Jika anda ingin memasarkan produk di Internet...
"Ketahui Teknik-Teknik Yang Telah Tim Majalah Niaga Gunakan Untuk Meningkatkan Jualan... Menaikkan Nama... Tanpa Sebarang Bajet Pemasaran Yang Besar."
Teknik-teknik ini sesuai digunakan oleh perniagaan-perniagaan yang ingin teknik efektif untuk memasarkan produk!
Dari Meja Hasbul 'Aqill, Hasbul 'Ariff dan Aqif Azizan.
Tarikh:
RE: Rahsia Pemasaran Online, Tingkatkan 70% Keuntungan Dibongkarkan!
Usahawan yang kami hormati,
Jualan adalah darah daging perniagaan.
Tak dapat dinafikan.
Jika produk terjual tidak banyak, kita terpaksa menggunakan wang simpanan kita untuk membayar gaji-gaji pekerja. Dan jika hanya bekerja seorang, kita mungkin terpaksa mengikat peru kita kerana perniagaan kita tidak memberi pulangan sebanyak yang kita mahukan.
Seperti yang anda ketahui, kebanyakan perniagaan gagal dalam masa 5 tahun penubuhannya. Jika di Internet, tahun pertama adalah tahun paling getir yang akan dilalui oleh para usahawan.
Apabila mereka gagal mendapat jualan yang banyak... mereka akan hilang semangat dan tidak akan meneruskan perniagaan mereka.
Peringkat-peringkat yang dilalui oleh semua usahawan...
Saya pasti semua usahawan akan melalui perkara yang sama.
Pertama, mereka akan berasa optimistik. Mereka merasakan mereka boleh menawan dunia ini. Jadi mereka pun membuat produk atau menubuhkan syarikat atau mula mencari pelanggan untuk produk atau servis mereka itu.
Kedua, realiti mula menunjukkan taringnya. Dunia tidaklah seindah apa yang kita fikirkan. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada pemasaran produk. Bukan satu, dua, tapi banyak yang terlibat dalam pemasaran produk.
Jika semua faktor penting tidak diambil kira, susah untuk mendapat jualan.
Ketiga, apabila usahawan tersebut mula mengira wang masuk. Apabila wang masuk hanya sedikit, mereka akan berasa depressed, tidak senang hati, dan mula berasa di luar kawalan.
Dengan kata lain, kepercayaa mereka terhadap produk mereka mula goyah. Apabila kepercayaan mereka mula susut, keberkesanan mereka pun turut susut.
Apabila itu terjadi, apa yang akan terjadi?
Jualan produk akan jatuh lebih teruk.
"Anda memerlukan teknik pemasaran yang berkesan jika anda
ingin berjaya dalam perniagaan"
Teknik pemasaran yang berjaya tidak semestinya teknik yang “pelik”. Atau “mahal”. Atau “percuma”.
Kadang kala ia hanya memerlukan pelaburan yang kecil sahaja untuk membuahkan hasil. Apabila anda mendapat hasil tersebut, anda boleh mengulangi semula cara berkesan tu, dan lagi, dan lagi sehingga anda mencapai satu tahap yang tidak pernah anda bayangkan sebelum ini.
Kami menggunakannya untuk menjual produk-produk kami, seminar-seminar kami dan servis-servis kami. Seminar SEO yang baru-baru ini diadakan telah sold-out dan telah mendapat pujian oleh peserta-peserta sebagai satu seminar yang telah membuka mata mereka.
Tapi, SEO hanyalah satu cabang pemasaran. Sebenarnya, pemasaran adalah jauh lebih daripada itu.
"Memperkenalkan Satu-Satunya Penyelesaian Masalah Anda Untuk Meningkatkan Jualan Produk Di Internet Dengan Lebih Mudah & Berkesan.."
Tanpa Perlu Menghabiskan Masa Yang Banyak Untuk 'Try & Error' Seperti Kami Lakukannya Suatu Masa Dahulu..."

