Pemasaran Online – 3 Strategi Jamin Bisnes Berhutang

June 14, 2012 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Pemasaran adalah subjek yang biasa disebut-sebut dalam seminar-seminar berkaitan dengan perniagaan.

Tip Pemasaran Online - Cara Untuk Gagal

Berdasarkan kata-kata usahawan berjaya, pemasaran adalah nadi kejayaan perniagaan. Apabila kita gagal dalam pemasaran, bisnes kita tidak akan berkembang.

Produk yang bagus tidak dapat dijual jika kita tidak berjaya menghantarkan produk itu kepada pengguna yang memerlukannya. Ibarat kereta Mercedes Benz yang cantik dan mahal.

Sebagai penjual atau pemilik perniagaan kereta berjenama, apabila kereta Mercedes Benz ini tidak dapat dijual kepada pelanggan, ia tetap menjadi satu bisnes yang gagal. Isu pemasaran memainkan peranan penting di sini untuk menghidupkan perniagaan.

Pemasaran Bukan Liabiliti Bisnes

Dari satu sudut pandang yang dikaji oleh pakar pemasaran seperti Seth Godin, pemasaran tidak dianggap sebagai satu kos. Pemasaran adalah satu keperluan dalam perniagaan.

Pemasaran Adalah Liabiliti Perniagaan

Bagi pemilik perniagaan yang takut untuk melaburkan wang, masa dan tenaga supaya menjalankan kempen pemasaran, itu adalah signal perniagaan mereka adalah perniagaan yang gagal.

Syarikat-syarikat besar yang berjaya membina empayar dan bernilai jutaan ringgit, bukan sekadar syarikat yang mempunyai produk berkualiti. Mereka mempunyai strategi pemasaran yang bagus.

3 Strategi Pemasaran Online yang Gagal

Buku-buku berkaitan pemasaran online banyak mendedahkan strategi-strategi pemasaran yang berjaya.

Belajar tentang strategi pemasaran yang gagal juga sebenarnya dapat memberikan kita idea, supaya tidak tersilap langkah dalam melakukan kempen pemasaran. Berikut adalah tiga jenis strategi pemasaran online yang gagal.

Gagal bermakna, strategi ini boleh menjadi liabiliti pada bisnes kita.

Tiga strategi pemasaran online yang gagal adalah:

  1. Mencipta UR-Hell.
  2. Ghaib Dari Social Media.
  3. Bunuh Konsistensi Komunikasi.

#1 – Mencipta UR-Hell

Domain adalah jenama perniagaan kita di dunia online. Kesilapan yang berlaku di sini adalah membeli nama domain yang orang ramai tidak boleh faham atau sukar diingati.

Ia tidak lagi dipanggil URL (Uniform Resource Locator). Lebih sesuai digelarkan UR-Hell. Kerana nama domain yang unik akan mencemarkan perniagaan kita di dunia online.

#2 – Ghaib Dari Social Media

Social media seperti Facebook, Twitter mahupun Linked ini adalah pusat pemasaran yang terbaik untuk membina kredibiliti dan kepercayaan di dunia online.

Bisnes yang gagal adalah bisnes yang ghaibkan diri daripada Facebook. Mewujudkan profil bisnes dalam ruangan social media dikira sebagai satu kewajipan, berdasarkan tingkah laku pengguna Internet masa kini.

#3 – Bunuh Konsistensi Komunikasi

Bagi bisnes yang sudah wujud di ruangan social media, kegagalan pemasaran mereka berlaku pada jangka masa berkomunikasi dengan pelanggan. Kempen pemasaran yang berjaya di dunia online, adalah kempen yang mengekalkan konsistensi.

Semakin konsisten kita berkomunikasi dengan pelanggan, semakin tinggi peluang untuk mereka menghebahkan bisnes kita kepada orang ramai. Bagi bisnes yang ingin gagal dalam pemasaran online, kurangkan komunikasi dengan pelanggan.

Khususnya komunikasi dalam ruangan social media seperti Facebook, yang dianggarkan mempunyai 450 juta pengguna aktif setiap hari.

Seminar Pemasaran Online – Ilmu Jampi Pikat Pelanggan

Seminar Pemasaran Online adalah satu lagi seminar yang dianjurkan oleh tim Majalah Niaga, dan kerjasama dengan Akademi Usahawan. Seminar ini membantu para peserta untuk memahami teknik yang betul, untuk melakukan pemasaran online.

Seminar Pemasaran Online - Majalah Niaga

Supaya kita bukan sahaja dapat membawa lebih banyak pelanggan masuk ke dalam bisnes. Malah mencerminkan kredibiliti dan kepercayaan yang tinggi di mata mereka untuk menghebahkan berita baik perniagaan kita kepada orang ramai.

Pendaftaran Seminar Pemasaran Online akan diumumkan dalam tempoh kurang 7 hari dari sekarang.

Kredit: Business Blog Win Web


Tags: , , , ,

Pendapat anda?