The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.
  • Pengiklanan Di Majalah Niaga

    Terima kasih kerana berminat untuk menempah pengiklanan di Majalah Niaga (dot) com. Kami merupakan satu laman web yang menjadi rujukan online para usahawan dan bakal usahawan di Malaysia. Seperti yang sedia maklum, kuasa beli mereka yang terlibat di dalam bidang keusahawanan adalah lebih tinggi berbanding golongan yang lain.

    Itulah yang kami berani tawarkan di Majalah Niaga, dimana kami mempunyai pelawat yang berkualiti dan mempunyai kuasa beli yang tinggi. Walaupun Majalah Niaga baru sahaja bertapak, kami mempunyai laporan trafik pelawat dan kedudukan ranking Alexa yang sangat baik. Anda boleh rujuk fakta dan figur terbaru kami:

    1) Laporan perkembangan bulan Januari 2011

    2) Laporan perkembangan bulan Februari 2011

    3) Laporan perkembangan bulan Mac 2011

    4) Laporan perkembangan bulan April 2011

    5) Laporan perkembangan bulan Mei 2011

    6) Laporan perkembangan bulan Jun 2011

    7) Laporan perkembangan bulan Julai 2011

    8) Laporan perkembangan bulan Ogos 2011

    Semoga dengan lebih ‘transparent‘ pihak kami dengan anda, maka terbentang lebih luas peluang untuk kita bekerjasama. Berikut adalah statistik pelawat yang kami terima setiap hari di Majalah Niaga (dot) com.

    traffik september 2011

     

    Untuk mendapat maklumat penuh berkenaan kadar trafik di Majalah Niaga pada bulan Ogos, bolehlah dapatkan statistik dari Google Analytics. Klik disini untuk muat turun.

    Secara ringkas kami mendapat pelawat seramai 294 orang setiap hari dan kedudukan ranking Alexa kami ialah 274,300 di dunia dan 1229 di Malaysia. Satu angka yang baik untuk laman web yang baru bertapak.

    Harga Pengiklanan & Posisi Banner

    Buat masa ini, kami hanya menawarkan beberapa slot pengiklanan bagi menjamin kualiti laman web kami seterusnya meningkatkan kali keberkesanan pengiklanan kepada para pelanggan.

    Posisi Pengiklanan Majalah Niaga

    Posisi Unit Size(px)
    Width
    Height
    Slot A (RM100) 1 425 136
    Slot B (RM50) (rotational) 4 200 125
    Slot C (RM60) 1 190 400
    Slot D (RM80) 1 190 400
    • Harga yang ditetapkan di atas adalah berdasarkan durasi tempoh 30 hari.
    • Durasi maksimum sekarang ialah selama 30 hari untuk satu-satu slot.
    • Harga di atas tidak termasuk rekabentuk banner.
    • Caj RM50 untuk rekabentuk banner iklan anda.

    Ya, buat masa ini pihak kami hanya menawarkan 7 slot sahaja! Pastinya pengiklanan anda di sini berbaloi-baloi untuk dilanggan. ;)

    Reviu Produk & Servis

    Majalah Niaga (dot) com juga menerima tempahan untuk reviu produk atau servis yang dirasakan bersesuaian dengan pelawat kami. Harga untuk satu reviu hanyalah RM250 sahaja dan pihak kami memerlukan tempoh seminggu untuk menyiapkan reviu yang terbaik dari ladang.

    Setiap reviu akan menjadi entri utama selama 3 hari dan ini satu tempoh yang cukup lama untuk memberikan pendedahan penuh produk anda terhadap pelawat kami. Dua slot sahaja dibuka setiap bulan!

    Contoh reviu produk:

    1) Reviu Produk Kuasa Forum

    2) Buat Duit Dengan PLR

    Pihak kami akan memberikan reviu telus dan terbaik dimana terbahagi kepada 80% kupasan kelebihan produk dan 20% pandangan pihak kami untuk  penambahbaikkan produk atau servis pihak anda, jika ada.

    Berminat? Hubungi Kami Sekarang!

    Jika anda berminat untuk membuat tempahan pengiklanan dengan Majalah Niaga (dot) com atau mempunyai sebarang persoalan berkaitan pengiklanan, anda boleh hubungi saudara Aqif Azizan (012-2527909) atau Hasbul ‘Aqill (013-7591200).

    Anda juga boleh hubungi kami menerusi ‘online form‘ ataupun terus ke pejabat kami di:

    Inovattic Solution,
    31-4-2, Jalan 3/50,
    Diamond Square Business Center,
    Off Jalan Gombak,
    53000 Kuala Lumpur.

    Atau anda boleh hubungi pejabat kami di talian +603-40234641 untuk sebarang pertanyaan.

    Terma & Syarat Pengiklanan

    • Tempoh pengiklanan minimum dan maksimum ialah 30 hari sahaja buat masa ini.
    • Tempoh pengiklanan dikira bermula apabila pihak Majalah Niaga memaparkan banner pengiklanan.
    • Tiada jaminan pulangan wang ditawarkan untuk pengiklanan di Majalah Niaga.
    • Pengiklanan skim cepat kaya atau apa-apa program yang diragui tidak akan diterima.
    • Kami berhak untuk menolak sebarang tempahan pengiklanan yang dirasakan tidak sesuai.
    • Saiz banner yang diberikan hendaklah memenuhi kriteria ketinggian dan lebar seperti yang tertera.
    • Pihak kami tidak menyediakan sebarang tracking jumlah klik ataupun impression.
    • Kami berhak menolak pengiklanan yang tidak disertakan rekabentuk banner yang menarik.