Penyalahgunaan Senjata Jualan, Satu Penganiayaan Terhadap Pengguna

July 10, 2013 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Strategi Online & Offline

Pada awal pembabitan saya dalam bidang penulisan surat jualan dan pemasaran informasi, saya amat teruja dengan kuasa penulisan surat jualan yang mampu dijadikan sebagai senjata yang paling ampuh untuk menjual sesuatu produk atau servis.

Apa tidaknya, saya mampu menjual tanpa perlu berjumpa orang. Saya juga mampu menjual walaupun mereka tidak pernah melihat produk lagi dan saya mampu menjual tanpa perlu banyak bergerak. Begitulah antara kuasa senjata jualan yang mampu mengubah pembaca kepada pembeli dalam sekelip mata.

Satu perkara yang membuatkan saya teruja dengan penulisan surat jualan ini ialah bagaimana kuasa penulisan surat jualan ini mampu mengawal serta menyentuh emosi pembaca untuk terus membeli.

Saya juga pernah menjual produk-produk informasi orang lain (produk yang diberi hak jual semula) dan menulis sendiri surat-surat jualan secara offline. Dengan menulis tulisan surat jualan yang menjual harapan tinggi kepada pembaca, saya berjaya menghasilkan jualan.

Saya melakukannya kerana inilah yang saya pelajari daripada produk-produk informasi yang telah saya perolehi dari surat-surat jualan yang saya terima. KUNCI nya ialah menjual TAJUK yang mampu memberi harapan tinggi kepada pembaca sasaran dan turut mengajar pembeli untuk lakukan perkara yang sama.

Oleh sebab itulah, walaupun dalam masa tidak sampai setahun saya menjalankannya secara sambilan, saya telah mengambil keputusan untuk berhenti dan mendiamkan diri dari pasaran offline. Dari situ saya mula berjinak-jinak dalam mempelajari bagaimana untuk menulis buku bagi menghasilkan sesuatu yang berguna untuk orang ramai.

Tanggungjawab & Etika Ketika Menjual Produk

Walaupun saya tidak pernah menerima satu pun rungutan mengenai produk yang saya jual namun saya mula rasa bersalah kerana ilmu yang saya amalkan itu bukanlah sesuatu yang beretika bagi saya.

etika-penjual-produk

Saya sendiri pernah kecewa apabila memperolehi produk-produk informasi yang tidak serupa bikin seperti apa yang telah diwar-war serta dijanjikan dalam surat jualan. Saya mula berfikir jika saya tak puas hati dengan senario tersebut kenapa saya harus melakukan perkara yang sama kepada bakal pembeli produk saya.

Dari situ saya mula membuat kajian bagaimana saya boleh menulis surat jualan yang mampu menyentuh emosi pembaca tanpa melakukan sebarang jenis penipuan serta mampu mengelak konsep penulisan yang hanya menjual harapan tinggi kepada pembaca.

Tidak salah untuk memberi pengharapan yang tinggi kepada pembaca TAPI adakah produk kita mampu menanggung janji seperti yang telah kita katakan. Seekor tikus tidak mampu untuk mengaum seperti seekor singa.

Dan janganlah kita mengaum dalam surat jualan kita jika kita sendiri seperti tikus yang tidak mampu untuk menghasilkan bunyi ngauman seekor singa.

3 Ciri Senjata Jualan Yang Sering Disalahgunakan

Kini, kita telah sedar bahawa penulisan surat jualan merupakan satu senjata yang ampuh dalam melakukan jualan namun dalam sedar ataupun tidak senjata ampuh ini juga boleh disalahgunakan.

Antara 3 ciri yang sering disalahgunakan dalam surat jualan ialah:

#1 – Memanipulasikan Emosi Pengguna.

Emosi dimanipulasi tanpa memberi kesempatan atau hak kepada pembaca surat jualan untuk mengetahui atau melihat apakah produk atau perkhidmatan yang dimaksudkan.

