Panduan Mencari WordPress Themes dan 5 Themes Percuma

May 05, 2011 — Penulis:

Kategori: Umum

Menurut Pat Flynn dalam satu temubual eksklusif beliau mengenai isu blogging, beliau menyatakan kesilapan yang sering dilakukan oleh pemilik blog adalah tidak memikirkan kualiti desain blog themes.

Meskipun ramai yang berpendapat ‘content is a king’, namun desain blog themes merupakan pandangan pertama yang akan dilihat oleh para pelawat.

Justeru itu, pemilihan blog themes yang menarik perlu diberi perhatian serius. Dalam kajian Ignite Social Media menerusi 10 blog yang mempunyai pengaruh besar dalam topik media sosial dan pemasaran viral, mereka mendapati semua blog yang mendominasi carta ini mempunyai blog themes yang direka khas, dan tidak boleh didapati di mana-mana.

Salah satu daripada blog yang disenaraikan adalah ViperChill.com. Pemiliknya Glen Allsopp memberitahu dalam kursus digital ‘Cloud Blogging’, blog themes ViperChill.com adalah blog themes yang telah diubahsuai 100% daripada themes asal. Ini bertujuan bagi mencipta kelainan, dan juga membina jenama yang utuh dan menarik perhatian pelawat.

 

Bagi pemilik blog yang sudah mempunyai pengikut yang tersendiri atau masih baru, pemilihan blog themes yang baik adalah perlu, bagi mencerminkan kredibiliti kita di mata pembaca. Analoginya mudah, bayangkan kita mempunyai produk yang terbaik tetapi dijual dalam kedai yang buruk, adakah pengunjung akan membeli di kedai itu?

Sama juga konsep blog, jika themes yang digunakan cantik dan menarik perhatian pelawat, maka secara automatik mereka akan memberikan kita kredibiliti dan autoriti.

Bagaimana Mencari WordPress Themes yang Baik?

Entri ini akan menunjukkan cara-cara bagaimana untuk kita mencari blog themes, khususnya bagi pengguna medium WordPress. Ini kerana WordPress merupakan medium blog yang digunakan oleh pemilik blog bertaraf profesional, seperti Darren Rowse, Pat Flynn, Matt Cutts dan ramai lagi.

Bagi mencari blog themes yang menarik. Terdapat 3 kriteria penting yang telah digariskan oleh Daniel Scocco, iaitu pemilik DailyBlogTips.com. Jika kita mengikut apa yang disarankan oleh beliau, maka blog kita akan kelihatan lebih gah, cantik, dan mencerminkan kredibiliti sebagai blogger yang profesional.

Kriteria #1 – Cari Themes yang Mudah Diubahsuai

Blog themes yang mudah diubahsuai akan memudahkan kita untuk menghiaskan blog dengan lebih mudah. Ini kerana kebanyakan pemilik blog tidak memiliki kepakaran dalam isu-isu koding CSS (Cascading Style Sheet), PHP dan juga HTML.

Pengubahsuaian ini dapat membantu kita untuk menghasilkan blog themes yang mempunyai 10 hingga 20 peratus keunikan daripada themes asal. Namun kita harus membaca terma dan syarat, sebelum memulakan pengubahsuaian.

Ini kerana terdapat segelintir penyedia blog themes, yang tidak membenarkan themes mereka diubahsuai.

Kita juga perlu memahami sedikit sebanyak mengenai CSS, PHP dan HTML, bagi mengubahsuai blog themes mengikut citarasa. Jika ia dikhuatiri akan mengambil masa yang lama, lawati forum-forum seperti WangCyber.com, dan upah pereka laman web yang boleh membantu kita mengubahsuai blog themes.

Harga pengubahsuaian bergantung pada keunikan yang kita inginkan. Namun harga adalah sekitar RM100 hingga RM700 bagi setiap pengubahsuaian yang dilakukan.

Kriteria #2 – Guna Themes yang Mesra Enjin Carian

Blog themes yang mesra enjin carian dapat membantu kita menerusi on-site SEO. On-site SEO adalah optimasi enjin carian menerusi pengstrukturan kod blog themes kita. Semakin baik pengstrukturannya, maka semakin mudah enjin carian untuk mengenalpasti laman web kita.