Buat pertama kali seumpamanya, Pihak Majalah Niaga menganjurkan seminar khas untuk membantu anda menguasai teknik pemasaran Internet yang mudah, pantas & lebih efektif tanpa perlu mengeluarkan modalseperti teknik pemasaran yang lain.
Usah bimbang, semua teknik pemasaran Internet yang diajarkan dalam seminar ini telah terbukti benar-benar berkesan kerana ia adalah berdasarkan kepada pengalaman kami mengkaji teknik yang efektif untuk hidup sebagai usahawan Internet sepenuh masa dan bukan sekadar teori semata.
Malahan kami turut menggunakan teknik-teknik pemasaran ini untuk mempromosikan website serta blog perniagaan kami sendiri, serta pelanggan-pelanggan kami pada hari ini. Ia 100% berkesan & teknik-teknik ini masih relevan dan tidak hilang ditelan zaman.
Inilah teknik pemasaran yang berkesan pada tahun 2012...
Tahukah anda bahawa teknik berkesan bukanlah teknik yang dijual sebagai "senjata rahsia"... tetapi sistem yang telah terbukti berkali-kali untuk menjual produk berkualiti dengan mudah kepada orang ramai.
Teknik yang berkesan, jika digunakan, akan membolehkan jualan masuk dan akan mendapat wang ringgit yang banyak di dalam bank anda.
Apakah teknik-teknik tersebut? Anda mungkin sedang menggunakannya sekarang ini. Cuma, anda tidak dapat menggunakannya dengan efektif... sekarang.
Apakah perkara yang paling penting dalam memasarkan perniagaan di Internet?
Jika anda sudah lama dalam perniagaan Internet... jika anda mahir dalam perniagaan Internet... apa perkara yang wajib ada di dalam setiap perniagaan Internet?
Cuba fikir sejenak.
Apakah jawapannya.
Adakah jawapan ini dalam bentuk perisian, atau dalam bentuk laman web atau dalam bentuk teknik?
Tidak.
Teknik itu penting, laman web itu pun penting, dan perisian juga penting untuk memudahkan perniagaan anda.
Tetapi apa perkara yang paling penting dalam perniagaan yang perlu anda tahu.
Cuba fikir lagi jawapannya.
Klu lagi: ada tiga semuanya.
Apabila anda ketiga-tiga ini, hidup anda senang bahagia melihat wang masuk dalam akaun anda.
Tidak ada tiga-tiga ini... buang satu sahaja... anda tidak mungkin mendapat jualan yang anda mahukan.
Jadi apa tiga perkara tersebut?
Ramai dah dengar... ramai dah tahu... tapi tidak ramai menyedarinya tiga perkara ini...
Ya, apa tiga perkara tersebut?
Yang pertama ialah...
Trafik.
Tanpa trafik, produk sebaik mana pun, anda tidak akan mampu menjual. Malangnya, bukan semua sumber trafik sama nilainya. Ada yang senang jadi pembeli, ada yang tidak.
Tahukah anda di mana untuk mencari sumber trafik yang senang menjadi pelanggan anda?
Kedua yang perlu anda tahu ialah...
Tawaran.
Tawaran bermakna produk atau servis yang anda jual. Tidak kira anda sendiri punya atau sebagai affiliate (jual untuk orang).
Kalau anda tidak ada tawaran... macam mana anda nak buat duit? Jual tempat iklan di laman web tu pun merupakan tawaran.
Hidup anda penuh dengan tawaran --- dan paling penting ialah anda perlu tahu mana nak cari tawaran yang senang dijual.
Dan yang ketiga ialah...
Conversion.
Daripada pelawat kepada pembeli. Daripada pembeli ke pembeli tegar.
Apabila anda mempunyai conversion yang tinggi, senang sahaja nak buat duit. Umpama ada kedai. Orang nak sahaja beli dari anda. Masuk, beli. Masuk, beli. Yang tak masuk pun nak masuk sebab tengok kenapa barang senang sangat terjual. Kemudian, dia pun beli.
