan untuk jenama bisnes anda tetap kelihatan menarik dan kemas.

saiz-dan-panduan-design-jenama-di-media-sosial

(Sumber gambar: Jason A. Howie)


Tags: , , , , , , ,

Komen (1)

Pendapat anda?