Menurut SeoBook.com, hasil daripada pengstrukturan blog themes yang baik. Laman web kita akan lebih mudah untuk berada dalam kedudukan teratas enjin carian. Antara blog themes yang mesra enjin carian yang boleh dimuat turun percuma adalah menerusi laman web Courtney Turtle.

Menerusi blog themes yang mesra enjin carian, kita akan menjimatkan  40% masa untuk melakukan promosi blog bagi mendapatkan trafik secara organik, iaitu menerusi enjin-enjin carian terbesar di dunia seperti Google, Yahoo dan Bing.

Kriteria #3 – Kaji Pemilik Blog Berautoriti

Dengan melakukan kajian terhadap pemilik blog yang sudah mempunyai autoriti, ia akan menjimatkan masa kita untuk mengenalpasti blog themes yang sesuai. Sebagai contoh, jika kita kaji blog Problogger.net, kita akan mendapati ciri-ciri blog themes beliau adalah seperti berikut:

  • Mempunyai logo di bahagian atas kiri.
  • Ruangan iklan di bahagian atas kanan.
  • Terdapat 8 halaman pada menu navigasi (Home, Blog, Forum, Workbooks, Book, Jobs, Make Money, Archives).
  • Terdapat 3 kolum pada bahagian content (Recent post, Recent video post, dan sidebar).
  • Penggunaan heading warna oren dan teks berwarna hitam.
  • Background teks berwarna putih.
  • Pada bahagian footer (bahagian bawah sekali), Problogger.net menyenaraikan kategori entri yang telah diterbitkan dalam blog, serta biodata ringkas mengenai pemilik blog.
  • Dan banyak lagi.

Dengan melakukan kajian seperti ini, maka mudah untuk kita mencipta satu blog themes yang unik dan mesra pembaca. Kita tidak perlu membazirkan masa untuk melakukan cubaan berkali-kali bagi mendapatkan blog themes yang sesuai. Menerusi kaedah pemerhatian ini, ia dapat menjimatkan masa kita.

5 Themes Berkualiti Percuma

Mencari themes yang betul-betul sesuai dengan selera kita akan mengambil masa yang lama. Justeru itu pihak kami mengambil inisiatif untuk melakukan kajian, dan menyenaraikan 5 jenis blog themes yang mempunyai ciri-ciri profesionalisme untuk blog tuan dan puan.

Themes #1 – AllTuts

All Tutorials adalah blog themes yang dibangunkan oleh Site5, sebuah syarikat pembangunan laman web dan penyedia hosting yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Berdasarkan reka letak dan desain blog themes ini, kami mendapati ia dapat mencerminkan kredibiliti blog tuan dan puan.

Untuk lihat demo dan muat turun blog themes ini, boleh klik di bawah:

 

Themes #2 – Simplo (White)


Simplo ini sesuai digunakan oleh blog peribadi, khususnya untuk individu yang tidak mengetahui perkara teknikal mengenai pengstrukturan laman web. Themes ini kemas dan menampakkan entri kita dengan lebih jelas di mata pembaca.

Untuk lihat demo dan muat turun blog themes ini, boleh klik di bawah:

 

Themes #3 – Skeptical

WooThemes memang cukup dikenali dengan desain dan reka letak laman web bercirikan elegan, kemas dan profesional. Themes Skeptical ini sesuai digunakan oleh individu-individu yang ingin menyerlahkan lagi kredibiliti, menerusi penulisan. Ia juga sesuai digunakan bagi tujuan individu, bukan syarikat.

 

Themes #4 – Harimau Malaya

Ini merupakan blog themes yang dibangunkan oleh KreativeThemes, iaitu laman web yang menjual WordPress themes yang dibangunkan oleh barisan anak muda tempatan.

Harimau Malaya ini sesuai digunakan untuk blog peribadi yang mementingkan kekemasan, dari segi penggunaan warna, teks, gambar dan sidebar.

Boleh cuba demo atau muat turun secara percuma di sini.

  • Demo – http://demo.kreativethemes.com/harimaumalaya/
  • Muat turun – http://www.kreativethemes.com/harimau-malaya/

 

Themes #5 – Simple Folio

Themes Simple Folio sesuai digunakan oleh syarikat atau individu. Themes ini juga digunakan oleh Pat Flynn, bagi membangunkan sebuah laman web yang bercirikan niche sites.