Ya, di Internet ini perkara penting. Jika anda tahu tiga perkara ini, anda boleh membuatkan orang membeli daripada anda... bukan sekali, dua kali... tetapi berkali-kali sehingga ribuan ringgit, hanya daripada seorang sahaja.
Itulah formulanya. 2T1C. Formula untuk berjaya dalam perniagaan Internet.
Ingat kembali apabila anda membeli sesuatu...
Apabila anda membeli sesuatu produk, anda akan diberikan salah satu daripada tiga di atas. Kadang-kadang teknik dapatkan trafik, kadang-kadang teknik cari tawaran, kadang-kadang teknik untuk naikkan conversion.
Kemudian, disebabkan banyak sangat, anda tidak tahu apa yang perlu anda gunakan.
Kemudian anda pergi tinggalkan sahaja. Information overload.
Kami di Majalah Niaga sedar masalah itu. Kami juga sebegitu sebelum ini. Bayangkan, kami melaburkan 67 dollar untuk masuk ke dalam forum-forum berbayar, e-book, dan macam-macam lagi.
Mungkin sudah puluhan ribu kami belanja untuk menelaah tiga perkara yang kami sebutkan di atas tu.
Tiga perkara ini sukar difahami...
Di dalam seminar ini, anda akan mengetahui banyak perkara dan ia merangkumi tiga perkara di atas.
Trafik.
Tawaran.
Conversion.
Apabila pakar ingin mencari orang untuk meningkatkan jualan, mereka mencari mereka...
Berikut merupakan butiran penceramah pada seminar ini:

Speaker 1: Tuan Hasbul 'Aqill
Hasbul Aqill merupakan seorang usahawan internet & blogger sepenuh masa. Beliau merupakan salah seorang pengasas syarikat Inovattic Solution iaitu anak syarikat Flarebiz Network Sdn Bhd.
Anak muda yang baru berusia 20 tahun ini mempunyai pengalaman, pengetahuan serta kepakaran dalam bidang SEO ini. Beliau mempunyai pengalaman yang sangat luas selama 4 tahun dalam bidang ini. Beliau juga sering menerima jemputan khas daripada pihak IPTA & IPTS untuk menerangkan konsep SEO sebenar.
Beliau juga mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran internet dan menerajui Bahagian Pemasaran syarikat Inovattic Solution dalam usaha mengkaji konsep pemasaran internet yang benar-benar berkesan untuk meningkatkan keuntungan.

Speaker 2: Tuan Hasbul 'Ariff
Hasbul Ariff merupakan Pengarah Urusan VAG Network, sebuah syarikat yang menganjurkan pelbagai program keusahawanan di seluruh negara termasuk Brunei, Singapura dan Indonesia.
Beliau juga berpengalaman dalam pemasaran Facebook. Satu daripada perkongsian beliau dalam seminar ini adalah, bagaimana satu grup Facebook yang baru dibina dalam masa kurang 30 hari, menjana RM3,000 keuntungan bersih.
Teknik yang digunakan adalah percuma, ringkas dan mudah dipraktikkan.

Speaker 3: Tuan Aqif Azizan
Aqif Azizan adalah pakar dalam penulisan ulasan produk. Beliau mempunyai pengalaman selama 2 tahun, dalam membantu para usahawan yang kecil sehingga peringkat empayar, untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan.
Beliau juga melatih orang ramai untuk menghasilkan penulisan berpengaruh, supaya setiap ayat yang ditulis dapat memikat lebih ramai pelanggan. Dalam Seminar Pemasaran Online, beliau membongkarkan teknik-teknik penulisan ulasan produk yang dijamin dapat menghasilkan jualan.
Daftarkan Diri Anda Sekarang Juga!
| Tarikh | Masa | Tempat | Status |
|---|---|---|---|
| 14/07/2012 | 8.30 pagi hingga 5.00 petang | Dewan Seminar Kohilal, F34, Tingkat 6, Diamond Square Business Centre Off Jalan Gombak 53000 Kuala Lumpur | DIBUKA |
6 Oktober 2012 2012
Jam 8.30 pagi - 5.00 petang (8 Jam 30 Minit)
(Sarapan, Makan Tengah Hari &
Makan Petang Turut Disediakan)
Tempat:Dewan Seminar Kohilal,
F34, Tingkat 6,
Diamond Square Business Centre Off Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur.
