Para Penulis

Majalah Niaga mempunyai ramai para penulis yang berkaliber dan pakar di dalam bidang masing-masing. Berikut adalah senarai penulis yang sentiasa menyumbangkan artikel menarik kepada Majalah Niaga untuk bacaan para pembaca.

Adly Mukhtar

Adly Mukhtar

Adly a.k.a Labanon merupakan co-founder bagi syarikat dot com iaitu Flarebiz Network Sdn. Bhd. Kini beliau mengetuai bahagian pemasaran syarikat dan sangat teruja melihat perkembangan syarikat yang agresif.

Haryzat

Haryzat Zulzahary

Haryzat merupakan penulis buku Rahsia Web Copy terbitan True Wealth yang sangat laris di kalangan para usahawan. Beliau pakar di dalam menyediakan surat jualan yang dapat memukau para pelawat.

Hilmi Isa

Hilmi Isa

Hilmi Isa merupakan seorang penulis buku Rahsia Kalimah Berkuasa Dalam Bisnes dan mempunyai kepakaran bahasa dan komunikasi berpengaruh dalam bisnes. Beliau juga seorang pensyarah Bahasa Inggeris.

Mazlan Mohamad

Mazlan Mohamad

Mazlan Mohamad merupakan penulis buku Terbang Tinggi Seperti Air Asia. Beliau telah mengkaji strategi-strategi bisnes yang diaplikasikan oleh Dato’ Sri Tony Fernandes sehingga AirAsia berjaya.

Hazlam Anuar

Hazlam Anuar

Hazlam Anuar merupakan pemilik Diploma Interior Design, dan berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang yang diceburi. Beliau juga merupakan pengarang buku Mudahnya Google Sketchup.

Nazri Kadir

Nazri Kadir

Nazri Kadir adalah penulis sepenuh masa yang kini menghasilkan beberapa buah buku Siri Bisnes Gaya Trump. Salah satu buku nukilan beliau yang popular di kalangan usahawan ialah Berfikir Gaya Trump.

Pakdi

Pakdi

Pakdi merupakan pengasas dan pewakaf forum BicaraJutawan.com. Beliau merupakan pengarang buku #1 pengurusan kewangan secara Islami iaitu Rancang Wang Dari Sekarang.

Syahrul Nizam

Syahrul Nizam

Syahrul Nizam, kepakaran beliau dalam seni komunikasi berpengaruh di Malaysia tidak dapat disangkal lagi, terutama selepas terhasilnya buku Ilmu Pengaruh Bukan Jampi Tetapi Seni yang laris di pasaran.

Azzah AR

Azzah AR

Azzah AR merupakan seorang usahawan, penulis dan jurulatih bertauliah dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Antara buku motivasi yang dihasilkan berdasarkan pengalaman sebenar ialah Pilih Jangan Tak Pilih.

Eruwan Gerry

Eruwan Gerry

Eruwan Gerry Norsen merupakan Pakar Lelongan Online #1 di Malaysia. Beliau sudah lama menjadi penjual di dalam portal lelongan online. Antara buku hasil kepakaran beliau dalam bidang ini ialah Rahsia Raja Lelong.

Hafiszi Othman

Hafiszi Othman merupakan Fasilitator Pembelajaran Profesional bagi teknik Master My Money! Berkongsi pengalaman, kesilapan dan teknik pengurusan kewangan mudah menjadi asas perkongsian beliau.

Aliff Mohd Nor

Mohd Aliff Bin Mohd Nor pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan dari UIA Malaysia. Kini beliau bekerja sebagai penerbit rancangan di radio TRAXXfm di samping menjadi penulis sambilan untuk menjana pendapatan.

Azizi Zulkefli

Azizi Zulkefli merupakan konsultan harta intelek, ejen cap dagangan yang berdaftar secara sah. Mempunyai pengalaman dalam mengendalikan rundingan dan pendaftaran cap dagangan.

Dr Shah

Dr. Shah Razali

Dr. Shah Razali (DSR), self-made millionaire dan mempunyai pengalaman luas di dalam perbankan konvensional dan  Islam. Seorang ahli perniagaan , serta mempunyai kepakaran dalam bidang pelaburan hartanah.

Anda Berminat Untuk Menjadi Penulis?

Anda di alu-alukan untuk menyumbangkan artikel yang menarik dan berguna kepada Majalah Niaga. Namun, pihak kami hanya akan menerima artikel yang benar-benar berkualiti sahaja sepertimana yang para penulis di atas lakukan. Jika anda berminat, boleh rujuk halaman ini untuk meneliti syarat yang pihak kami tetapkan.