-
Pengiklanan Premium
Pelaburan Hartanah – Langkah Pertama
Ditulis oleh Meor Zaidee pada 24 Feb 2012 dalam Tip Pelaburan Hartanah
Kerap kali saya diajukan dengan persoalan tentang,

“Apakah yang patut saya lakukan sekiranya saya ingin memulakan langkah dalam pelaburan hartanah?”
Ditanya oleh mereka yang begitu berminat di dalam pelaburan hartanah, tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah pertama.
Jawapan klise yang sering saya berikan setiap kali diutarakan soalan sedemikian ialah:
“Mulakannya dengan melaburkan wang anda di dalam mendapatkan ilmunya terlebih dahulu”.
Pelaburan ilmu adalah pelaburan paling menguntungkan.
Ya, pelaburan dalam mendapatkan ilmu pengetahuan adalah satu pelaburan yang paling menguntungkan. Bukan sahaja dalam bidang hartanah, malah dalam sebarang jenis pelaburan yang lain.
Pembelian buku-buku berkaitan pelaburan hartanah sama ada ditulis oleh barisan penulis-penulis tempatan, mahu pun luar negara perlu dijadikan bahan bacaan.
Ditambah pula dengan menghadiri kursus, seminar atau bengkel pelaburan hartanah yang patut dijadikan rutin pembelajaran anda. Ketepikan dahulu soal wang ringgit yang dikeluarkan.
Kerana hasil yang bakal diperolehi darinya jauh lebih berharga, daripada ratusan kalau bukan ribuan ringgit yang dikeluarkan bagi pembelian buku atau pendaftaran seminar dan kursus tersebut.
Kesempitan Wang Bukan Alasan
Saya faham.

Bukan semua daripada anda berkemampuan untuk mengeluarkan sejumlah wang, untuk pembelian atau pendaftaran seminar dan kursus yang berkaitan.
Tetapi mungkin apa yang pernah saya lakukan dahulu boleh dijadikan ikutan dan amalan anda setiap bulan.
Ya, setiap bulan saya akan memperuntukkan RM50.00 daripada gaji saya, yang ketika itu hanya dalam lingkungan RM1,700.00 sebulan untuk dana mencari ilmu.
Setelah cukup wang simpanan saya, baru saya mendaftar untuk seminar hartanah dan antara seminar pertama saya hadiri adalah kelolaan saudara Azizi Ali yang nilainya hampir mencecah ribuan ringgit.
Hasil dari perkongsian ilmu di dalam seminar tersebut, maka saya pun memulakan langkahan pertama di dalam bidang ini yang akhirnya mampu menghasilkan pulangan yang jauh lebih besar dari jumlah yang telah saya keluarkan pada awalnya.
Keperluan Memperoleh Ilmu Pelaburan Hartanah
Timbul pula persoalan,
“Kenapa saya perlu menghadiri seminar atau kursus berkaitan hartanah, sedangkan penceramah tersebut juga telah menulis tentangnya dalam buku-buku hartanah mereka?”
Jawapan saya,
“Apa yang dibaca sebenarnya tidak sama dengan apa yang diucapkan oleh mereka.”
Menerusi siri seminar atau kursus, kebiasaannya si penceramah akan menghuraikan setiap apa yang ditulis mereka dengan lebih jelas.

Malah melalui soalan-soalan yang ditanya oleh para peserta yang hadir, bakal memberikan idea dan cara praktikal bagi menangani satu-satu isu yang mungkin tidak disentuh dalam buku tulisan si penceramah tersebut.
Dari sini ianya bakal mengelakkan anda daripada melakukan kesilapan yang serupa yang pernah dialami oleh mereka. Tidakkah ianya akan menguntungkan anda nanti?
Kesimpulannya walau berpuluh seminar atau kursus yang anda hadiri dan walau beratus buah buku yang telah anda baca, sekiranya tiada tindakan lanjutan dari anda, maka pelaburan anda terhadap ilmu pengetahuan tersebut tetap tidak akan berguna.
Kredit: Global Estates, Shutterboo 502,
Tags: cara membeli rumah pertama untuk pelaburan, langkah pertama memulakan pelaburan hartanah, pelaburan hartanah, tip pelaburan hartanah, tip pelaburan hartanah abang ensem
Adakah artikel ini sangat berguna dan bermanafaat buat anda? Jika ya, isi nama panggilan dan email utama anda di bawah untuk menerima artikel terbaru terus ke email anda. Seramai 1468 orang yang telah mendaftar! Anda bila lagi?




Saya memang berminat dengan pelburan hartanah tetapi sebagimana artikal saudara ia bukan pelaburan yang murah.Mohon tunjuk ajar
saya memang zero dalam bab hartanah ini.. saya akan cuba mendapatkan tips2 terbaik dari encik .Meor mengenai pelaburan hartanah ini
Terima di atas perkongsian ilmu mengenai pelaburan. Saya pun baru membeli rumah kedua saya. Alhamdulillah kerana pihak universiti berdekatan akan meyewanya untuk dijadikan asrama student. Perjanjian selama 15 tahun.. hohoho. Jadi berbaloi lah..
Apapun menghadiri seminar atau mendapatkan ilmu mengenai hartanah adalah perkara wajib yang perlu di lakukan bagi mereka yang mahu menceburkan diri dalam pelaburan ini.
Tahniah kepada penulis.. Terima kasih majalahniaga.