Pelaburan Hartanah – Cara Orang Kaya Bertambah Kaya (Tip 60 Saat)

January 18, 2013 — Penulis:

Kategori: Hartanah / Pelaburan

Hari ini saya mahu berkongsi dengan pembaca Majalah Niaga, tentang bagaimana orang kaya bertambah kaya. Kisah ini berkisar tentang pelaburan hartanah tanpa modal yang selalu saya tekankan dalam membeli rumah idaman dan pelaburan.

Untuk pengetahuan, setiap kali pemaju membuat projek perumahan yang baru, mereka akan menawarkan pelbagai tawaran yang hebat.

Tawaran-tawaran tersebut ada diberitahu secara terus kepada pelanggan, dan ada juga yang tersembunyi. Mereka yang kaya selalunya mempunyai soalan-soalan yang banyak kepada pemaju.

Contoh Soalan Kekayaan

Contoh soalan:

Apa lagi tawaran untuk kami? Kalau saya ada pakai kad kredit untuk sebuah bank ini, adakah saya akan dapat diskaun lagi?

Soalan di atas adalah soalan yang sering dikemukakan kepada pihak pemaju.

Jadi para pembaca boleh contohi cara mereka membuat perbincangan dengan bertanyakan pelbagai soalan. Kata orang, kita jangan buat andaian.

Pelaburan hartanah ini bukan semata-semata kita mahu untung. Majoriti orang kaya beli rumah kerana seronok dapat melakukan perbincangan, serta memperoleh tawaran yang menarik daripada pihak pemaju mahupun pihak ejen

bertanya-pelaburan Hartanah-1

Biasakan Bertanya

Pernah satu ketika saya membuat perbincangan untuk membuat tempahan projek perumahan. Tiba-tiba pihak pemaju bertanyakan samada saya ada saudara yang boleh digunakan untuk dapat diskaun lagi.

Apa yang dimaksudkan dengan ‘saudara’? Saudara dalam istilah kamus saya ialah kad plastik iaitu ‘credit card’. Biasanya kad plastik daripada mana-mana bank akan memberikan jemputan khas untuk pengguna yang setia kepada mereka.

Lihatlah, pemaju memang akan menarik perhatian kepada  mereka yang berwang dan kaya. Ini termasuk menyediakan karpet marah atau melakukan jemputan eksklusif.

Jadi, anda perlu dapatkan maklumat dengan segera dan sentiasa bertanyakan kepada agen penjual, mengenai soalan yang mampu memberi keuntungan kepada anda.

Kredit:NHS Confiederation,Paragon Apartment


Tags: , ,

Komen (7)

Pendapat anda?