Di New York, laporan daripada penulis Steve Hargreaves di CNN mendapati 368,000 orang berhenti mencari peluang pekerjaan. Majoriti daripada angka yang berbuat demikian adalah golongan muda.

Berdasarkan statistik, negara Amerika Syarikat kehilangan 4.3 juta peluang pekerjaan sejak presiden Barack Obama mengambil alih tanggungjawab untuk memerintah negara itu.
Dilaporkan juga pada bulan Ogos 2012, jumlah peluang pekerjaan menurun kepada 96,000. Ia adalah satu angka yang rendah jika dibandingkan pada bulan Julai 2012 iaitu 141,000 jumlah peluang pekerjaan.
Sumber berkenaan maklumat peluang pekerjaan yang berjaya dicipta setiap bulan ini dibekalkan oleh Bureau of Labor and Statistics.