Panduan Ringkas Memilih Kad Perubatan Takaful / Insurans

January 22, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Perkhidmatan / Perniagaan

Tulisan ini adalah rentetan daripada beberapa persoalan yang paling kerap diajukan berkenaan kad perubatan takaful / insurans,  antaranya;

“Apa ‘medical card’ (kad perubatan) paling bagus?”

“Syarikat XYZ mempunyai perlindungan RM 1 juta, tentu lebih bagus daripada kad perubatan Takaful ABCD yang hanya RM500K, bukankah begitu?”

kad perubatan terbaik

“Apa beza kad perubatan stand alone dengan kad perubatan sebagai rider?”

Secara umumnya, untuk membuat perbandingan kad perubatan, perlu dibuat perbandingan terhadap dua perkara iaitu faktor produk dan faktor pelanggan.

Dengan perbandingan adil “apple to apple” perkara ini, barulah kita dapat membuat perbandingan yang adil di antara produk-produk yang ada di pasaran.

Berikut adalah faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam perbandingan kad perubatan.

1) Faktor Produk

  • Jumlah sumbangan – jumlah perlindungan yang sama, tapi jumlah sumbangan premium berbeza.,
  • Ko-takaful atau tidak – ada produk kad perubatan yang ko-takaful iaitu pelanggan perlu membayar 10% daripada jumlah kos rawatan.
  • Sebagai rider atau stand alone – kad perubatan sebagi rider dicantumkan dengan produk asas.

2) Faktor Pelanggan

  • Keperluan pelanggan – adakah perlu perlindungan sehingga RM1juta?
  • Kemampuan kewangan pelanggan – ada orang yang mampu untuk melanggan RM100 sebulan,  ada yang mampu sehingga RM500 sebulan, dan  ada juga  yang tidak.
  • Perlindungan sedia ada – perlindungan lain untuk kematian, lumpuh, kemalangan penyakit kritikal perlu turut diambil kira, dan mungkin sudah ada kad perubatan daripada syarikat.

kesihatan menjamin keluarga bahagia

Analogi Kad Perubatan dengan Kereta

Semua faktor ini akan menjadikan perbandingan yang adil. Untuk memudahkan gambaran, kita buat perbandingan Kancil dengan BMW.

Memang tidak dapat dinafikan BMW jauh lebih baik secara zahirnya daripada Kancil, namun dengan mengambil faktor harga kereta, harga insurans, harga cukai jalan, penggunaan petrol, kos penyelenggaraan, dan lain-lain, adalah tidak adil untuk katakan BMW lebih baik daripada Kancil dan ia sesuai untuk semua orang kerana Kancil tetap ada kelebihannya yang tidak ada pada BMW.

BMW ada classnya tersendiri. Ia jauh lebih selesa daripada Kancil. Tetapi padanlah dengan harganya, mungkin boleh membeli 10 ekor kancil! Namun, Kancil pun ada kelasnya yang tersendiri, bukan? Dengan membeli sebuah Kancil, seseorang dapat berjimat 90% daripada membeli BMW yang dapat digunakan untuk membeli keperluan-keperluan lain!

Jadi, kesimpulan awal yang boleh kami buat, tidak semua orang perlukan BMW dan jangan memandang remeh kepada Kancil!

Pertimbangan Memilih Kad Perubatan

Berikut adalah beberapa pertimbangan dan penilaian terhadap produk-produk kad perubatan yang ada di pasaran, tanpa merujuk kepada mana-mana produk dan syarikat secara khusus.

1. Stand Alone vs Rider

Kad perubatan ‘stand alone’ merujuk kepada produk kad perubatan sahaja tanpa sebarang produk lain yang perlu dilanggan bersama. Kad perubatan ‘rider’ pula merujuk kepada kad perubatan yang dipakej bersama produk-produk asas.

Kad perubatan sebagai rider, walaupun lebih mahal berbanding stand alone, tapi harganya setara sehingga tempoh matang, berbanding dengan kad perubatan stand alone yang akan meningkat dalam tempoh umur 5 tahun sekali.

Apabia membandingkan harga kad perubatan rider dengan kad perubatan stand alone, bandingkan harga secara spesifik kad perubatan sahaja dan bukan kad perubatan bersama produk asas suapaya dapat membuat penilaian yang adil.