Untuk mencuba demo atau muat turun themes ini, boleh lakukan di bawah:

Langkah Seterusnya Selepas Memiliki Blog Themes

Selepas memilih blog themes yang sesuai untuk blog kita, maka langkah seterusnya adalah menerbitkan entri-entri yang memenuhi kehendak pembaca. Pemilik blog CopyBlogger.com, Brian Clark berkata, desain blog yang memukau pelawat sahaja tidak mencukupi. Ini kerana kita perlu memenangi hati mereka menerusi entri-entri yang disajikan dalam blog.

Panduan Lengkap Membina Blog Sendiri

Jika tuan dan puan mahu puan mencari panduan komprehensif berbentuk ebook, maka kami amat sarankan agar memiliki ebook ‘Panduan Lengkap Membina Blog Sendiri‘. Ia merupakan panduan berbentuk langkah demi langkah, untuk kita membina blog tanpa perlu mengupah orang lain melakukannya.

Panduan ini ditulis oleh blogger terkemuka tempatan, iaitu Mohd Zulfadli atau dikenali sebagai Smartzul. Semoga kelima-lima blog themes yang dicadangkan di atas dapat membantu tuan dan puan membuat pilihan yang lebih rasional, berdasarkan keperluan diri tuan dan puan.

*Kredit gambar yang di ambil dari Flickr (Gla5, marketshaper, paszkiewicz)


Tags: , , ,

Komen (21)

  1. Bajubaby.net
    May 5, 2011

    Terima kasih di atas panduan yang diberi. Dapat membantu saya pada masa hadapan.

    1. Terima kasih juga kerana sudi singgah ke blog ini. Semoga perkongsian kami mengenai WordPress Themes ini dapat dimanfaatkan kita semua.

  2. Alhamdulillah, terima kasih kerana perkongsian bermanfaat ini. Izinkan saya meminta sedikit bantuan, jika kelapangan apa komen tuan mengenai tema blog saya? Segala teguran saya dahului dengan ucapan terima kasih. 😉

    1. Tuan Hadi Rofiee.

      Berikut adalah pendapat kami selepas meneliti blog tuan:

      #1 – Penggunaan WordPress Themes yang baik dan profesional dari segi persembahan.

      #2 – Cadangan saya, tukar warna kuning atau sebaliknya. Elakkan daripada menggunakan warna ungu.

      Setakat itu sahaja. Apa yang penting selepas ini tuan memfokuskan pada content.

      Sekian, terima kasih. 😀

      1. Terima kasih Aqif. Izinkan saya bertanya, adakah komentar Tuan ini berdasarkan tema blog yang saya pakai daripada Kreative Themes? Hal ini kerana sebelum ini saya sedang bertukar-tukar di antara 2 tema. Sekarang saya menukar kepada tema blog yang lama. Namun jauh di sudut hati, berminat untuk menggunapakai tema Harimau Malaya. 😉

        Terima kasih kerana pengajaran yang diberikan. 🙂

  3. Sudah banyak kali saya menukar theme blog saya. Belum dapat yang betul-betul berkenan. Nampaknya kena keluarkan duit beli theme

    1. Tuan Ahmadyani, sebenarnya kita tidak perlu menukar kepada themes yang berbayar. Senarai di atas adalah berdasarkan kajian kami, dalam memilih WordPress Themes percuma yang terbaik, profesional dan mudah untuk diedit.

      Sekadar membantu. 😀

  4. Perkongsian menarik dan bagus!selama ini tiada tips khas untuk mencari themes wp yang sesuai untuk blog kita.Tahniah dan thanks sudi kongsi tips bersama kami!

  5. Terima kasih atas perkongsian.. 🙂
    Saya pun guna theme AllTuts dan memang ianya satu theme yang sangat lawa dan professional..

    1. Saya juga tertarik untuk mengguna pakai tema harimau malaya itu. Buatan anak tempatan membuatkan hati saya semakin berkobar-kobar. i’Allah mungkin apabila blog saya genap setahun, saya akan bertukar tema. 🙂

Pendapat anda?