Pemasaran Forum – Tulis dan Pikat Pelanggan Sepantas 60 Saat

June 20, 2012 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Sebelum kewujudan ruangan pemasaran popular di Internet seperti social media, terdapat satu medium yang cukup dikenali sebagai lubuk emas untuk para penjual dan usahawan Internet Malaysia.

Pemasaran Online - Pemasaran Forum

Ia juga cukup sinonim dengan gelaran ‘ibu’ dan peneraju dalam medium pemasaran Internet. Iaitu ruangan komuniti yang dikenali sebagai forum.

Di luar negara seperti Amerika Syarikat dan Australia, forum masih lagi menjadi tempat yang relevan untuk berbincang. Hampir setiap topik yang ada di muka bumi ini mempunyai ruangan komunitinya tersendiri.

Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Antara forum yang masih bertahan lama dan mengekalkan identitinya adalah Lowyat, Cari Gold, Wang Cyber dan banyak lagi.

Setiap satu daripada forum ini mempunyai golongan manusia yang berhimpun, untuk membincangkan topik yang berkaitan. Dari sudut penjual atau usahawan Internet, forum boleh digunakan sebagai tempat untuk memancing lebih ramai pelanggan.

Kesilapan Besar – Tidak Beri Salam

Tingkah laku yang sopan dapat membuatkan orang rasa selesa dengan kita. Di forum, amalannya tetap sama.

Permasaran Online Kepentingan Komunikasi

Kesilapan besar yang dilakukan oleh kebanyakan mereka yang tidak beretika adalah tidak memberikan salam, apabila masuk ke rumah komuniti orang lain.

Berikut adalah situasi contoh apabila si X memasuki forum Lowyat,

“Hai. Saya menjual produk XYZ dan produk ini sangat bagus untuk anda semua. Jika mahu beli, sila hubungi saya di 01X-XXXXXXX.”

Tingkah laku seperti di atas membuatkan para komuniti forum jelik dengan kita. Apabila perkara ini berlaku, kita sendiri memilih untuk mencalarkan kredibiliti. Di forum, sekali kredibiliti tercalar, selamanya kita dibenci.

Justeru itu, berikut adalah tingkah laku yang boleh kita lakukan untuk memikat hati bakal pelanggan di forum:

3 Cara Pikat Pelanggan Di Forum Malaysia

#1 – Nama 3S Pencetus Kredibiliti

Pertama, guna nama yang memenuhi konsep 3S.

  1. (S)enang diingati.
  2. (S)esuai dengan komuniti.
  3. (S)erius untuk berinteraksi.

Menggunakan nama-nama yang merosakkan kepercayaan orang lain seperti ‘Axds_69’ dan sebagainya adalah satu usaha yang sia-sia dalam pemasaran forum.

#2 – Pilih Lubuk yang Betul

Setiap forum lain penggunanya. Setiap forum lain keperluannya. Usaha kita di sini adalah memilih forum yang berkaitan dengan produk yang ingin kita jual.

Jika kita menjual peralatan seperti gajet atau berasaskan teknologi, maka forum Lowyat adalah lubuk emas utama. Apa yang penting, lakukan kajian terhadap forum-forum yang ada di Malaysia, supaya kita tidak tersilap masuk rumah orang.

#3 – Pilih Untuk Memberi

Cara yang betul untuk melakukan aktiviti pemasaran forum adalah menjadi seorang pemberi, atau lebih dikenali sebagai problem solver. Wujudkan ruangan diskusi yang dapat memaparkan kredibiliti kita di hadapan seluruh warga forum.

Sebagai contoh, kita merupakan penjual tudung yang sedang mencari pelanggan di forum wanita. Langkah pertama mewujudkan interaksi adalah membuka satu ‘thread’ khas yang berkaitan dengan topik yang relevan seperti:

“Tudung Berfesyen – Sekadar Trend Manusia Menutup Dosa?”

Dari situ, kongsikan pandangan dan situasi yang berlaku berkaitan topik. Lebih spesifik dan menarik topik, lebih cepat orang ramai suka pada diri kita.

Apabila rakan komuniti mula suka, dari situ kita dapat memperkenalkan diri kita sebagai penjual tudung. Amalan ini lebih beretika dan berkredibel.

Seminar Pemasaran Online – Kami Tunjuk Cara Pikat Pelanggan

Bagi yang masih belum melaksanakan sebarang aktiviti dalam pemasaran forum, ambil masa dan laburkan wang untuk mendalami ilmu. Pemasaran forum dijangka hangat dalam tempoh 5 tahun lagi.

Seminar Pemasaran Online - Majalah Niaga

Tim Majalah Niaga kini sedang membuka ruangan pendaftaran, untuk tuan dan puan yang berminat untuk mengetahui teknik pemasaran Internet yang:

  1. Percuma.
  2. Terbukti berkesan.
  3. Memikat pelanggan untuk membeli produk kita berkali-kali.

Pendaftaran adalah terhad dan ia akan ditutup pada bila-bila masa. Ini juga adalah seminar yang menghimpunkan 3 penceramah daripada latar belakang yang berbeza. Ada pakar pemasaran forum, pemasaran Facebook dan penulisan ulasan produk.

Daftar Seminar Pemasaran Online (Klik Di Sini)

 Kredit: Visual.ly, Seminar Pemasaran Online, CBU Marketing.


Tags: , , , ,

Komen (2)

  1. Pemasaran melalui forum sememangnya salah satu pemasaran internet yang cukup dikenali. Apabila kita telah membina kredibiliti di sesebuah forum pemasaran di forum adalah cukup menggalakkan.

Pendapat anda?