Penama Takaful / Insurans: Jangan Letak Nama Anak!

September 20, 2012 — Penulis:

Kategori: Perkhidmatan / Perniagaan

Ketika saya mula-mula menceburi kerjaya sebagai perunding takaful, dalam satu kursus yang saya hadiri, saya menerima satu maklumat yang agak mengejutkan;

takaful-jangan-letak-nama-anak

”Kira-kira 80% suami  akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama.” kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta.

Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram. Baik lelaki mahupun wanita. Ada yang tersenyum-senyum, terutama wanita. Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir mereka.

Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut.

Selepas beberapa tahun dan sehingga kini hampir sepuluh tahun saya berada di dalam industri ini, apabila diimbas sekali polisi rakan-rakan pelanggan saya sebelum, memang tidak dapat dinafikan kaum wanita akan cenderung untuk tidak meletakkan nama suami mereka sebagai penama takaful mereka.

Ya, kaum wanita yang sudah berkahwin lebih cenderung untuk meletakkan nama anak mereka sebagai penama berbanding lelaki.

Malah, sebenarnya perkara ini bukan saya berlaku di dalam memilih penama polisi takaful, ia juga melibatkan penama di dalam perkara-perkara lain. Sebagai contoh, penama Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), selalunya wanita meletakkan nama ibu bapa mereka.

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, selalunya wanita akan meletakkan nama anak-anak mereka sebagai penama. Dalam kes KWSP pula, nama ibu selalunya diletakkan kerana selalunya mereka bekerja terlebih dahulu dan kemudian baru berkahwin. Selepas berkahwin, penama tersebut tidak diubah.

Isteri “Kurang” Percaya Kepada Suami?

Berdasarkan pengalaman saya berhadapan dengan pelanggan-pelanggan wanita, selalunya alasannya adalah kekhuatiran (baca: ketidakpercayaan) mereka terhadap suami mereka selepas mereka meninggal dunia nanti. Mereka khuatir suami mereka akan berkahwin lain menggunakan duit pampasan takaful mereka.

Kekhuatiran bertambah lagi apabila mereka membayangkan selepas itu suami dengan isteri barunya akan mengabaikan anak-anak kandung mereka. Juga membayangkan yang isteri baru suaminya akan bertindak tidak sewajarnya kepada anak-anak mereka.

Mereka membayangkan isteri baru suami mereka a.k.a ibu tiri anak-anak mereka laksana Rika Sumanto di dalam drama Bawang Merah Bawang Putih. Atau seperti watak Sofia di dalam Puteri Aurora Beradu suatu ketika dahulu.

Ya, satu kekhuatiran yang berasas.

Saya tidak nafikan, kekhuatiran kaum hawa tersebut ada asasnya. Demi kasih sayang ibu kepada anak, kadang-kadang mengatasi kasih sayang isteri kepada suami sendiri.

Apabila ditanya kepada isteri saya pun, begitulah juga perasaannya. Apabila ditanyakan kepada ibu saya pun begitulah halnya.

Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima

Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama tidak menyelesaikan masalah. Kerana, penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Penama bukanlah pemegang hak tersebut.

Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi.

Fatwa tersebut berbunyi;

  1. Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.

  2. Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definisi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.

  3. Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.

Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.

Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain. Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid.

Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun, ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.

takaful-jangan-letak-nama-anak-1

Pernah terjadi satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak. Beruntung balu berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful. Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka.

Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai usia 18 tahun. Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah. Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati.

Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan  dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun.

Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada.

Nota: Sekiranya tuan-puan masih mampu membaca tulisan ini, bermakna tuan-puan masih berpeluang untuk menukar nama penama tuan-puan sebelum tuan-puan pergi terlebih dahulu.

Kredit gambar dari Flickr: (amrufm, azranx)


Tags: , , , ,

Komen (59)

  1. erm…

    ada sorg ejen dulu tu plak, ckp biasanya org x letak nama suami/isteri, sbb byk berlaku kemalangan suami&isteri meninggal bersama…

    ps: letak penama byk2, hihi

  2. salam…Tuan apa perlu saya lakukan sekiranya saya betul2 tidak mempercayai suami sendiri…kerana banyak kali juga saya menyuruh suami memegang duit saya…tapi bila minta balik duit semakin kurang,tapi bila saya kata duit saya sebanyak tu,dia kata ,saya bagi kat dia sebanyak tu je,macamana tu…

      1. Selain penama individu (seperti suami/isteri) boleh juga letak Trustee seperti Amanah Raya sebagai penama, yang akan bertindak sebagai pemegang amanah.

