Peluang Menjana Keuntungan Krismas Di eBay

December 09, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Selamat datang bulan Disember!

keuntungan sempena krismas

Jika anda merupakan seorang penjual di portal eBay, bulan Disember mungkin merupakan satu bulan yang penuh bermakna untuk anda menjana keuntungan berlipat kali ganda.

Ini adalah kerana bulan Disember merupakan bulan di mana seluruh penganut agama Kristian di dunia akan merayakan perayaan Krismas.

Secara ringkasnya, perayaan Krismas akan membabitkan pemberian hadiah daripada seseorang individu kepada seseorang individu yang lain.

Kebiasaannya, pemberian hadiah ini berlaku secara besar-besaran yang mana hampir setiap orang yang merayakan Krismas, pasti akan memberikan dan menerima hadiah daripada orang lain yang mengenali mereka.

Ini bermaksud, akan berlaku aktiviti jual-beli secara besar-besaran sebagai persiapan untuk merayakan hari Krismas ini di seluruh pelusuk dunia.

Oleh itu, mana-mana portal yang menjual barangan, pasti akan mendapat peluang keuntungan yang besar disebabkan keadaan ini.

Sudah semestinya portal eBay yang merupakan portal jual-beli terbesar di dunia pasti tidak akan terlepas dari kehangatan pembelian ini.

Jadi apa yang boleh anda lakukan di portal eBay untuk mengambil peluang daripada perayaan Krismas yang bakal menjelang ini?

Di sini saya ingin kongsikan 3 tip ringkas untuk membantu anda bermula.

3 Tip Memaksimumkan Keuntungan Hari Krismas

#1 – Menyediakan Barang Jualan

Sudah pasti anda sudah tahu tentang perkara ini. Perkara paling utama yang perlu anda lakukan adalah menyediakan barangan untuk dijual.

sediakan barang

Berbeza daripada barangan lain yang mungkin pernah anda jual di portal eBay, barangan khas yang sesuai semasa perayaan Krismas adalah lebih kepada barangan yang mudah untuk seseorang individu jadikan sebagai hadiah untuk orang lain.

Selalunya barangan yang kerap berada di dalam kategori barangan popular semasa Krismas adalah permainan kanak-kanak, baju lelaki dan wanita, minyak wangi, barang kemas wanita, dan juga barangan elektronik.

Barangan tersebut sering mendapat permintaan yang tinggi semasa perayaan Krismas. Oleh itu, jika anda mampu untuk mendapatkan bekalan barangan yang berkaitan, maka sudah pasti lebih besar kemungkinan untuk anda menjana keuntungan yang baik.

#2 – Tempoh Paparan

Memandangkan perayaan Krismas akan berlangsung pada 25hb Disember di seluruh dunia, maka anda perlu prihatin tentang tempoh paparan barang jualan atau lelongan anda di portal eBay.

Anda perlu pastikan yang anda menamatkan paparan dan jualan anda pada satu tarikh yang sesuai sebelum tarikh 25hb Disember. Supaya anda mempunyai masa yang mencukupi untuk membungkus dan menghantar barangan tersebut ke pelanggan-pelanggan anda di seluruh dunia.

tempoh paparan

Jangan lupa untuk mengira sekali masa yang perlu diambil untuk mendapatkan kelulusan kastam di tempat pelanggan anda. Kerana mungkin ada di antara barangan jualan anda yang dikenakan cukai import di negara pelanggan.

Jika anda mendapatkan barangan daripada dropshipper, anda perlu pastikan yang dropshipper anda mempunyai bekalan yang mencukupi dan mampu untuk menghantar barangan tersebut kepada pelanggan anda sebelum perayaan Krismas.

Tidak ada gunanya pelanggan membuat pembelian daripada anda tetapi mereka akhirnya memperoleh barang pembelian selepas hari Krismas. Sudah tentu ia akan mengecewakan mereka.

Dengan ini, pastikan anda telah mengambil kira semua perkara dan tempoh yang anda perlukan untuk memastikan barang sampai ke tempat pembeli sebelum atau pada waktu sebelum perayaan Krismas.

#3 – Menyediakan Perkhidmatan Tambahan

Salah satu strategi penting yang ingin saya kongsikan kepada anda di sini adalah dengan memberikan perkhidmatan tambahan kepada para pelanggan anda.

Di antara perkhidmatan tambahan yang boleh anda berikan kepada pelanggan-pelanggan anda di eBay adalah seperti:

  • Pembungkusan barangan dengan kertas pembungkus hadiah,
  • Menyertakan kad ucapan Krismas,
  • Pemberian barangan tambahan lain sebagai bonus,
  • Pemberian diskaun,
  • Pemberian voucer, dan
  • Pelbagai perkhidmatan lain yang anda fikirkan sesuai dengan barang jualan anda.

perkhidmatan tambahan

Selalunya pembeli-pembeli yang sedang mencari barangan untuk mereka hadiahkan kepada orang lain semasa Krismas, ingin mempunyai kemudahan untuk diri mereka sendiri.

Oleh itu, jika anda boleh memberikan perkhidmatan tambahan yang boleh mengurangkan kerja mereka sendiri seperti pembungkusan barangan dengan kertas hadiah, dan pemberian kad ucapan Krismas bersama hadiah tadi, maka mereka akan lebih tertarik untuk membeli daripada anda berbanding penjual-penjual lain di eBay.

Itulah 3 tip mudah yang ingin saya kongsikan kepada anda sempena perayaan Krismas yang bakal menjelang pada bulan ini.

Pada setiap tahun, kadar penjualan di portal eBay adalah paling tinggi semasa bulan Disember. Pada tahun lepas, disebabkan kadar aktiviti jual-beli yang terlalu tinggi di portal eBay pada satu masa, ia telah mengakibatkan sistem eBay untuk terhenti selama beberapa minit.

Saya amat yakin pada bulan ini situasi ini pasti akan kekal seperti tahun-tahun sebelumnya dengan kadar permintaan barangan yang tinggi.

Oleh itu, berusahalah untuk menjana keuntungan yang lumayan di portal eBay pada bulan Disember ini.

Salam hormat dan salam kejayaan!

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (mskeet, applebobi, anthonyleungkc, lenareh)


Tags: , , , , , , , ,

Komen (2)

Pendapat anda?