Pemasaran Berkesan – 5 Formula Mudah Gandakan Keuntungan Dengan Inbound Marketing (Infografik)

June 14, 2013 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Strategi Online & Offline

Jumlah pengguna internet semakin bertambah dari hari ke hari. Kebanjiran tablet, telefon pintar serta fenomena media sosial antara faktor utama penambahan pengguna internet ini. Secara tidak langsung, ia turut menyumbang kepada perkembangan industri pemasaran internet.

Namun begitu akibat daripada perkembangan ini, ia juga turut mempengaruhi pemasaran tradisional atau dalam kata lain, pemasaran “outbound” di mana pemasaran sebegini sudah menjadi tidak relevan pada hari ini. Jumlah kos yang tinggi serta tidak memberikan nilai kepada pengguna membuatkan peniaga beralih kepada “InBound Marketing”

Antara perkara penting yang membuatkan para usahawan memilih “Inbound Marketing” berbanding “OutBound Marketing” ialah:

  • Komunikasi dua hala dan lebih interaktif berbanding komunikasi satu hala apabila menggunakan “OutBound Marketing.
  • Pelanggan akan datang kepada anda melalui enjin carian, media sosial dan sebagainya berbanding anda mencari pelanggan dengan menggunakan pemasaran tradisional.
  • Para usahawan mudah dan bebas untuk memberikan pelbagai nilai tambah kepada bakal pelanggan mereka tanpa perlu terikat dengan apa-apa halangan.

Akibatnya pengguna sendiri semakin menolak pendekatan “OutBound Marketing”. Ini kerana pengguna pada hari ini lebih mengawal dan memilih apa jua dan bagaimana maklumat tersebut diberikan.

Ingin tahu 5 langkah mudah melakukan “Inbound Marketing” untuk meningkatkan keuntungan? Inforgrafik berikut ada jawapannya.

INBOUND-MARKETING-INFOGRAPHIC-BOLDTHINK

 

(Sumber gambar:  Boldthink, Apexraleigh)


Tags: , , , , , , , , ,

Komen (2)

  1. Panas!!! AMG kini bergabung Tenaga Bersama Koperasi Samudera M Bhd!! Disamping anda menjana pendapatan lumayan dengan memperkenalkan ahli2 baru..anda juga akan menrima insentif2 dan beberapa kelebihan yg orang luar tak mungkin dapat..hanya anda dan anda yg join AMG sahaja!! jom saksikan!!

    FAEDAH MENYERTAI KEAHLIAN KSMB-AMGINT

    1. PEMILIKAN SAHAM DAN DIVIDEN KOPERASI

    2. INSURAN – PA

    3. DISKAUN – HOTEL DAN PUSAT MEMBELI BELAH

    4. PEMBIAYAAN PINJAMAN PERIBADI/PERNIAGAAN

    5. PINJAMAN FESTIVAL

    6. PINJAMAN KENDERAAN

    7. KAD KEAHLIAN KSMB-AMGINT dan lain2.

    MODAL SERENDAH RM53

Pendapat anda?