        Kos juga mungkin lebih rendah dari peguam (saya tak pernah pakai peguam).

  3. Tugas orang hidup meletakkan penama yang betul supaya duit itu dapat terus diguna selepas kita tiada. Selepas kita tiada, ia bukan tanggungjawab kita lagi. Lagipun Islam ada peraturannya. Bila orang berhak mendapat tapi tidak dapat, tahulah dia memperjuangkan haknya.

      1. memang semua customer yg dtg ke agency ini pun para wanita khussunya akan meletakkan penama anak mereka bukan suami… 🙂 saya setuju dengan statement anda..

  4. Sepatutnya perunding takaful bertanya tentang penama yang pelanggan ingin letak dan memberikan nasihat siapa penama yang patut dinamakan. pelanggan bukannta tahu banyak.

    1. Terima kasih kerana sudi membaca artikel saya ini 🙂

      Respon: Ya, betul. Itulah tujuan artikel ini ditulis untuk berkongsi pengalaman dan memberi sedikit sebanyak panduan.

  5. terima kasih atas perkongsian ini. Tak tahu pun ada beza antara penama dan penerima. Risau juga dibuatnya, tapi nasib baik anak dah besar2. Sekira berlaku sesuatu, Insya Allah tidak lah membebankan sangat.

    1. Terima kasih kerana sudi membaca artikel saya ini

      Respon: Ya, ada perbezaan di antara penama dan penerima. Kedu-duanya mungkin orang yang sama dan mungkin juga berbeza.

  6. Sebab itu di dalam borang takaful ada 2 kolum yg berbeza. Ada penama & penerima. Apb anak di bwah umur 18 tahun, mesti ada pemegang amanah selaku penama & anak adalah penerima sebenar.

    1. Terima kasih kerana sudi membaca artikel saya ini

      Respon: Ya, selain borang penama, satu lagi borang ialah borang hibah. Tapi tidak semua syarikat takaful ada menyediakan borang hibah. Setakat yang saya tahun, Takaful IKHLAS dan MAA Takaful menyediakan borang hibah. Wallahua’lam.

      1. etiqa ad borang yg kita bleh gunakan ntk tentukan spe penerima pampasan tanpa perlu melalui faraid.so, isu ni xjd masalah pn sbnrnya..

        1. Perlu diketahui nama yg diletakkan di pihak beneficiary adalah sebagai penama atau penerima hibah.. Jika hibah terus menjadi milik waris tanpa melalui faraid tetapi kalo penama atau pemegang amanah haruslah melalui faraid setelah ditolak semua hak2 simati, hutang dan wasiat.. Wallahu’alam..

          1. Info yang berguna.

            Tambahan: Di Malaysia, undang-undang hibah masih belum dikanunkan sepenuhnya.

            Pernah terjadi kes di ARB, hibah dipertikaikan dan ia kembali kepada faraidh.

            Cuma dalam kes takaful, belum pernah mendengar lagi kes seumpama itu.

            Namun, prinsipnya sama. Sebab itu dalam borang hibah, namanya ialah BORANG CADANGAN HIBAH.

            Ada perkataan CADANGAN di situ.

            Tidak seperti borang penama, bukan borang cadangan penama.

            Wallahua’lam.

  7. selain penama diletakkn nama suami nama siapa saje ye yg kita boleh letak lagi kebiasaanye?? kalau letak penama emak sedangkan usia beliau sudah mencecah 50+++ & anak br 2tahun..

