Percutian Melenyapkan Stres Seorang Usahawan

October 24, 2011 — Penulis:

Kategori: Konvensional

Sebagai seorang usahawan sepenuh masa kita perlu sedar kepentingan memasukan aktiviti percutian sebagai program tahunan. Sebenarnya ramai para usahawan tidak perasan akan kepentingan aktiviti percutian dapat memberi pelbagai manfaat kepada mereka.

pakej percutian australia

Ada yang tidak ambil peduli malah ada yang tidak mahu langsung berbuat demikian oleh kerana mereka beranggapan ia satu pembaziran.

Sebagai usahawan kita sentiasa terdedah dengan pelbagai masalah dalam kita menguruskan perniagaan. Dan ia juga bermaksud seorang usahwan tidak boleh lari daripada “tekanan”, sama ada untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan mahupun tekanan dalam menjalani hari-hari yang mencabar.

Kita sebagai usahawan sepenuh masa harus faham dalam pengurusan masa yang bagus. Jika kita perhatikan, hampir kesemua usahawan berjaya akan memasukkan program percutian mereka sepanjang tahun, sebagai hadiah kepada diri sendiri selepas mereka penat dalam menjalankan perniagaan.

Malah ada yang membelanjakan duit lebih dua kali setahun, yakni mereka bercuti setiap enam bulan.

Mengapa mereka berbuat demikian? Jika ia satu pembaziran pasti usahawan hebat dunia tidak akan berbuat demikian. Lebih baik mereka melaburkan di tempat yang lebih banyak memberikan pulangan.

Oleh demikian, saya bongkarkan sedikit kepentingan bercuti untuk seorang usahawan.

4 Kepentingan Bercuti Bagi Seorang Usahawan

#1 – Percutian Adalah Ubat Terbaik Untuk Stres

Para usahawan yang hebat sudah amat faham bahawa ubat bagi tekanan bukanlah ubat-ubatan yang perlu ditelan, tetapi ubat paling mujarab adalah dengan cara semulajadi, iaitu sebuah percutian yang menenangkan minda mereka.

Mereka sedaya upaya akan cuba mencari ruang agar minda dapat ditenangkan. Minda yang tenang akan mengubati tekanan.

#2 -Meningkatkan Kreativiti Idea Perniagaan

Kebanyakan usahawan yang pergi bercuti juga bukanlah pergi merehatkan fikiran semata-mata. Tetapi mereka “ibarat menyelam sambil minum air”. Sewaktu percutian mereka juga mencari idea baru di tempat yang baru.

perlukan idea

Idea yang bagus diambil dan diaplikasikan di dalam perniagaan. Lain tempat lain pula budaya. Lain budaya bermakna idea itu unik dari apa yang ada di negara kita.

Hari ini banyak idea perniagaan adalah idea dari usahawan yang bercuti ke luar negara.

#3 – Meningkatkan Produktiviti Kerja

Jika dibandingkan dengan mesin yang terus menerus bekerja, dan mesin yang mempunyai masa untuk direhatkan, sudah pasti hasilnya adalah berbeza. Sama juga seperti tenaga kerja manusia.

Pakar-pakar psikologi Amerika melakukan kajian dan mendapati, sekembalinya seseorang selepas bercuti, ia akan meningkatkan produktiviti kerja sehingga 500%.

#4- Merapatkan Hubungan Di Antara Ahli Keluarga

Masa yang diperuntukkan sewaktu bercuti dapat digunakan bagi merapatkan lagi ikatan persaudaraan bersama insan tersayang. Sama ada ibu bapa, isteri, anak-anak mahupun ahli keluarga atau rakan-rakan niaga kita.

merapatkan hubungan kekeluargaan

Disebabkan masa yang terhad dalam rutin harian seorang usahawan, maka waktu begini adalah waktu terbaik untuk bersama dalam menjalinkan hubungan rapat bersama ahli keluarga, yang mana ia menjadi salah satu tunjang utama untuk kita terus maju kehadapan dalam dunia perniagaan.

Percutian bukanlah satu bebanan atau pun pembaziran, tetapi ia adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan untuk usahawan. Sama ada dari segi produktiviti kerja mahupun hubungan sesama manusia.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (luciemoheljolynnephotographyjustinpoliachik)

Facebook Comments

Tags: , , , , , , ,

Komen (4)

  1. Mesin juga perlukan ‘rehat’, inikan pula manusia. Mereka yang tidak bercuti bukanlah kerana tidak mengetahui kepentingan rehat tapi kerana masalah kewangan.

  2. Percutian ada pelbagai dan tidak semestinya perlu membelanjakan wang yang besar. Balik cuti ke kampung halaman juga boleh dikira bercuti. Apa yang penting kita dapat kebaikan dalam percutian itu sama ada dari sudut diri sendiri,keluarga mahupun dalam perniagaan kita sendiri.

    Percutian yang dianggap perbelanjaan akan menjadi pelaburan jangka masa panjang tanpa kita sedari.

Pendapat anda?