Pasaran Niche di eBay – (Part 2)

February 22, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

* Artikel ini adalah sambungan daripada bahagian 1.

Kajian Niche eBay

Langkah seterusnya adalah untuk melakukan kajian terhadap setiap barang yang ingin anda jual dengan mengunjungi portal eBay dan melakukan “Advanced Search” untuk melihat senarai barangan di dalam ruangan “Completed Auctions”.

Melakukan Advanced Search Untuk Kajian Niche

Kajian ini akan membolehkan anda melihat harga jualan sebenar, kos penghantaran dan maklumat lain untuk setiap barang yang ingin anda jual.

Adakah harga jualan akhir untuk barang tersebut boleh memberikan keuntungan yang anda inginkan setelah ditolak kesemua kos yang telah anda anggarkan sebelum ini?

Cuba perhatikan kualiti barang yang telah dijual penjual lain samaada masih baru atau sudah terpakai kerana kualiti barang juga akan memberikan impak kepada harga jualan akhir barang tersebut.

Setelah mendapat maklumat untuk setiap barang yang ingin anda jual, cuba lihat secara keseluruhan keuntungan yang boleh anda perolehi dengan menjual di dalam niche tersebut.

Adakah harga jualan akhirnya kebanyakkannya rendah? Adakah terdapat barangan yang berjaya dijual dengan harga yang tinggi?

Jika anda mendapati secara keseluruhan niche tersebut tidak mampu memberikan potensi keuntungan yang sewajarnya untuk diri anda, maka anda perlu beralih dan melakukan kajian untuk niche lain.

Jika hasil kajian anda adalah positif, maka anda telah menjumpai satu niche yang berpotensi untuk anda ceburi.

Jualan Pertama

Langkah seterusnya adalah untuk mula mendapatkan bekalan barang untuk dijual. Jangan terus membeli bekalan dengan banyak kerana anda sebenarnya masih di dalam status melakukan kajian.

Dapatkan Seberapa Banyak Bekalan Produk dan Jual Di Ebay

Dapatkan beberapa bekalan barangan dan cuba senaraikannya di portal eBay.

Penantian merupakan satu penyeksaan, tetapi inilah yang perlu anda lakukan. Anda memerlukan kesabaran di dalam mencari niche terbaik anda. Perhatikan jualan anda di eBay dan lihat hasilnya di akhir sesi jualan anda.

Jika anda mendapat hasil yang baik, anda boleh menambahkan bekalan barangan anda.

Jika ia tidak membuahkan hasil yang memberangsangkan, anda boleh melakukan penjualan semula sehingga 2 – 3 kali sehingga anda berpuashati dengan hasil yang telah anda perolehi.

Jika hasil tidak memberangsangkan adalah konsisten, maka ini bermaksud niche tersebut tidak memberikan potensi seperti apa yang telah anda harapkan. Maka anda perlu beralih kepada niche yang lain dan melakukan semula kajian niche anda.

Usaha Tangga Kejayaan

Kunci utama kejayaan di dalam mengenalpasti niche di eBay adalah tidak berputus asa. Jika anda mempunyai pilihan niche yang luas, sudah pasti anda akan berupaya menjumpai niche yang betul-betul sesuai dan mampu memberikan pulangan yang terbaik kepada diri anda.

Cuba fikirkan segala-galanya yang anda minat dan suka lakukan. Seterusnya cuba fikirkan sekurang-kurangnya 10 barang jualan yang sesuai untuk niche tersebut. Dengan melakukan sesi brainstorming seperti ini, saya pasti yang anda akan menjumpai niche yang terbaik untuk diri anda dan mencapai kejayaan yang hebat di portal eBay.

Teruskan usaha anda dan salam kejayaan!

 


Tags: , , ,

Komen (3)

  1. Sememangnya ebay merupakan satu lubuk untuk tambah pendapatan yang tak boleh dinafikan..namun, kena sentiasa rajin buat research..kalau dapat reputation yang tinggi dah, mungkin dapat stick kat satu pasaran je sebab dah ada nama dan mempunyai kepercayaan 🙂

Pendapat anda?