  8. Sy tlh kematian suami secara mengejut nov thn lps. Beliau x ltk apa2 nama sbg penama utk kwsp, asb, insurans etc. sy tlh serahkn semua maklumat yg sy ada dan tlh pun selesai proses bicara utk perintah pembahagian baru2 ni. Tggu LA shj.
    Soalan sy, bagaimana dgn gaji n bonus arwah yg msh tersimpan dgn majikan yg x sy ketahui jumlah? Perlu faraidkn juga?
    Dn apa pndpt tuan ttg insurans yg berupa pampasan slps kematian…ada pndpt kata slps kematian ia harus pg kepada next of kin (ie…isteri) utk diuruskan?
    Anak kecil sy bru berumur 6 bln, adakh sy berhak utk mengurus wang peninggalan arwah utk anak sy atau adakah tertakluk kpd Amanah Raya juga?
    Mohon jwpn…tqvm.

    1. Terima kasih kerana sudi membaca artikel saya ini

      RESPON: Pertama sekali saya ucapkan takziah atas kehilangan suami. Moga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan semoga Puan sekeluarga tabah dengan apa yang berlaku.

      Saya respon satu per satu pertanyaan Puan sekadar pengalaman dan sedikit ilmu yang saya ada.

      (1)
      SOALAN: Soalan sy, bagaimana dgn gaji n bonus arwah yg msh tersimpan dgn majikan yg x sy ketahui jumlah? Perlu faraidkn juga?

      JAWAPAN: Ya, kerana ia adalah harta milik arwah yang diusahakan oleh beliau sebelum meninggal dunia.

      (2)
      SOALAN: Dn apa pndpt tuan ttg insurans yg berupa pampasan slps kematian…ada pndpt kata slps kematian ia harus pg kepada next of kin (ie…isteri) utk diuruskan?

      JAWAPAN: Secara umumnya, ia masih tertakluk kepada faraidh kerana ia harta yang diusahakan oleh arwah ketika hidupnya. Namun dalam sesetengah kes, ia boleh terus diberikan kepada orag lain yang dicadangkan oleh arwah sebelum meninggal, tapi perlukan pembuktian sama ada bertulis ataupun lisan bersaksi.

      (3)
      SOALAN: Anak kecil sy bru berumur 6 bln, adakh sy berhak utk mengurus wang peninggalan arwah utk anak sy atau adakah tertakluk kpd Amanah Raya juga?

      JAWAPAN: Ya, Tuan mempunyai hak kerana Puan merupakan penjaga dan sah. Dalam hal ini Puan perlu bekerjasama dengan Amanah Raya untuk memudahkan proses itu kerana jika ada harta milik si anak tersebut dalam pembahgian faraidh, harta tersebut akan pergi ke Amanah Raya terlebih dahulu sekiranya tiada penama lain.

      Wallahua’lam.

    2. Salam en afyan..sy nk Tanya..ayah sy meninggal pada lepas Dan insurans arwah meletakkan makcik Dan Pakcik sebagai penama..sy mempunyai 3orang adik beradik Dan kesemuanya berumur atas 18tahun..untuk situasi mcm ni siapa yg berhak mendapat Wang pampasan insurans?

    1. Terima kasih kerana sudi membaca artikel saya ini

      RESPON: Jika penama tidak amanah, ia urusan beliau dengan Tuhannya. Kita sudah laksanakan tugas kita. 🙂

  9. salam…saya ingin bertanya mengenai kes penama diatas…Jika penama itu adalah anak2 yang masih muda kenapa pulak wang pampasan itu perlu dibekukan sehingga balunya terpaksa menunggu anaknya berumur 18 tahun?…. Bukankah Penama tidak boleh menerima semua harta pusaka simati.Penama hanyalah orang yang bertanggung jawab dalam mengagihkan harta pusaka simati mengikut Hukum Faraidh..Jika Penama masih kecil si balu boleh mencari atau melantik seseorang sebagai Pemegang Amanah/Pentadbir Harta bagi pihaknya.Seterusnya wang pampasan itu perlu diagihkan mengikut Faraidh secepat mungkin.Tak perlu tunggu lama2 sehinggakan si balu hidup dalam kesusahan.Bahagian si balu hendaklah diserahkan secepat mungkin kerana dia berhak cuma untuk waris yang dibawah umur bahagian mereka diserahkan kepada Pemegang Amanah/Pentadbir Harta sehingga mereka sudah cukup umur dan boleh menguruskan wang pampasan itu dengan sendiri.Secara logiknya jika sistem itu jelas dan terang menimbulkan kesulitan kepada waris sudah tentu ianya tidak betul dan ada ‘grey area’ yang perlu diberi perhatian secara serius.Ini cuma pandangan peribadi saya sahaja mungkin pihak insuran dan pihak2 yang lain lebih arif tentang hal ini..Sekian, terima kasih.

