Pengeluar Vs. ‘Orang Tengah’

May 15, 2014 — Penulis:

Kategori: Konvensional / Perniagaan

“Faiz, find a product which in the end you will be at the top of the food chain.”

Kata-kata itu dihamburkan kepada saya oleh seorang pengusaha kilang padi, sewaktu bersua muka dengan beliau yang sedang berkebun di dataran kilang yang luas milik beliau.

Peraih Ikan

Mahu Buat Duit Dengan Mudah? – Jadilah Orang Tengah

Di dalam sektor perusahaan, pihak yang buat duit paling banyak adalah daripada kelompok ‘Orang Tengah’. Senarionya mudah sahaja:

1kg Pelam Harum Manis di ladang = RM3/kg  -> Peniaga  jual semula di pasar malam = RM6/kg

Ikan kembung di Pusat Pendaratan Nelayan = RM3/kg  -> Harga Pasar Borong Selayang = RM5/kg

Orang tengah mampu ‘buat’ duit dengan mudah. Orang tengah tidak perlu berkebun dan berpanas terik menanam dan mengawasi pokok-pokok pelam Harum Manis. Orang tengah tidak perlu membelah lautan dan membiarkan sinar mentari membakar kulit demi memukat ikan.

Orang tengah hanya perlu menguasai ilmu pemasaran. Ilmu pemasaran ialah ilmu dimana kita tahu permintaan yang tinggi terhadap sesuatu produk. Kita tahu siapa pelanggan yang sanggup bayar nilai ringgit untuk mendapatkan sesuatu produk tertentu.

ebay

Mahu Membina Empayar Bisnes? Jadilah Pengeluar

Pengeluar itu bukan sekadar kilang-kilang yang membuat produk, definisi pengeluar sebenarnya lebih luas. Pengeluar bermakna kita merupakan pihak yang menguruskan ‘Orang-Orang Tengah’ tadi. Kita berada di atas rantaian makanan. Kita umpama helang.

ebay merupakan satu platform di mana ramai orang boleh membuka bisnes mereka di bawah seliaan ebay. Facebook merupakan media sosial yang baik untuk kita kembangkan lagi perniagaan kita. Kita merupakan pengguna kepada mereka ini.

Awal tahun 2014, ebay telah mengetatkan polisi perniagaan mereka. Peniaga ebay di Malaysia terasa perit dan sukar dengan situasi ini. Di tambah pula dengan pengumuman kenaikan harga Poslaju untuk penghantaran ke luar negara.

Bagaimana dengan peniaga online di Facebook? Setiap kali pengurusan Facebook menukar Terma dan Syarat (Terms And Regulation) mereka, habis kecundang taktik dan strategi yang suatu ketika dahulu amat mudah untuk meraih pendapatan. Manakala Facebook tetap teguh di situ. Peniaga online pula yang perlu mencari alternatif lain.

fc

Legasi Perniagaan

  • Faber Castell wujud semenjak awal  1660
  • Prudential Insurance wujud semenjak 1884
  • Kawasaki Heavy Industries wujud semenjak 1878

Sekadar menyebut beberapa nama, perniagaan itu masih kukuh sehingga ke hari ini dan semakin berkembang. Mereka adalah ‘Pengeluar’. Pengeluar boleh mewariskan perniagaan mereka kepada generasi seterusnya kerana SOP yang sudah wujud dan dibina oleh generasi terdahulu.

Memborong Terus Dari Pengeluar

Halangan Yang Dihadapi Orang Tengah

Orang tengah perlu mematuhi arahan pengeluar. Orang tengah perlu mengikut keperluan dan perkembangan teknologi semasa. Ketika internet mula memasuki pasaran dunia perusahaan, pengeluar-pengeluar besar sudah memiliki laman web mereka sendiri. Kewujudan laman web telah memutuskan rantaian makanan tradisional iaitu:

Pengeluar > Importer > Pemborong Besar > Pemborong Kecil > Peruncit > Pengguna

Apabila wujudnya internet, Peruncit sudah boleh membeli terus kepada Pengeluar. Pengguna sudah boleh membeli terus daripada Pengimport (Importer). Satu-satunya cabang daripada rantaian tersebut yang akan bertahan ialah Pengeluar. Ia bersambung dan turun-menurun dari generasi ke generasi.

Saya ejen Takaful. Saya boleh wariskan apa yang telah saya usahakan kepada anak saya.

Ya, benar. Ejen takaful boleh mewariskan sumber pendapatan mereka kepada anak-anak mereka. Cuma komisyen yang mereka terima ialah untuk tempoh 6 tahun sahaja bagi setiap seorang pelanggan. Seterusnya bergantung kepada usaha si anak untuk meneruskan legasi takaful ayahnya.

Saya pemilik kilang padi. Saya yang teruk teruk membuka pasaran. Anak cucu saya cuma perlu menguruskan. Saya ada 5 orang anak. Anak sulung jaga kilang padi. Anak kedua saya buka kepada dia syarikat Lorry Transport.

Semua urusan penghantaran padi saya serahkan kepada anak kedua. Anak ketiga saya belajar jurusan perakaunan. Buka syarikat perakaunan beliau sendiri. Anak keempat mahu meniaga sendiri. Anak bongsu masih belajar, setiap kali balik bercuti, dia akan ke kilang padi. Semua anaknya berpusat di satu tunjang utama.

Usahawan Muslim - Fardhu Kifayah

Fardhu Kifayah Yang Belum Sempurna

Saya memiliki perniagaan membuat kek. Siapa yang menjadi pembekal bahan-bahan membuat kek?

Saya kontraktor pembinaan rumah. Siapa yang menjadi pembekal bahan-bahan pembuatan?

Ketika harga gula naik tempoh hari, ramai yang merungut. Namun kilang gula tidak pernah menghentikan operasi pengeluaran mereka. Urusan perniagaan berjalan seperti biasa.

Apabila jemaah kita menguasai pengeluaran bahan penting dalam negara, kita menguasai ekonomi. Orang tengah perlu ikut cakap pengeluar. Orang tengah tidak boleh boikot kerana mereka tiada pilihan. Jika orang tengah mahu boikot, pengeluar boleh jual terus kepada pengguna.

Mencari duit bagi meneruskan kehidupan merupakan satu tuntutan. Ramai orang mahu senang. Namun, lontarkan soalan ini kepada diri sendiri; senang sekadar untuk diri sendiri  pada ketika  ini atau untuk mencipta kesenangan bagi generasi ketujuh kelak?

Selamat maju jaya!

Kredit foto: liewcfmorelcreamsaucehappycats1600MetroUsahawan-muslim


Tags: , , , , , , , , ,

Komen (18)

    1. Adakah menjadi pengeluar matlamat artikel ini? Kalau tidak, siapa yg jadi orang tengah? Dua2 perlu sama function, bukan begitu? Tentu org lain x leh cari makan kalau pengeluar jurus terus kepada pengguna? Orang tengah strategi perlu hebat. Pegeluar juga memerlukan distributor dan subdistributor. Masing2, sama bergantung antara satu sama lain.

  1. Artikel ini membuatkan saya untuk mula membina perniagaan yang boleh diwarisi untuk anak-anak kelak. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada penulis dan Tim Majalah Niaga.

  2. Tahniah..Faiz kita perlu jadi pengeluar dan perlu buat r&d utk produk yg dpt mengisi pasaran…kuasa beli ditgn org Islam.

Pendapat anda?