Pelaburan Hartanah – Ibarat Kasih Bapa Kepada Anaknya

August 29, 2012 — Penulis:

Kategori: Hartanah

Di awal pembabitan saya di dalam bidang pelaburan hartanah dulu, fokus saya lebih terarah untuk memenuhi ego seorang anak muda dalam memenuhi keperluan materialistiknya.

Pelaburan Hartanah Si Materialistik

Pendapatan pasif yang diperolehi daripada lebihan kutipan sewa rumah lebih bertujuan untuk membiayai pembelian telefon bimbit terkini, bercuti ke pusat-pusat peranginan bersama isteri dan teman-teman rapat serta menikmati hidangan di kafe dan hotel yang mempunyai cukai perkhidmatan di dalam bilnya.

Namun segalanya berubah sebaik sahaja kelahiran puteri pertama saya, semua itu tidak lagi menjadi asbab utama saya di dalam pengumpulan aset bernama hartanah ini. Untuk itu mari kita lihat apakah signifikannya pengumpulan hartanah dan kasih sayang seorang bapa kepada anak-anaknya.

3 Keajaiban Pelaburan Hartanah

#1 – Duit Hartanah Untuk Belanja Bulanan Si Anak

Perbelanjaan Bulanan Anak-anakSeperti yang dinyatakan, jika dahulu lebihan sewa setiap bulan adalah untuk memuaskan kehendak diri tetapi dengan kehadiran cahaya mata baru, ia lebih layak digunakan bagi menyediakan stok susu dan lampin pakai buangnya setiap bulan.

Malah bagi kami (saya dan isteri) yang ketika itu bergaji kecil, duit jagaan bulanan untuk penjaga bayi turut menjadi bebanan utama kepada kami.

Apatah lagi apabila 11 bulan berikutnya cahaya mata kedua kami pula menyusul. Mana mungkin kami dapat menyediakan makanan, pakaian dan bayaran penjaga bayi mereka tanpa lebihan pendapatan pasif dari pelaburan hartanah saya.

#2 – Duit Sebagai Tabung Pendidikan Si Anak

Masih terbayang di mata saya betapa besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh bapa saya ketika membiayai pengajian peringkat sarjana muda saya di ITM (kini dikenali sebagai UiTM).

Walaupun kami bukan dari keluarga yang susah, tetapi kesanggupan beliau untuk membelakangkan kehendak diri seperti menukar kereta yang telah memasuki usia 11 tahun ketika itu demi untuk menyekolahkan saya, amat mengharukan.

Justeru itu, saya bertekad agar perkara sama tidak akan berulang dan saya mula mengumpul satu demi satu aset hartanah agar ketika anak-anak saya memerlukan dana bagi pendidikan lanjutan mereka. Saya mampu menyediakannya dengan cara membiayai semula aset hartanah yang sedia ada.

Pada masa yang sama, saya tidak perlu untuk mengenepikan keinginan dan kehendak diri dan isteri ketika itu.

#3 – Duit Pelaburan Untuk Masa Depan Si Anak

Seperti yang kita sedia maklum, apakah jaminan yang mampu kita berikan sekiranya hayat kita tidak panjang. Sanggupkah kita melihat isteri yang ditinggalkan terpaksa menanggung beban membesarkan anak-anak kita?

Masa Depan Anak Terjamin

Atas kesedaran inilah saya mula mengorak langkah mengumpul seberapa banyak aset yang saya mampu di samping memastikan yang kesemuanya dilindungi oleh pelan takaful yang disediakan dengan harapan sekiranya berlaku kematian.

Segala hutang rumah yang ditinggalkan bakal dilangsaikan oleh pihak takaful dan isteri dan anak-anak saya mampu menikmati sewa rumah secara total bagi menampung kelangsungan hidup mereka.

Jika anda perhalusi 3 faktor di atas, tidakkah anda akan dapat lihat kaitan yang saya maksudkan antara kecintaan terhadap pelaburan hartanahdengan kasih seorang bapa kepada anak-anaknya?

Kredit: Wan Muhammad Azem, Life Health Pro, Go Green KP.


Tags: ,

Komen (3)

  1. salam..saya mahu tumpang tanya..saya ada sebuah rumah teres tepi yang baru siap pembinaan..semua kelengaapan rumah seperti elektrik dan air serta grill saya da pasang..jd saya dalam delima sekarang ni memilih sama ada mahu menyewakan rumah tersebut atau buat homestay..apa pandangan encik..mana lebih baik dan menguntungkan..terima kasih

Pendapat anda?