    1. Terima kasih kerana sudi membaca artikel saya ini

      RESPON: Dalam konteks di atas, balu berhak menerima 1/4 atau 1/8 sebagai faraidh. Haknya tidak perlu tunggu sehingga anak berusia 18 tahun. Yang menjadi isu ialah anak yang masih belum berusia 18 tahun diletakkan sebagai penama.

  10. Saya dan suami ada seorang anak perempuan, dan kami telah menamakan ank perempuan kami utk KWSP kami berdua. Saya tidak mahu segala harta kami di bahagikan kepada adik beradik kami sekiranya terjadi apa2 pada diri kami, Soalan saya, bagaimana harus kami buat untuk mngelakkan harta kami dari dibahagikan kepada adik beradik (kerana kami tahu adik beradik lelaki mendapat lebih byk harta dr ank perempuan memandangkan kami tiada ank lelaki buat masa ini). Saya cuma mahu harta yang kami kumpul dimiliki oleh anak kami sahaja.

    1. Terima kasih kerana sudi membaca artikel saya ini

      RESPON: Cara yang paling praktikal ialah, puan suami-steri perlu berusaha mendapatkan akan lelaki. Ini cadangan serius, bukan gurauan.

      1. Tuan bleh la hibahkan kpd anak2 tuan utk polisi takaful atau mewasiatkn maksimum 1per3 dr harta utk mereka..

  11. sy dan suami mempunyai insuran yg sama….suami sy meletakkan insurannya atas penama sy dan bg insurans sy pula suami meletakkan penama ank sy…ank br berusia 4 thn..sy berasa amat risau skrg…adakah sy perlu tukar penama ats suami sy..

    1. Terima kasih kerana sudi membaca artikel saya ini

      RESPON: Jika Puan mengambil isnurans, saya cadangkan Puan berhijrah kepada takaful.

      Jika jika ia polisi takaful, alhamdulillah Puan sudah pun meletakkan penama yang tepat.

      1. Baru perasan, Puan letak nama anak yang berusia 4 tahun.

        Jadi, saya cadangakn Tuan membuat pindaan terhadap polisi tersebut. Boleh hubungi ejen Puan atau terus kepada pihak syarikat.

  12. assalamualaikum..terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat. Hampir2 sy meletakkan nama anak sy yg baru berusia 1thn 8bln sbg penama. Mujurlah sy terbaca artikel encik dn sy telah merubah kptsan sy. Suami sy telah meletakkan nama sy untuk kwspnya. kini bru sy tahu apa itu penama. terima kasih sekali lg.

  13. Saya rasa maklumat mengenai Wang Pampasan yang dibekukan untuk pewaris yang berumur kurang 18 tahun adalah TIDAK BETUL. Syarikat insurans/takaful tidak akan memegang mana-mana aset si mati, sebaliknya akan diberikan kepada NEXT OF KIN sekiranya penama adalah bawah 10 tahun.

    Tq,
    Khairuddin
    010-404 4700

      1. salam..

        saya baru terbaca article Tuan.. saya pernah berurusan dgn pihak Amanah Raya berkenaan urusan minor.

        Amanah Raya tidak membekukan wang tersebut.. mereka hanyalah sbg pemegang amanah sampailah anak2 mencapai 18 tahun..

        sebelum cukup umur, penjaga boleh membuat pengeluaran sama ada untuk persekolahan, perayaan, perubatan & nafkah bulanan (3 bulan sekali/setahun sekali)..

        tp kalau anak OKU mental yg tidak mampu menguruskan diri sendiri AmanahRaya akan simpan sampailah ke akhir hayat anak tersebut.