View Dewan Seminar Kohilal in a larger map
Tempat Duduk Adalah Terhad 20 Peserta Sahaja Untuk Setiap Sesi
103 Seat Sahaja Lagi!
Masa Amat Terhad Dan Tawaran Akan Ditutup Pada:
Modul 1 - Pengenalan Pemasaran Online
Dalam Modul 1 ini, anda akan didedahkan mengenai:
- Kenapa kami memilih pemasaran Online sebagai pemasaran utama untuk Majalah Niaga.
- Kisah kami dari 'zero' ke 'hero' ketika membangunkan blog Majalah Niaga.
- Kisah kejayaan pemasaran Online.
- 3 resepi dan formula kejayaan pemasaran Online.
Modul 2 – Ulasan Produk
Dalam Modul 2 ini, anda akan mempelajari:
- Apa yang dimaksudkan dengan ulasan produk.
- Mengapa ulasan produk begitu berharga di mata pembeli.
- Bagaimana menulis ulasan produk yang dapat mempengaruhi jualan yang lebih banyak di Internet.
- Latihan dan skrip menulis ulasan produk yang meningkatkan jumlah conversion.
Modul 3 – Pemasaran Forum
Dalam Modul 3 ini, kami akan mendedahkan kepada anda:
- Pemasaran forum adalah ibu kepada pemasaran Online.
- Bagaimana membina kredibiliti dan jenama di forum dengan cara yang betul?
- Bagaimana menjual di forum tanpa perlu dibenci komuniti?
- Tip dan trik untuk memikat hati komuniti forum?
- Do & Don'ts dalam pemasaran forum.
Modul 4 – Pemasaran Facebook
Dalam Modul 3 ini, anda akan mempelajari:
- Rahsia pemasaran Online tanpa kos, jualan besar.
- Bagaimana memancing wang besar dalam komuniti yang kecil.
- Memaksimumkan fungsi-fungsi percuma di Facebook untuk menghasilkan jualan berganda.
- Bagaimana membina hubungan yang dapat menjamin repeat order (jualan berulang) setiap bulan.
Modul 5 – Buat Duit & Rumusan
Dalam Modul 5 ini, anda akan dihidangkan dengan perkongsian mengenai:
- Idea-idea buat duit dengan pemasaran Online.
- Bagaimana pemasaran Online membantu kita untuk hidup sepenuh masa di hadapan komputer.
- Pembongkaran lubuk-lubuk emas untuk kita menarik duit dengan lebih banyak di Internet.
- Cara memulakan perniagaan kecil-kecilan di Internet tanpa modal.
Seminar selama lebih 8 jam ini akan disampaikan sepenuhnya oleh dua pengasas Majalah Niaga dan seorang penceramah jemputan, yang sentiasa bersemangat waja dan tidak pernah jemu dalam mencari & mengkaji teknik-teknik pemasaran internet yang berkesan iaitu Tuan Hasbul 'Aqill , Tuan Hasbul 'Ariff & Tuan Aqif Azizan.
Makanan, minuman disediakan dan tiada caj tersembunyi.
Sepanjang program dilaksanakan, tiada caj tersembunyi akan dikenakan ke atas anda. Dengan kata lain, harga yang ada itulah harga yang akan dikenakan ke atas anda.
Makan dan minuman juga akan disediakan sepanjang program ini.
Harga untuk seminar ini?
RM100. Dan ia terhad kepada 20 orang sahaja. Tidak lebih daripada itu. Jika anda peserta ke-21, wang akan dikembalikan kepada anda sejurus selepas kami mengetahuinya.