Sebagai contoh medical card stand alone berharga RM100 dengan kad perubatan rider dengan harga RM200, nampak sekali imbas bahawa kad perubatan stand alone lebih murah. Tapi jika diperincikan, rupa-rupanya kad perubatan rider yang berharga RM200 tadi adalah terdiri dari produk asas RM100 dan produk medical card RM100. Jadi, kedua-dua kad perubatan itu adalah sama harganya. Ini sekadar contoh sahaja.

Memandangkan produk kad perubatan rider dilanggan bersama produk asas, maka apabila produk asas tamat maka kad perubatan juga akan tamat. Sebagai contoh, jika pelanggan lumpuh maka polisi akan tamat, kedua-dua produk asas dan rider kad perubatan.

Berikut beberapa poin penting perbandingan kad perubatan rider dengan stand alone.

kemalangan kritikal

Kad Perubatan Stand Alone;

Ciri: Produk kad perubatan tanpa perlu dimbil bersama produk lain.

Kelebihan:

  • Harganya lebih rendah (kerana tidak perlu diambil bersama plan asas)
  • Tidak perlu mengambil produk asas

Kekurangan:

  • Tiada nilai tunai (sebab itu ia lebih rendah harganya)
  • Jika terlepas bayaran sumbangan / premium, akan luput.

Kad Perubatan Rider

Ciri: Plan kad perubatan yang perlu diambil bersama produk asas. Plan kad perubatan adalah plan tambahan kepada produk asas.

Kelebihan

  • Mempunyai nilai tunai (sebab itu harganya lebih tinggi berbanding stand alone, dan nilai tunai banyak daripada plan asas)
  • Boleh diambil bersama tambahan perlindungan lain seperti sakit kritikal dan ‘waiver’ (pelupusan sumbangan apabila berlaku sakit kritikal)
  • Sekiranya terlepas pandang, ia boleh dibayar dari nilai tunai polisi dengan syarat polisi mempunyai nilai tunai

Kekurangan

  • Harga menjadi tinggi kerana perlu diambil dengan produk asas
  • Akan tamat apabila plan asas tamat, sebagai contoh jika pelanggan lumpuh / TPD (Total Permenant Disaility) maka kad perubatan akan turut tamat.

Kesimpulan: Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Jika mahukan kesemua kelebihan, langgan kedua-dua jenis plan.

NOTA: Kedua-dua caruman sumbangan medical card rider dan stand alone akan meningkat berdasarkan rekod tuntutan syarikat dan keuntungan dana pelaburan.

rawatan terbaik

2. Ko-takaful atau Tidak Ko-takaful

Ko-Takaful merujuk kepada plan kad perubatan yang memerlukan pelanggan membayar sebahagian kecil kos hospital apabila dimasukkan ke hospital. Ia selalunya 10% atau maksima Rm1,000 daripada keseluruhan bil.

Contohnya, jika bil RM1,000, pelanggan perlu membayar RM100, jika bila RM10,000 pelanggan perlu bayar RM1,000. Tapi jika bil hospital RM15,000 pelanggan perlu bayar RM1,000 juga keranai 10% dari RM15,000 melebihi RM1,000 maka pelanggan hanya perlu membayar RM1,000.

Selalunya kad perubatan tanpa ko-takaful , harganya lebih tinggi berbanding kad perubatan dengan ko-takaful dengan plan perlindungan yang sama.

Sebagai contoh, harga bagi kad perubatan tanpa ko-takaful dengan nilai perlindungan RM50,000 setahun adalah RM150, manakala bagi kad perubatan dengan ko-takaful pula adalah RM100 dengan perlindungan yang sama. Sebenarnya, harga yang lebih tinggi dibayar adalah termasuk kos perlindungan tanpa ko-takaful.

Kesimpulan: Setiap perkara yang lebih, ada harga yang perlu dibayar.

3. Perlindungan Tahunan dan Perlindungan Seumur Hidup.

Perlindungan tahunan ialah jumlah bil hospital yang dilindungi oleh syarikat dalam tempoh setahun, manakala perlindungan seumur hidup pula ialah jumlah perlindungan yang dilindungi syarikat dalam tempoh seumur hidup.

Jangan mudah terpengaruh apabila ada perunding yang membuat promosi “Coverage RM1 Juta!’.

Perlindungan RM1,000,000 memang banyak tapi ia adalah untuk perlindungan seumur hidup. Malah ada juga kad perubatan yang meletakkan had seumur hidup sebagai “Unlimited” atau tanpa had.