Dari mula surat jualan hingga ke akhirnya hanya menyampaikan mesej berbentuk harapan yang tinggi, keuntungan yang bakal diterima serta kemewahan yang bakal diterima. Informasi realiti ke atas produk mahupun perkhidmatan tersebut disembunyikan.

penganiayaan terhadap pengguna

#2 – Penggunaan ‘Urgency’ Sebagai Perangkap.

Penggunaan tawaran stok terhad atau tawaran masa terhad bagi mempercepatkan tindakan pembaca surat jualan kita tidaklah salah sebenarnya. Ini kerana sebagai peniaga kita kena wujudkan suasana pembelian yang lebih menarik. Namun yang menjadi kesalahan di sini ialah tuan punya surat jualan tidak mengikut apa yang telah dinyatakan.

Dalam surat jualan dinyatakan bahawa selepas 100 tempahan pertama jualan akan dihentikan. Adakah penjual tersebut betul-betul menghentikan jualan atau jualan masih terus berlangsung?

#3 – Jaminan Pengembalian Wang Meyakinkan.

Tidak salah untuk meletakkan jaminan eksklusif sebegini, malah ianya sangat dialu-alukan. Yang menjadi satu kesalahan ialah apabila berlaku permintaan pemulangan wang dari pelanggan yang tidak berpuashati penjual akan melambat-lambatkan proses pengembalian wang, malahan ada juga yang buat tidak tahu dan terus berdiam diri.

 

(Sumber gambar: ProgramaUrbano, supzones, Cayusa)

Facebook Comments

Tags: , , , , , , , , ,

Komen (19)

  1. aku banyak komen pasal benda ni dulu. Tapi ramai gak IM yang buat dek. Yang penting, sales masuk.

    Dan ya, aku setuju 3 perkara diatas. Itu saja yang IM sejati patut lakukan dan boleh diterima. Tajuk yang terlampau HYPE dan tak deliver betul-betul seperti yang mereka tulis kat web jualan, umpa menipu hidup-hidup para pembeli.

    1. Ya Titan, sejak 2005~2006 di wangcyber.com inilah yang kami perjuangkan. Di masa itu ramai yang terkena dengan produk-produk yang tidak seperti tinggi janjinya.

  2. A’kum,

    Saya sangat setuju. Saya antara pembeli aktif ebook yang termakan janji penjual. Bahkan pernah beberapa kali tertipu. Menurut Tuan Samsudin Kadir, adalah berdosa mempengaruhi emosi orang supaya membeli perkara yang tidak diperlukan oleh orang mereka. Berdosa memberikan janji yang tidak boleh ditepati dengan janji manis tetapi berbisa dan kosong.

    Syabas Tuan, teruskan memberi informasi yang baik untuk kemaslahatan pengguna. Terima kasih.

  3. Terbaek dari tuan Zahrul Azua. Saya memahami perasaan ini kerana saya antara yang termakan “ayat-ayat power” marketeer produk informasi, tips, plugin/software yang terlalu hype.. oversea dan juga local marketeer.. sehinggakan berasa serik untuk membeli produk2 digital walaupun terdapat testimoni2 pengguna yang “meyakinkan”.

    Sekiranya hal ini disedari dan para marketeer dapat membuat muhasabah akan betapa mahalnya harga emosi pelanggan2 mereka.. nescaya prasangka2 buruk pelanggan dapat diminimumkan dan produk2 yang benar-benar berkualiti akan lebih diberi perhatian di pasaran.

    1. Anas Al Muhammad,

      Terima kasih atas sokongan tuan. Insyaa Allah jika begini sokongan yang diberikan akan beri saya semangat untuk hasilkan lagi hasil-hasil penulisan yang lain.

      1. rasanya semua orang yang membeli ebook online pernah kena.

        lebih2 lagi yang baru nak terjun dunia IM ni 🙂

        tapi takpelah kot, pengalaman kan

    1. HMJebat,

      Ya istilah tu satu masa dulu sering digunakan. Ebook Sampah. Ebook tu takl sampah sebenarnya tapi apa yang ada dalam surat jualan ebook tersebut melebihi apa yang ada dalam ebook tersebut.

Pendapat anda?