Ya, kerusi seminar ini adalah terhad. Kelas ini kecil supaya kami boleh memberi tumpuan yang lebih banyak kepad setiap orang. Kelas yang besar akan mengurangkan keberkesanan kami.
Dengan kelas yang kecil ini kami boleh memberi tunjuk ajar terbaik kepada setiap satu dan ia juga tidak merugikan kami. Jadi ini deal yang menang-menang untuk peserta dan kami.
Ketahui bagaimana untuk memasarkan produk di sini
Jika anda mempunyai pelbagai persoalan mengenai pemasaran di Internet anda boleh menggunakan seminar ini untuk bertanyakan soalan kepada kami.
Kami juga boleh menunjukkan kepada anda penyelesaian kepada soalan anda iu terus di situ. Jadi, anda tidak sahaja mendapat teori, tetapi apa yang perlu anda lakukan langkah demi langkah untuk mendapatkan jualan yang banyak.
Jika anda ingin memahirkan diri anda di dalam pemasaran online, isi borang tempahan di bawah dan kami akan berjumpa anda di sana!
"3 Bonus Tambahan Untuk Anda!"
Khas untuk semua peserta Seminar Pemasaran Online Majalah Niaga, kami telah menyediakan bonus-bonus eksklusif yang sangat bernilai untuk membantu anda menguasai strategi pemasaran Internet yang lebih berkesan.
Anda akan menerima bonus-bonus eksklusif berikut:
Bonus 1: Temubual Eksklusif Bersama Ng Khai Yong (Pakar Pemasaran Facebook Mindvalley)
-
Dengan menyertai Seminar Pemasaran Online, maka anda memperoleh bonus bernilai RM297 - Temuramah ekslusif bersama "Pakar Pemasaran Facebook Ads Antarabangsa"..
-
Dalam temuramah ini, Ng Khai Tong akan berkongsi tip-tip emas mengenai pemasaran Facebook khusususnya Facebook Ads dan bagaimana beliau membina empayar perniagaan Internet bernilai jutaan ringgit dengan Facebook Ads.
-
Ya, temuramah ini adalah ekslusif dan belum pernah didedahkan mahupun disebarkan di mana-mana.
Bonus 2: Temubual Eksklusif Bersama Pengasas Wangcyber.com (Shuth @ Suhaimy)
-
Dengan menyertai Seminar Pemasaran Online, maka anda memperoleh bonus bernilai RM47 - Temubual eksklusif bersama pengasas Wangcyber.com.
-
Shuth atau Mohd Suhaimy akan berkongsi kepada anda, tentang strategi-strategi penting untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan di Internet.
-
Dengan memiliki laporan ini (termasuk bonus #1), para peserta seperti mempunyai sebuah sistem lengkap untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan di Internet.
Bonus 3: Akses Private Group Facebook Seminar SEO & Pemasaran Online
-
Dengan menyertai Seminar Pemasaran Online ini, maka anda memperoleh bonus bernilai RM197 iaitu akses ke 'Private Group Seminar Pemasaran Online' di Facebook
-
Grup ini terdiri daripada para peserta Seminar Pemasaran Online sebelum ini yang aktif membincangkan tentang strategi-strategi pemasaran online yang terkini, dan juga kisah kejayaan mereka.
-
Grup ini akan terus membantu anda untuk terus berjaya dalam pemasaran online. Bukan itu sahaja, Hasbul 'Aqill dan Aqif Azizan sendiri aktif dalam grup ini.
Dengan kesemua bonus-bonus tambahan ini menjadikan pelaburan anda untuk menyertai Seminar Pemasaran Online Majalah Niaga ini benar-benar berbaloi.
Kami amat yakin bahawa anda berkeupayaan untuk mendapatkan jualan pertama, kedua dan jualan-jualan berterusan di Internet, setelah mengikuti seminar dan menggunakan teknik-teknik yang kami ajarkan dalam Seminar Pemasaran Online ini.
"Apa Kata Bekas Peserta Seminar Pemasaran Online Majalah Niaga?"
