Pemergian Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat: Renungan 3 Kabel Penting Di Akhirat

February 13, 2015 — Penulis:

Kategori: Umum

Pada 13 Februari 2015, kelihatan di media sosial sama ada Facebook, Instagram atau Twitter penuh dengan khabar Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia pada 12 Februari 2015 jam 9.45 malam.

Malaysia menangis. Mungkin itu perkara yang boleh direfleksi ketika ini. Ada juga jaringan-jaringan pemilik bisnes yang berpakat untuk bersama-sama ke Pantai Timur untuk mengebumikan tuan guru di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka, Kelantan.

pelita

Antara kata-kata tuan guru,

“Nyawa kita diumpakan sebagai api pelita yang pada bila-bila masa sahaja boleh terpadam.”

Ternyata pemergian beliau suatu kehilangan kepada ramai pihak. Banyak jasa beliau kepada Malaysia, Kelantan hatta kepada rakyat.

Tim Majalah Niaga juga turut merasai pemergian beliau. Terasa sebak di hati terutamanya apabila gambar beliau diupload di media sosial dan surat khabar pada hari ini.

Pesanan lain tuan guru,

“Apabila masuk ke dalam kubur, kita tidak bawa duit lagi untuk belanja, nasi tidak dibawa ntuk dimakan dan air juga tidak dibawa untuk diminum. Gelaran dato’, tok guru, atau apa jenis sanjungan tidak akan dibawa. Pada masa itu, yang akan dicari adalah Nabi Muhammad SAW. Jumpakah kita dengan Nabi kalau di dunia, kita melawan baginda?”

Andai ditanya, “Siapa yang ingin masuk syurga?”, pasti semua orang angkat tangan. Namun, apabila ditanya, “Siapa yang ingin mati?”, pasti ramai yang teragak-agak, kerana antara syarat masuk syurga adalah mati setelah hidup di dunia.

Tiap yang hidup pasti akan mati. Ia suatu hakikat yang penting untuk diingat.

Kabel akhirat

Ada tiga kabel yang akan kekal sehingga akhirat apabila kita usaha membinanya di dunia. Andai di dunia, kabel digunakan untuk menemukan dua perkara seperti kabel USB digunakan untuk sambungkan laptop dengan telefon bimbit.

3 Kabel akhirat itu adalah berdasarkan petikan hadis ini,

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”  (Hadith Sahih Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

1. Sedekah jariah

Sedekah jariah adalah bermaksud sedekah berbentuk material yang digunakan orang lain secara berterusan. Contohnya seperti kita menyumbangkan satu amaun kepada pihak tertentu untuk membina masjid, tiap kali ada orang menggunakan masjid itu, insya-Allah kita akan dapat pahalanya.

2. Ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain

Bentuk penyampaian ilmu adalah luas. Ia termasuk apabila kita berkongsi secara bertulis di media sosial. Ia juga boleh jadi apabila kita menjadi guru yang mengajar secara berhadapan dengan pelajar. Syaratnya, ilmu itu memberi manfaat kepada orang lain.

Semua penulis akan mati

3. Anak soleh yang berdoa untuknya

Andai direnung 2 kabel di atas, ia adalah sesuatu yang kita boleh kawal. Namun, kabel ketiga ini ia adalah kabel yang paling mencabar untuk dibina. Walaupun begitu, kita boleh usahakan yang termampu dengan sebaik mungkin melalui cara didikan sejak kecil. Oleh sebab hasil bukan dalam kawalan manusia.

Kredit foto: Aku Bukan Photografer


Tags: , ,

Komen (2)

  1. Sememangnya amat terasa kehilangan tuan guru Nik Aziz. Saya terbayangkan, kalau kematian tuan guru negitu diratapi, bagaimanalah para sahabat menangisi kewafatan Rasulullah s.a.w.

  2. Assalammualaikum..

    Saya mendoakan semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

    Kehilangan yang sangat besar. Tapi itulah realiti kehidupan. Datang dan pergi.

    Semoga kita yang masih hidup ni sentiasa menjadi manusia yang mendapat keredhoaanNya dunia akhirat.

    ameen.

    -raidah-
    http://www.blograidah.com

Pendapat anda?