  14. Saya dan suami saya mempunyai perniagaan.Alhamdulillah sudah operasi masuk 8 tahun .Ahli lembaga pengarah dalam syarikat adalah saya,suami dan adik saya (OKU).Kami ade anak lelaki 3 org -10 thn,7 thn ,3 thnSoalan saya.Apa yang perlu saya buat untuk perbetulkan nama penama dalam harta berikut:
    1- rumah kami atas nama saya dan suami.Belum lagi ade syarat tambahan jika sekiranya saya atau suami meninggal.rumah kami masih belum Habis bayar.
    2-insuran
    3-kenderaan atas nama syarikat.Belum habis bayar lagi.
    4-aset-aset tetap dalam syarikat.
    5-Kwsp

    Terakhir saya terfikir untuk melantik seorang wasi yakni adik saya seorang akauntan.Sedikit sebanyak saya telah kongsi ape yg kami ade pade beliau.DEngan harapan beliau dapat menguruskan segala hutang dan aset peninggalan kami jike sekiranya ditakdirkan kami berdua meninggal.

    Harap dapat nasihat.

  15. norliah binti ali
    March 29, 2014

    saya belum lagi membuat penama bagi insuran etiqa takarul . tapi saya telah mengisi borang dan ditanda tangani oleh saksi cuma belum menghantar. saya tanya etiqa takaful yang berhampiran tapi katanya saya kena menghubung HQ dan menentukan alamat etiqa takaful . bimbang alamat etiqa yang lama telah berpindah tempat yang lain.

  16. Ada produk takaful yg menyediakan khidmat hibah (hadiah)..cth : jika kite melantik suami sbg penama (pemegang amanah) tugas penama adalah menguruskan wang peninggalan kite shj dan kite letak nama anak sbg penerima hibah, anak ini akan mendapat 100% wang pampasan tersebut..(^_^)

  17. Assalamualaikum..tumpang tanya,
    Sekiranya dihibahkan pampasan insurance Takaful kepada si isteri,adakah si isteri berhak membelanjakan Wang tersebut utk keperluan rumah @ kehendak rumah,contoh mkn minum,perbaiki rumah selepas suami meninggal dunia?

    Duit simpanan KWSP,dividend yg dikeluarkan selepas kematian kepada pemohon iaitu isteri, perlu difaraidkan atau tidak?kerana selepas kematian,si pemohon akan mendapat khairat kematian + bantuan + duit simpanan KWSP(tidak semua)
    Yang simpanan selebihnya…memang perlu faraid..

  18. salam…ust…adik sy mbeli kereta dan slps meletakn nm insuran nyawa etiqa atas nama sy iaitu kakakmya … dia trus telepon bgtau sy … mgatakan insuran nyawa aku bg pd kau semuanya… ksu ambil lah dan tak cakap spy di bahagikan ikut faraid…. sebulan lps tu dia meninggal accident… apakah hukum duit i suran nyawa tersebut dan wajibkan sy bhgkan ikut faraid atau bgmana ….mohon penjelasan…

  19. Noorzaida zainuddin
    June 27, 2016

    Assalamualaikum..sy bru trbc artkl tuan..bagaimana sesetengah suami yg meletakkn nama ibu sebagai waris?
    Sy ada sorg kawan yg baru kematian suami..ada 3 org anak..beliau xdapat sesen pun pampasan insuran suami kerana ia diwariskan kepada ibunya..suami ambil insurans sejak sblm berkahwin..isteri hanya dapat rumah peninggalan suami..masalah yg timbul, segala hutang2 suami isteri terpaksa tanggung & xdapat dijelaskn kerana hanya bergantung pada pencen suami ( kakitangan kerajaan). Apa pendapat tuan tentang masalah ini..kerana sy ada beberapa rakan juga yg suaminya meletakkan nama ibu 100% sbgai pewaris insuran.

  20. abu ahmadan
    July 25, 2016

    arwah ada masuk insurans nih..letak penama isteri beliau..maka datang lh ejen insurans ni bgtau claim insuran nih bukan harta pusaka dan x blh dibahagikan..semua dapat kpda penama (isteri arwah) yg dikatakan sebagai HIBBAH..betul kah?

    1. afiq zakaria
      August 15, 2016

      abu ahmadan, betul kalau polisi itu takaful dan dia letak penama dalam borang hibah, 100% terus ke isteri.

Pendapat anda?