Pelaburan Hartanah – Doa yang Berdosa

November 21, 2011 — Penulis:

Kategori: Hartanah

“Saya frust betullah…”, kata rakan saya tiba-tiba.

“Kenapa?”

“Saya pergi ke pameran hartanah tadi. Mahal betul harga rumah sekarang. Apartment paling murah pun RM300,000. Macam ini, mana mampu nak beli!”

Harga hartanah rata-rata dilihat mengalami kenaikan pada waktu ini. Pelikkah?

Harga Hartanah Akan Sentiasa Naik

Sebenarnya ia bukan perkara luar biasa. Seiring dengan nilai inflasi, harga hartanah memang akan naik dari masa ke semasa. Atas sebab ini pelabur-pelabur memilih pelaburan hartanah; kenaikan harganya memberi keuntungan modal kepada tuan empunya. Kenaikan sewa juga begitu.

pelaburan-hartanah-doa-yang-berdosa

Jika harga hartanah jatuh, ia merupakan petanda yang pelik. Itu menandakan terdapat masalah besar pada ekonomi negara kita. Mungkin ekonomi kita sedang jatuh menjunam, berlakunya pembuangan pekerja dan pelaburan asing menurun.

Ini boleh kita lihat pada tahun 1997 – 1998 di mana harga hartanah menjunam teruk. Satu lagi situasi terbaru adalah pada tahun 2009 bila mana banyak hartanah dilelong apabila berlakunya pemberhentian pekerja.

Ini bermakna, di sebalik kegembiraan harga hartanah menurun, ada beribu kisah sedih berlaku di sebaliknya.  Ramai orang diberhentikan kerja, kereta ditarik, rumah dilelong, emosi tertekan, rumahtangga goyang dan sebagainya.

Bersyukurlah jika ia tidak berulang kepada negara kita buat masa terdekat ini lagi.

Pelaburan Hartanah – Doa yang Berdosa

Oleh yang demikian, janganlah kita setiap hari berdoa akan ada ‘property buble’ atau harga hartanah jatuh, kerana secara tidak langsung kita mendoakan kemerosotan ekonomi negara kita sendiri. Yang terkena tempias pastilah diri kita, keluarga kita dan kawan-kawan kita sendiri.

“Tetapi macamana saya nak beli rumah kalau harga naik macam ni? Sampai bila saya nak menyewa?” Soal rakan tidak puas hati.

Jawapan saya, janganlah berterusan menyewa lebih-lebih lagi jika anda telah mempunyai pekerjaan yang stabil, dan merancang atau telah membina rumah tangga sendiri. Wang yang dibayar setiap bulan hangus begitu saja.

Sebaliknya, jika anda membayar amaun yang sama pada rumah sendiri, lama-kelamaan hutang akan habis dan rumah akan menjadi hak anda sepenuhnya.

Jika harga apartment baru dijual pada harga RM300,00 dan anda tidak mampu, jangan susah hati. Beli pada kadar yang anda mampu. Ada apartment dijual di pasaran kedua (subsale) dengan harga RM100,000 misalnya.

Beli apartment itu dahulu.

Dari Satu Menjadi Dua Rumah

Cuma anda perlu bijak membeli rumah di lokasi yang ada potensi yang bagus. Perlu juga pengurusan apartment yang bagus, selain dekat dengan kemudahan awam dan senang untuk anda ke tempat kerja.

pelaburan-hartanah-doa-yang-berdosa-1

Nanti apabila anda sudah dinaikkan pangkat dan mampu untuk membeli rumah yang lebih mahal, anda boleh jual atau buat pembiayaan semula pada rumah pertama itu. Pasti harga rumah tu dah bukan RM100,000 tapi mungkin RM 150,000.

Keuntungan jualan atau pembiayaan semula sebanyak RM50,000 tu anda boleh gunakan sebagai deposit rumah baru yang lebih besar dan mahal. Rumah lama, jika tidak dijual, boleh pula disewakan.

Kini, dari satu rumah, anda sudah pun ada dua buah rumah.

Bukankah bagus harga rumah anda naik dari masa ke semasa?

Jadi, jangan ketinggalan keretapi. Mari kita menjadi pembeli hartanah yang bijak.

Mari bertindak sekarang!

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (moarplease, plastAnka)


Tags: , , , , , ,

Komen (7)

  1. FAIRUZ MAT ZIN
    November 21, 2011

    Teringat kata seorang menteri di televisyen semalam.. “Kalau mereka nak jual rumah, mereka juallah dgn harga MURAH kepada kerajaan”- mereka merujuk kepada penduduk di kawasan projek di Lynas, Gebeng Pahang.. lucu kata-katanya.. macam jual ikan kat pasar pula.. Pelaburan hartanah mmg menjadi amalan masyarakat terutama berbangsa Cina, setahu saya.. sbb itu kalau kita lihat projek-projek perumahan kebanyakannya dimajukan oleh mereka.. Kalau di negeri saya bermastautin ni..sampaikan ada satu masa kerajaan negeri terpaksa meletakkan kuota peruntukan perumahan kerana jauhnya beza pemilikan perumahan mengikut kaum.. Sesetengah org membeli rumah lelong.. murah & memang untung.. Pokoknya, melabur dalam hartanah setakat ini mmg menguntungkan asal kita pandai memilih lokasi..Namun kenaikan harga hartanah biarlah realistik, supaya tidak menekan & menganiayai sebelah pihak sedang pihak yang lain menanggung beban.. Sekadar pandangan dari insan yang masih belajar.. 🙂

  2. ishak abdul rahman
    November 21, 2011

    bila2 difikir-fikirkan ..sewa lagi senang dari beli rumah..sewa tiap2 bulan bayar sewa+api air jer tapi bila beli rumah sendiri macam bill kena bayar..lewat sikit macam2 surat datang…kalau sewa baya jer abis cerita….
    kata kawan saya kalau mampu baya sebulan 600/= sewa rumah rm 300/= dan simpan rm300..lepas sepuluh tahun 300×12=3600×10=36000=>belirumah dgn bayaran 36000 cash dan balance bayar bulanan…save intrest save money dan tak pening kepala…

  3. Rumah mahal, yuran guaman pun mahal. tidak ramai yang berkemampuan membeli rumah yang boleh di katakan “SELESA”. Sangkar burung pun jadilah, asalkan dapat berteduh di teratak sendiri. Tahun hadapan macam-macam nak naik, kenaikan “LUAR BIASA”. Di harap kebajikan rakyat terbela.

  4. Beli dahulu rumah biasa dahulu sebagai tempat berteduh, lepas itu cari rumah yang lebih baik dan rumah pertama disewakan seperti yang dicadangkan penulis.

    Semua benda akan naik harga(tidak dapat dielakkan), mapa yang boleh buat, saya kena usaha tambah pelbagai sumber pendapatan ni. Dream house oh dream house…

Pendapat anda?