"JAMINAN EKSKLUSIF KAMI"
Kami serius untuk membantu anda menguasai pemasaran Online dan kami memberikan 100% komitmen terhadap semua peserta seminar kami.
Sekiranya anda sudah menghadiri Seminar Pemasaran Online dan tidak berpuas hati setelah mengikut teknik yang telah kami terangkan dalam seminar kami dalam tempoh 90 hari, anda boleh meminta duit pendaftaran kembali daripada kami!
.
| Masa | Slot |
|---|---|
| 0800 - 0830 | Sesi Pendaftaran Semua Peserta Seminar Pemasaran Online |
| 0830 - 0900 | Pengenalan Akademi Usahawan |
| 0900 - 1030 | Modul 1 (Pengenalan Pemasaran Online) |
| 1030 - 1100 | Rehat & Sarapan Pagi |
| 1100 - 1300 | Modul 2 - Ulasan Produk |
| 1300 - 1400 | Rehat & Solat Fardhu Zohor (Bagi yang Beragama Islam) |
| 1400 - 1500 | Modul 3 - Pemasaran Forum |
| 1500 - 1545 | Modul 4 - Pemasaran Facebook |
| 1545 - 1615 | Modul 5 - Buat Duit & Rumusan |
| 1615 - 1630 | Soal Jawab Mengenai Pemasaran Online |
| 1630 - 1700 | Kesimpulan Seminar Pemasaran Online Majalah Niaga |
Pakar Pemasaran Online Anda!
Hasbul 'Aqill, Hasbul 'Ariff & Aqif Azizan
Tim Majalah Niaga
Soalan-Soalan Lazim (Frequently Asked Question)
- Adakah para peserta disediakan sokongan selepas menyertai Seminar Pemasaran Online?
- Ya, semestinya! Apabila anda menyertai Seminar Pemasaran Online anjuran Majalah Niaga ini, anda diberi layanan ISTIMEWA iaitu diberi akses percuma ke Private Group kami di Facebook. Private Group ini diwujudkan bagi memberi sokongan dan bantuan berkenaan setiap topik yang diajar di seminar kepada para peserta. Sudah menjadi keutamaan kami untuk memastikan tuan puan dibimbing, supaya segala permasalahan dan bantuan dapat diselesaikan bersama.
- Adakah seminar ini menawarkan jaminan 30 hari wang dikembalikan?
- Kami amat yakin Seminar Pemasaran Online ini akan membantu anda mendapat laman web atau blog berada di kedudukan pertama di enjin carian Google. Sekurang-kurangnya, seminar ini akan mengubah persepsi anda bahawasanya teknik mendapat ranking di Google ini bukanlah teknik palsu! Namun, kami menawarkan jaminan 30 hari wang dikembalikan jika tuan puan tidak berpuas hati dengan pengisian kami selama 8 jam 30 minit.
- Berapa kos yang diperlukan selepas kami menghadiri Seminar Pemasaran Online ini?
- Pemasaran Online tidak terkecuali dengan pelaburan wang ringgit buat permulaan. Namun begitu apa yang kami dedahkan dalam Seminar Pemasaran Online adalah teknik-teknik pemasaran percuma yang terbukti berkesan.
- Saya tidak mempunyai ilmu tentang pemasaran online. Adakah saya masih boleh menyertai seminar ini?
- Kami meletakkan syarat dimana HANYA mereka yang mempunyai laman web atau blog sahaja dapat menyertai seminar ini. Oleh kerana, pemasaran online tidak akan lengkap sepenuhnya jika anda masih belum mempunyai sebarang laman web , atau blog untuk perniagaan anda. Hal ini dikuatkuasakan bagi memastikan peserta dapat mengaplikasikan sepenuhnya kandungan dan perkongsian dalam seminar ini terhadap laman web atau blog mereka.
- Berapa lama tempoh masa yang diperlukan untuk saya mendapat hasil melalui pemasaran online?
