PENTING : 3 Persediaan Asas Sebelum Memulakan Pelaburan Perak

June 17, 2013 — Penulis:

Kategori: Logam / Pelaburan

Seperti yang telah anda ketahui, simpanan Perak merupakan antara pelaburan yang paling menguntungkan pada hari ini. Ini kerana:

  • Harga perak telah naik sehingga 395.77% sejak 10 tahun lepas.

  • Harga perak mempunyai potensi untuk naik sehingga 915% daripada harga terkini (Jun 2013) berdasarkan unjuran kitaran pelaburan perak yang lepas.

  • Simpanan perak merupakan salah satu pelindung terbaik bagi menghadapi krisis matawang kertas.

pelaburan-perak

Jangan Tamak

Walaupun potensi pelaburan adalah sangat tinggi, kita sebagai pelabur tidak boleh tamak. Ciri pelaburan perak yang perlu diambil kira ialah ia sebenarnya merupakan simpanan untuk jangka panjang. Membeli hari ini dan mengharap keuntungan dalam masa 3 bulan adalah tidak realistik.

Simpanan perak ini tiada jaminan pulangan 7-8% setahun seperti simpanan amanah saham. Meskipun begitu, pelabur perak pernah menikmati kenaikan 100% untuk jangka masa 2010-2011. Jadi ketahanan kewangan anda perlu kuat untuk menghadapi kadar turun naik harga perak yang tinggi.

Untuk memastikan ketahanan diri, pastikan anda membuat 3 persediaan kewangan asas yang penting ini sebelum anda melabur.

 

Persediaan #1: Takaful

Malang sememangnya tidak berbau. Mungkin kemalangan, anggota badan patah atau memilih hospital kerajaan apabila sakit tidak menjadi masalah besar untuk anda. Namun, dikhuatiri kemalangan itu ditahap kronik sehingga mengakibatkan anda kehilangan upaya bekerja.  Ia merisikokan kehidupan dan masa depan anak dan isteri apabila anda hilang punca pendapatan secara tiba-tiba.

Takaful berpotensi melindung kesihatan dan kewangan kita dan Perak pula berpotensi melindungi kuasa membeli dan harta kita.

Jadi mulakan dengan takaful dahulu.

 

Persediaan #2: Dana kecemasan

Jika anda besar kemungkinan memerlukan tunai untuk tahun ini, jangan beli perak dulu. Walaupun harga perak semasa adalah termurah dalam tempoh 3 tahun kebelakangan, tidak perlu rasa rugi jika tidak dapat memulakan simpanan sekarang.

simpanan

Harga perak sentiasa turun naik untuk jangka masa pendek, jadi risikonya tinggi apabila anda mengejar keuntungan jangka pendek.

Ia bertambah rumit dan menjadi satu kesilapan besar apabila anda menggunakan duit perbelanjaan harian seperti duit beras, gula atau lampin anak untuk melabur. Mohon anda pastikan duit yang digunakan untuk membeli perak ialah duit yang dirancang dan diperuntukkan khas untuk simpanan jangka masa panjang sahaja.

 

Persediaan #3: Ilmu pelaburan

Sebelum laburkan ribuan ringgit dalam mana-mana pelaburan sekalipun, pastikan anda tahu risikonya terlebih dahulu. Satu-satunya kesilapan yang mengakibatkan kerugian besar ialah apabila pelaburan itu dipengaruhi oleh cerita-cerita manis orang lain tanpa buat kajian mendalam terlebih dahulu.

Contohnya di dalam pelaburan emas. Ia mula popular di Malaysia sejak 2009 dan semenjak itu harga emas telah meningkat hampir 60% dalam masa 4 tahun sahaja.

Namun apa yang pelik, masih ramai yang rugi di dalam pelaburan emas. Ini kerana ada yang tersilap langkah menyertai skim pelaburan emas yang menjanjikan ‘bulan dan bintang’ atau kekayaan segera. Akibatnya, mereka ditipu puluhan malahan ratusan ribu akibat sikap tamak dan kurang ilmu.

Turut dijangkakan apabila harga perak melonjak nanti, skim-skim pelaburan perak yang menjanjikan kekayaan segera ini pasti tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Sudah pasti ramai lagi pelabur yang akan ditipu duit simpanan mereka kerana skim ini.

Sudah pasti kita tidak mahu jadi seperti mereka kerana kita mahukan pelaburan yang kita lakukan bukan sekadar menguntungkan, ia juga selamat dan tidak membebankan semua pihak.

 “An investment in knowledge always pays the best interest”
– Benjamin Franklin

Jadi mulakan ketiga-tiga perkara asas seperti persediaan takaful, merancang duit kecemasan dan pembacaan tentang pelaburan untuk membina ketahanan kewangan yang paling kebal supaya pelaburan anda lebih terjamin.

(Sumber gambar: StockMonkeys.com)


Tags: , , , , , , , , , ,

Komen (6)

  1. di atas telah dihighlight tentang kepentingan TAKAFUL..

    itulah akar umbi sebelum anda memulakan apa2 pelaburan..

    untuk maklumat lanjut.. sila klik pada nama di atas “klikuntuktakaful”

    🙂

    hubungi saya terus pun boleh 0147562216

Pendapat anda?