Nampak hebat tapi ketahuilah bahawa saya berada di dalam industri ini selama 10 tahun, belum ada lagi pelanggan yang sudah membuat tuntutan perubatan sebanyak RM1,000,000 seumur hidup.

Pelanggan yang saya maksudkan ialah pelanggan saya, pelanggan rakan-rakan saya dan rakan-rakan pelanggan saya.

Jika ada yang sudah berjumpa dengan pengguna kad perubatan yang sudah membuat tuntutan seumur hidup sehingga RM1,000,000 boleh bawa beliau berjumpa saya. Mengapa saya berani katakan sedemikian?

Selalunya, bagi kad perubatan sebegini rupa , had tahunannya adalah 10% daripada had seumur hidup. Jika had seumur hidup adalah RM1,000,000 maka had setahun adalah RM100,000.

Secara logiknya, jika seorang pelanggan sudah membuat tuntutan sebanyak RM100,000 maka dia perlu membuat tuntutan selama 10 tahun untuk menghabiskan had keseluruhan RM1,000,000 tadi.

Wujudkah pesakit hospital yang memerlukan kos sebanyak RM100,000 setahun dan sehingga 10 tahun berturut-turut mendapat rawatan yang sama dan masih belum sembuh atau meninggal dunia?

Kesimpulannya, dalam memilih kad perubatan, perkara yang paling penting ialah had tahunan berbanding had seumur hidup. Selalunya, had yang akan tamat dengan segera ialah had tahunan.

Apabila had tahunan sudah mencecah maksima, maka pelanggan perlu membayar kos tambahan pada tahun berkenaan sekalipun had seumur hidup RM100 juta sekalipun!

Jadi, jangan mudah terpengaruh dengan gimik had tahunan RM 1 juta atau RM1 bilion sekalipun kecuali RM 1 juta itu adalah had tahunan kad perubatan. Percayalah, buat masa sekarang, tidak ada syarikat yang berani meletakkan RM 1 juta sebagai had tahunan mereka.

Artikel ini akan bersambung di tulisan akan datang dengan topik “Panduan Menggunakan Takaful Medical Card”. Jika tuan-puan mempunyai persoalan, boleh ajukan di bahagian komen. Insya-Allah saya boleh kongsikan jawapan di sini atau di ruangan komen.

Kredit foto: squaregoldpr,  insurance, shutterstockyipxnBE2GHs2BTAKAFUL


Tags: , , , , ,

Komen (52)

    1. Razif rashid
      April 20, 2016

      Boleh boss cdangkan insuran yg mne bgus utk sy ambil utk 1fmly? Sy isteri 3org anak tq

      1. ismail mohammad
        April 21, 2016

        Tuan Razif Rashid boleh minta quotation utk setiap pengendali takaful.. Boleh hubungi saya : Ismail Mohammad (012-9155990) utk quotation dr takaful malaysia..antara pelan takaful yg komprehensif dan fleksibel

  1. terima kasih utk artikel ini. sgt membantu bg mereka yg tengah survey kad perubatan/takaful yang terbaik buat diri dan keluarga.

    Ingat khidmat nasihat PERCUMA mengenai kad perubatan/ takaful, hubungi saya SEGERA 🙂

    1. nurhidayu bt ramli
      June 26, 2015

      Sye tgh cri insuran tuk ank suami dan ibu bapa…blh cdangkan tq zifa pls hbungi sye 0129406591 whtssup

      1. nurul dianah
        February 6, 2016

        Saya consultant takaful dari takaful ikhlas yang boleh tunjukkan tentang keperluaan takaful bagi setiap individu.tanpa bayaran apa2..hubungi saya 0123748504

  2. Saya nak bertanya, jika saya nak mengambil kad perubatan keluarga disertakan sekali dengan insuran dan simpanan, boleh cadangkan syarikat mana yang memberi nilai terbaik? Saya sedia maklum begitu banyak syarikat insuran menawarkan pelbagai faedah hingga membuatkan saya pening untuk memilih yang memadai dengan keperluan saya. Terima kasih

    1. ismail mohammad
      April 21, 2016

      Tuan syamsul blh dptkn quotation utk setiap pengendali takaful..boleh hubungi saya dari takaful malaysia, pelan yang komprehensif dan fleksibel..