- Setiap usahawan yang mencipta kejayaan pada mulanya perlu menghadapi cabaran dan dugaan. Begitu juga dalam pemasaran online, kejayaan tidak akan tercipta dalam satu malam. Sebelum meraih kejayaan, ia perlu mengambil masa untuk anda mempelajari teknik-teknik yang ajar. Anda juga perlu mempertimbangkan bahawasanya beberapa bulan diperlukan sebagai proses pembelajaran. Dalam masa yang sama, anda akan memperolehi hasilnya ketika proses pembelajaran. Sudah menjadi prinsip utama kami iaitu tidak menawarkan janji manis supaya anda tidak terperangkap dengan helah seringkali digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Semata-mata untuk mengaut keuntungan pada masa yang singkat.
- Adakah dengan menyertai seminar ini, sudah terjamin untuk kami menjana pendapatan lumayan melalui pemasaran online?
- Tiada jalan yang mudah untuk kami menjamin anda akan memperolehi hasil selepas menyertai seminar selama 8 jam ini. Sesetengah individu memberi harapan tinggi kepada kami untuk menjadi kaya raya selepas menyertai seminar ini. Walau bagaimanapun, kami memberi jaminan bahawa kami mengajar teknik-teknik pemasaran onlineyang terbukti berkesan, dan kami sendiri mengaplikasikannya. Dan paling berharga adalah, kami akan sentiasa memberi sokongan dan bantuan sehinggalah anda berjaya menuai hasil melalui pemasaran online. Sebagai penganjur seminar ini, amanah kami adalah memberi panduan dan membimbing anda sehingga berjaya.
- Apakah kebaikan seminar ini walaupun saya sudah memiliki perniagaan sendiri malahan sudah mempunyai sumber pendapatan utama dalam perniagaan?
- Paling ketara, anda akan mempunyai satu lagi sumber pemasaran Internet yang sentiasa akan memberikan pelanggan menerusi enjin carian Google. Pemasaran online adalah teknik pemasaran nombor satu di Internet dan diakui oleh 98% jutawan Internet tempatan.
- Adakah pihak tuan menyediakan tempat penginapan jika saya merantau dari kejauhan?
- Tidak. Walau bagaimanapun, kami mempunyai senarai tempat penginapan seperti hotel murah, dan bilik sewa (short term rental) untuk rujukan anda. Jika anda merancang untuk mencari tempat penginapan , kami sarankan anda untuk menginap di tempat berdekatan dengan lokasi seminar seperti Wangsa Maju, Gombak, Setapak, Sentul, Wangsa Melawati, Sri Gombak. Jika perlu pencerahan, anda boleh menghubungi kami melalui emel : support@majalahniaga.com atau talian telefon : Aqill (013-7591200) , Aqif (012-2527909)
- Berapa jam yang diperlukan untuk saya mengaplikasikan teknik SEO yang diajar pada waktu seharian?
- Bergantung pada diri sendiri, sama ada anda bekerja beberapa jam sehari, atau beberapa jam seminggu. Pastikan diri anda sentiasa berada di landasan yang betul. SEO adalah teknik yang membolehkan anda bebas untuk memilih tempoh masa untuk bekerja. Asalkan anda mengikuti langkah-langkah dan panduan yang kami tetapkan dengan sempurna.
- Kenapa pihak Majalah Niaga mengenakan caj sebanyak RM100, satu kadar bayaran yang cukup murah berbanding seminar lain. Malahan, bantuan dan makan minum disediakan ketika tempoh seminar?
- Soalan yang bagus. Seminar Pemasaran Online anjuran Majalah Niaga ini diadakan bertujuan untuk membantu orang ramai termasuk ANDA menjana pendapatan melalui Internet, dengan menggunakan pemasaran online. Dengan mengekalkan kadar yuran yang mampu milik, kami percaya lebih ramai individu yang berminat untuk menjana pendapatan melalui blog. Dengan kadar yuran serendah RM100, kami pasti sudah tiada alasan kekurangan wang, sepertimana yang berlaku pada mana-mana seminar yang mengecaj dengan kadar yuran yang amat mahal.




