Permainan – Meningkatkan Produktiviti Syarikat

June 12, 2011 — Penulis:

Kategori: Pejabat

Kenapa syarikat besar popular di dunia seperti Google, Pixar, Apple atau Facebook mempunyai ruang aktiviti dan permainan untuk pekerja mereka?

Ruangan riadah di Google Zurich

Tokoh falsafah daripada Plato sehingga kepada Sartre memerhatikan  kebanyakannya manusia, keseluruhannya, bebas dan kreatif apabila mereka bermain.

Dengan melakukan sedikit aktiviti riadah akan menambah stamina bekerja dan meningkat produktiviti. Membolehkan mereka berfikir secara kreatif dan cepat. Selain itu, ia bagi mengelakkan pekerja berasa mengantuk di waktu petang.

Pengasas Inventionland, George Davison berkata,

“Kerja yang terbaik muncul daripada semangat ketika bermain.”

Kurang bermaya ketika bekerja di pejabat

Dengan adanya permainan di pejabat, kos klaim perubatan, pekerja yang mengambil MC (medical checkup) dan tekanan pekerja dapat dikurangkan. Pakar kesihatan mental, Martin Seligman dan Lenore Terr, menunjukkan tiga tunjang utama kesihatan mental adalah cinta, bekerja dan bermain.

Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof ada mengatakan dalam buku 55 Petua Seronok Bekerja, kita berhak seronok di tempat kerja dan apabila seronok, kerja bukan satu beban.

3 Faedah Positif Mewujudkan Permainan di Pejabat

Mengeratkan hubungan di antara pekerja pekerja

  1. Mengeratkan hubungan silaturahim antara pekerja dan majikan.
  2. Mengadakan pertandingan antara pekerja. Menjimatkan kos daripada mengadakan aktiviti sukan di luar.
  3. Wujudnya semangat kesukanan seperti semangat berpasukan yang boleh diaplikasikan dalam diri staf untuk kejayaan syarikat.

Nantikan artikel sambungan bertajuk lima permainan indoor (dalaman) pilihan di dalam pejabat.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (galleryquantumdemupineapplebun)


Tags: , , , , , , , ,

Komen (16)

  1. Pejabat seperti Google, Pixar, Apple atau Facebook adalah pejabat idaman saya. Kurang tekanan, malah pekerja akan lebih bermotivasi tanpa perlu dipaksa dan yang paling penting prestasi kerja sentiasa dalam tahap memberangsangkan. 🙂

    1. Mereka menghasilkan suasana seperti kediaman dan tidak seperti pejabat yang tipikal. Bagi mengelak rasa seperti terkongkong.

  2. bagi mereka yang bekerja sendiri , apa pendapat tuan jika mengambil sedikit masa bermain permainan seperti PSP untuk merehatkan minda yang telah letih ??

  3. Pekerjaan yang tidak memerlukan pekerja berurusan dengan orang ramai mungkin sesuai. Contohnya syarika swasta yang kurang berurusan dengan orang ramai. Syarikat yang berurusan dengan orang ramai, bising waktu bermain boleh menimbulkan salah faham walau pekerjanya bermain ketika rehat.

  4. Memang betul itu adalah satu cara untuk menghilangkan strees selepas penat berkerja. Mcm tempat saya berkerja istiharkan seminggu sekali hari sukan. Boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan antara kakitangan semua.Terima kasih atas perkongsian.

  5. rupa2nya ini adalah salah satu rahsia Google..kdg2 tu heran jugak pasal pa diorg buat opis cantik2..siapkan colour yg menarik..

    rupanya ada udang di sebalik mee…

Pendapat anda?