      Ismail Mohammad (012-9155990)
      #takafulmalaysia
      #tabunghaji
      #bankislam

  3. Saya nak bertanya, jika saya nak mengambil kad perubatan keluarga disertakan sekali dengan insuran dan simpanan, boleh cadangkan syarikat mana yang memberi nilai terbaik?

    1. ismail mohammad
      May 11, 2016

      setiap pengendali takaful mmpunyai nilai kelebihan tersendiri, jika tuan ingin mendapatkan info lanjut mngenai pelan yang disediakan oleh takaful malaysia, tuan boleh hubungi saya : Ismail Mohammad (012-9155990)

      #myGenlifeprotection
      #myGenlifeeducation
      #takafulmalaysia
      #tabunghaji
      #jasminaagency

  4. Saya mahu minta pandangan. aadakah wajar jika mempunyai banyak insuran apa kebaikan dan kekurangan yang ada. saya mohon pandangan coz ada yang menyatakan hanya perlu ada 1 sahaja insuran nyawa yang dibayar jika ada banyak pun. Tk

    1. Untuk insuran nyawa, semua polisi dari syarikat insuran atau takaful boleh claim..

      Cuma untuk medical kad saja, satu syarikat saja boleh claim walupun banyak medical kad.. sebab guna borang original..

      Maaf andai ada silap saya.. Apa2 leh roger saya untuk takaful – 0164124215zz

  5. Pelan yang terbaik, adalah pelan yang mengikut keperluan pelanggan, dan buka pelan yang mengikut keperluan ejen.

    Boleh hubungi saya untuk rundingan berkenaan medical card di 016-2505689.

  6. Hubungi saya utk mengetahui mengenai Takaful IKHLAS.
    011-3948 3974.
    IKHLASkan diri anda. Bersama Menegakkan Muamalat Islam.

    1. Sekarang sudah ada pelan takaful famili utk 6 ahli keluarga yg menjimatkan dgn perlindungan yg tinggi. Hubungi kami di kawasan utara 019-4340728 utk maklumat.

  7. Muzaffar Shah
    February 22, 2016

    Jika anda memerlukan Pelan Insuran yang merangkumi medical card + investment + life dan pelbagai manfaat lain, boleh hubungi saya di 0137127272.

    In Sya Allah saya akan berikan quotation/proposal yg terbaik dan sesuai dengan bajet serta keperluan anda.

    Kita berbincang sebagai sahabat.

    Prudential BSN Takaful

  8. Assalam..sy hendak bertanya sekiranya seseorang itu telah menghidapi penyakit darah tggi @ penyakit yg disenaraikan sbgi penyakit kritikal yg tkawal di usia muda, apakah masih boleh utk mdapatkn perlindungan insurans atau hanya boleh apply utk medical card? Mohon pencerahan..terima kasih

    1. Muhammad Nuh Pata
      April 20, 2016

      Saudara Izwan, sefahaman saya kalau dah ada sejarah penyakit darah tinggi atau penyakit kritikal memang kena reject. Tapi sekiranya dah sihat lama, mungkin boleh cuba. bergantung kepada budi bicara mereka.

  9. Good write up. Boleh jadi rujukan kepqda yqng sedang sevey2. Pening juga nk memilih banyak produk insurance sekqrang

    1. Muhammad Nuh Pata
      April 20, 2016

      Ikut gerak hati ENA, jika kata situ pergilah ke situ. Jika ke sana pergilah ke sana.

  10. Zharif Nordin
    April 16, 2016

    Ingin mengetahui plan Takaful medical card + investment + saving

    Hubungi wakil PruBSN Takaful anda hari ini..
    Ustaz Zharif
    01124079582

  11. Muhammad Nuh Pata
    April 20, 2016

    Artikel ini dah lama, tetapi baru baca hari ini. Bagus untuk diluar sana dan saya setuju dengan pandangan penulis. Walaubagaimanapun, sehebat mana syarikat insurans/takaful tawarkan, semurah atau semahal mana harga yang diberikan pun, semuanya kembali kepada kuasa pelanggan. Kerana mereka lah yang akan menentukan segalanya.

    Kepada pelanggan, ambil lah peduli tentang pelan kad perubatan yang anda beli atau bakal anda beli serta manfaat yang ditawarkan. Benda yang pertama sekali ialah apa yang anda hendak lindungkan. Manakala untuk mereka yang sudah ada baca lah kembali polisi untuk mengingat kembali manfaat-manfaat yang diberikan.

