Pelaburan Hartanah – 4 Strategi Peribadi Beli Rumah Pertama

March 14, 2012 — Penulis:

Kategori: Hartanah

Semua orang mengimpikan rumah untuk didiami tetapi hanya segelintir sahaja yang mampu menggapai impian tersebut.

Ini disebabkan oleh masalah modal yang perlu disediakan walaupun hanya serendah 10% dari harga rumah dan lebih memburukkan lagi keadaan, harga rumah yang ditawarkan kini jauh melangkaui kemampuan kebanyakan dari kita.

Cuba kita bayangkan jumlah modal 10% yang perlu kita keluarkan bagi sebuah rumah teres 2 tingkat di sekitar Lembah Kelang, yang harganya rata-rata di dalam lingkungan RM300,000.00 ke atas.

Sekurang-kurangnya kita perlu ada RM30,000.00 bagi meneruskan proses jual beli tersebut, dan ianya masih belum dapat menyempurnakan  transaksi tersebut tanpa penggunaan peguam yang hadir dengan kosnya sekali.

Jadi, apakah jalan terbaik bagi penyediaan modal agar rumah yang diimpikan dapat kita miliki?

Berikut merupakan kisah lampau saya tentang bagaimana saya mengumpul modal di dalam merealisasikan impian saya memiliki rumah teres 2 tingkat di Bandaraya Shah Alam, dan ianya sebenarnya bermula dari pembelian sebuah apartment sahaja.

4 Strategi Beli Rumah Pertama

#1 – Kuasa Simpanan Wang

Simpanan merupakan salah satu cara saya mengumpulkan modal permulaan saya.

strategi-beli-rumah-pertama

Jumlah simpanan serendah RM150.00 yang saya simpan seawal bulan pertama saya bekerja, telah memungkinkan saya menyediakan ½ dari jumlah pendahuluan bagi apartment pertama saya yang ketika itu berharga RM59,800.00.

Jadi seawal usia 24 tahun saya telah pun memiliki rumah sendiri yang sememangnya menjadi impian saya ketika mula bekerja dahulu. Tetapi bagaimana pula saya mendapatkan baki separuh lagi pendahuluan saya itu?

#2 – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Setelah RM2,700.00 berjaya saya kumpul menerusi simpanan bulanan saya, maka baki selebihnya pula telah saya perolehi dari caruman Akaun 2 Caruman KWSP saya yang ketika itu baru mencecah RM2,659.29.

Alhamdulillah, hasil dari kombinasi dua angka tersebut telah melayakkan saya menyediakan jumlah 10% pendahuluan (RM5,980.00) buat pemaju.

Namun yang menjadi kerunsingan saya ketika itu ialah kos guaman yang perlu saya segerakan, bagi membolehkan pihak peguam meneruskan transaksi jualbeli saya itu?

#3 – Pinjaman Keluarga

Alhamdulillah, keluarga saya telah memberikan sokongan mereka dengan meminjamkan sejumlah RM2,000.00 bagi menampung kos guaman tersebut, dan saya boleh disifatkan bernasib baik kerana kos penyediaan Perjanjian Jual Beli (S&P) pada ketika itu disediakan secara percuma oleh pihak pemaju.

Akhirnya dari ketiga-tiga sumber di atas telah memungkinkan saya memiliki rumah pada usia yang masih muda yang kemudiannya telah saya jadikan sebagai ‘ibu rumah’ kepada pengumpulan modal rumah idaman saya.

#4 – Pembiayaan Semula (Refinancing)

Apartment yang dibeli pada harga hampir RM60,000.00 kemudiannya telah saya biayai semula bagi mendapatkan lebihan modal, untuk saya membeli rumah-rumah berikutnya.

Cara yang sama (biayai semula) juga telah saya gunakan terhadap rumah-rumah tersebut, untuk menambahkan lagi jumlah modal bagi pembelian rumah teres idaman saya.

Hasilnya, menerusi pengumpulan modal daripada pembiayaan semula, pendapatan pasif dari sewa rumah-rumah saya dan penambahan semula Akaun 2 Caruman KWSP saya, telah membolehkan jumlah sebesar RM40,000.00 saya perolehi untuk modal rumah teres idaman saya itu.

Jadi, dengan rentetan kisah saya diharap ianya dapat membuka mata pembaca majalah ini yang menghadapi kesulitan di dalam penyediaan modal pembelian rumah anda.

Dari Kecil Menjadi Besar

strategi-beli-rumah-pertama-1Apa yang ingin saya perkatakan ialah mulakan langkah anda dengan pembelian rumah berskala kecil dahulu, sebelum mengakhirinya dengan pembelian rumah impian anda.

Seperti mana saya yang akhirnya telah mampu memiliki rumah teres 2 tingkat beralamatkan Bandaraya Shah Alam, melalui hasil pengumpulan modal selama 8 tahun.

Kredit gambar dari Flickr (Tele_JaneAlan Cleaver)


Tags: , , , , , , ,
seo

Laporan Percuma Dominasi Google Dengan Kuasa SEO

Muat turun segera secara percuma 7 rahsia dominasi Google dengan kuasa SEO.

Muat Turun Sekarang

Komen (12)

  1. Bila tgk tajuk artikel ni di Fb saudara Aqif Azizan, saya teringatkan penulis yg lebih terkenal dgn nama AE. Bila baca sampai habis, memang sangkaan saya tepat! Hehe. Artikel yg ringkas dan praktikal, pernah gak terfikir macam mana nak beli rumah pertama lepas kahwin nanti.

  2. Terima kasih bnyak2. info yg sgt bermanfaat. Saya juga sama spt Tuan Meor Zaidee.. strategi yang sama.. cuma brbeza kat strategi yg ke 3 tu, saya gunakan duit bonus yg diberikan oleh syarikat :) Alhamdulillah, saya dapat beli rumah teres pertama di usia 24 tahun dgn mudah dan lancar walaupun mendapat tntangan dari sesetengah pihak. Untuk pengetahuan pembaca, saya cuma ada loan ASB dan rumah saja.. ini memudahkan saya untuk membuat loan rumah berjumlah RM150k :)

  3. Saya suka artikel ini! Ringkas tapi straight to the point.
    Saya dalam proses untuk membeli rumah pertama.
    #1 Simpanan & #2 EPF OK, memang dah ada n cukup untuk deposit.
    #3 Pinjaman keluarga – rasanya segan nak mintak pinjam, mase belajar mak ayah dah banyak sgt tolong. hehe…
    Saya target nak beli rumah sendiri & selesai semua urusan sebelum July 2012. Insya-Allah..amin…

  4. Artikal terbaik AE,pada yg diluar sana x payah susah2 nak cari jalan macamana nak berjaya,kita hanya perlu berguru dgn org yg dah berjaya.Pendek kata copy jek apa yg beliau telah buat. Terbaik..

Pendapat anda?