Pembiayaan Semula (Refinancing) – 6 Faktor Penentu

May 09, 2012 — Penulis:

Kategori: Pinjaman

Pembiayaan Semula atau lebih sinonim disebut ‘refinancing‘, merupakan salah satu cara pelabur hartanah mendapatkan modal untuk meneruskan pembelian hartanah berikutnya.

rumah-rosak-

Malah cara ini turut dijadikan silibus pilihan bagi kebanyakan modul seminar hartanah dan turut dimuatkan ke dalam setiap buku berkaitan pelaburan hartanah.

Tetapi masih ramai yang kurang pasti tentang keperluan pembiayaan semula ini. Akibatnya ramai yang sekadar mengikut orang dan hasilnya, lebihan wang yang diperoleh menjadi sia-sia sahaja.

6 Faktor Perlu Pembiayaan Semula (Refinancing)

Bagi memudahkan khalayak pembaca untuk membuat keputusan berkaitan perkara ini, di sini saya sertakan beberapa faktor yang perlu anda perhalusi sebelum membuat keputusan samaada perlu atau tidak pembiayaan semula ini dilakukan.

#6 – Tujuan Pembiayaan Semula

Ini merupakan faktor terpenting yang perlu diambil kira sebelum keputusan pembiayaan semula dibuat.

Pastikan anda mendapat keuntungan daripada proses ini sama ada menerusi lebihan wang yang diperoleh, mahu pun daripada pengurangan installment bulanan yang bakal dikenakan.

#5 – Nilai Semasa (Current Market Value) yang Tinggi

Sekiranya anda menginginkan lebihan wang diterima daripada proses pembiayaan semula ini, pastikan rumah anda mempunyai nilai semasa yang tinggi. Kerana hanya dengan cara ini akan memungkinkan anda memperoleh lebihan wang yang anda ingini.

Walau bagaimanapun,sekiranya anda hanya inginkan installment bulanan yang rendah daripada proses ini, maka faktor berikut menjadi faktor yang agak penting untuk diambil kira.

#4 – Kadar Keuntungan (Interest Rate) yang Rendah

Tiada gunanya jika anda membiayai semula rumah anda pada kadar keuntungan yang lebih tinggi, melainkan janaan lebihan wang yang bakal anda peroleh mampu untuk membayar installment pada kadar tinggi tersebut.

Apa pun adalah lebih baik sekiranya anda hanya membuat pembiayaan semula, sekiranya kadar keuntungan berada dalam keadaan yang lebih rendah daripada pinjaman yang sebelumnya.

Kerana selain daripada installment yang rendah, anda juga dapat menjimatkan jumlah ‘bunga’ yang bakal dikenakan ke atas anda.

#3 – Aliran Tunai Positif

Faktor ini sebenarnya berkait rapat dengan interest rate di atas.

pembiayaan-semula-6-faktor-penentu

Di mana sekiranya pembiayaan semula dilakukan, adalah perlu untuk anda melihat letak duduknya aliran tunai anda. Sebarang kenaikan dari segi installment bulanan hendaklah mampu ditampung oleh anda, sama ada dari wang poket sendiri mahu pun keuntungan hasil dari lebihan wang yang anda peroleh dari pembiayaan semula ini.

Ingat, pastikan yang aliran tunai anda tidak akan terganggung dengan pertambahan jumlah installment bulanan tersebut. Kerana apa guna anda membiayai semula rumah anda sekiranya ianya bakal menyesakkan cashflow bulanan anda.

#2 – Rekod Pembayaran Lampau

Lupakanlah sahaja hasrat anda untuk membuat pembiayaan semula sekiranya rekod pembayaran bulanan anda tidak ‘secantik’ yang bank harapkan.

‘Cantik’ di sini bermaksud pembayaran bulanan yang tidak pernah tertunggak yang bakal memudahkan pembiayaan semula anda ini diluluskan.

#1 – Kos Pembiayaan Semula

Ramai melupakan faktor ini kerana masing-masing sudah memikirkan lebihan wang yang bakal diperoleh. Bagi mereka yang kos guaman dan yuran penilaiannya (valuation fee) ditanggung oleh pihak bank, mereka boleh menarik nafas lega.

Tetapi bagi bank yang tidak menyediakan pakej sedemikian, maka anda perlu mula memikirkan jumlah yang perlu dibayar sebelum lebihan tersebut anda peroleh.

Jawapan Positif – Bina Kekayaan Dengan Pelaburan Hartanah

Kesimpulannya selama mana keenam-enam faktor ini menghasilkan jawapan yang positif, maka tidak perlu anda memeningkan kepala untuk membuat keputusan.

Sebaliknya langkah menggandakan wang lebihan perlu anda rangka kerana ianya telah menjawab persoalan berbaloi atau tidak pembiayaan semula (refinancing) anda ini dilakukan.

Selamat melabur.

Kredit:  (Tax Credits)


Tags: , , , , , ,

Komen (9)

  1. Artikel yang mencerahkan minda. Bila pergi kursus tentunya membuatkan kita lebih faham. Apapun memang banyak ilmu di blog abangensem.

  2. Hebat … Perkongsian yang menarik.. pakar Hartanah .. best ni … pasni nak buat melebarkan sayap ke Pelaburan Hartanah plak ….

  3. Memang menarik artikel ini.Kalau boleh re-finance ni eloklah buat modal beli rumah yang baru.Kaji maklumat yang diberikan dulu sebelum membuat re-finance.Terima kasih atas panduan yang diberikan.

Leave a Reply to Ahmad Tarmizi Batal (Cancel)