    Semua syarikat insurans/takaful mempunyai misi yang sama iaitu memberi bantuan dari segi kewangan dan untuk mendapatkan rawatan ketika ditimpa musibah.

    Saya juga merupakan Perunding Takaful dari Prudential BSN. Hubungilah saya untuk pertanyaan dan juga sekiranya mempunyai pandangan.

    Muhammad Nuh Pata
    013-6334922
    [email protected]

  12. Mohd Saiful
    April 20, 2016

    Posting ni dh lama 2 tahun dh pun….byk benefit dlm med card company dh upgrade terutamanya percuma lps diagnosis penyakit kritikal. Mohon admin updated. Tq

    0127804552

  13. ismail mohammad
    April 21, 2016

    Pernah dengar mengenai pelan-pelan Takaful Malaysia?

    Dibawah naungan tabung haji dan bank islam. 100% patuh syariah dalam senarai sekuriti patuh syariah.

    Hubungi saya utk dapatkan maklumat lanjut mngenai pelan yang disediakn oleh TAKAFUL MALAYSIA.

    Ismail Mohammad (012-9155990)

  14. Sya nak tau ttg takaful. Adakah mana2 agensi insurans yg menggunakan istilah TAKAFUL benar2 menepati syariah yg ditetapkan? Mohon pencerahan agar tidak disalah guna istilah ini bgi memenangi hati pelanggan.

    1. Norfahana
      June 23, 2016

      Salam cik yati. Setiap agensi yang menyatakan takaful pada polisi mereka mempunyai Syariah Committee mereka tersendiri…setiap syarikat takaful juga dikawal selia oleh bank negara malaysia. Bank negara malaysia juga ada mempunyai Syariah Committee mereka yang tersendiri. Jangan risau dengan penipuan tetapi yakinlah dengan pilihan atas niat yang betul. Insha allah urusan akan dimudahkan. Boleh hubungi saya Norfahana 0193687175. Prubsn Takaful Berhad.

  15. Salam..artikel ni pun dah lama…mungkin penulis boleh update artikel ini. Sebab ada benefit contributor dan waiver bagi kebanyakan syarikat takaful. Perlu dijelaskan lagi.

  16. Sy bercadang utk ambil takaful utk keluarga sy iaitu sy,isteri dan seorang anak yg bakal dilahirkan nnt.kalo boleh nak dpt medikal kad dan saving/investment sekali.jika tidak keberatan boleh lah agen2 bagi info atau quotatiom ke emel sy [email protected]

  17. Luqman Hakim Kasmon
    August 27, 2016

    Maaf saya mencelah..
    Memang ada tuntutan melebihi 1 juta..
    Saya sendiri telah melihat data yang telah dikumpulkan oleh syarikat.. Kanser perut
    Cuma tak dapat dikongsi secara umum kerana private & confidential..
    Saya boleh tunjukkan secara face to face..

    Boleh hubungi saya melalui whatsapp/telegram/call/sms

    Luqman Hakim Kasmon
    013 – 2311 580
    Wealth Planner
    Prudential BSN Takaful
    FB: LUQMAN HAKIM KASMON

  18. Jika anda memerlukan Pelan Insuran yang merangkumi medical card + investment + life dan pelbagai manfaat lain, boleh hubungi saya di 0177629329 (shah)
    0177404475 (dieana)

    In Sya Allah saya akan berikan quotation/proposal yg terbaik dan sesuai dengan bajet serta keperluan anda..
    AiA public takaful medical card

  19. Setakat ni saya cuma pernah pakai AIA takaful medical kad.. dan sangat berpuas hati kerana tak perlu bayar apa2 dan hanya perlu bawak kad dari AIA dan swipe sahaja.. saya dah guna hampir 2 tahun dan setakat ni sgt puas hati..

  20. Salam.
    Beli insuran rider. 3in1 . Life. Medical &saving. Cth kemalangan motor. G kjp dapat rawatan atas sakit acl &pcl ligemet. Guna medical card atas co-takaful.
    Soalan::::
    Layak x saya dapat elaun/pampasan kemalangan kerna insuran saya 3in1 . Dimana saya pikir sepatutnya saya mdapat faedah kemalangan dan faedah medical. Tq

Pendapat anda?